Lazada

Wednesday, March 21, 2012

Kek Lapis Ekonomi

Suka sangat bila hujung minggu tiba... Sebab masa tu la dapat cuba resepi baru dalam simpanan... Resepi ni dapat kat blog myresepi.. Kek lapis yang simple dan tak serumit kek lapis yang lain,  tapi hasilnya sedap.. Hehehe.. Macam tak percaya pulak berjaya buat kek lapis sendiri... Tapi tak secomel yang orang lain buatla....  




Lepas je kek nikuar oven, kitaorang kuar minum petang kat luar.... Tengah-tengah makan tu dapat kol dari kakak ipar... Kata nak datang rumah... Langkah kanan dorang... Bahagi 1/2 untuk dorang makan dan tapau...  Patut le rasa berkobar-kobar je nak buat, ade orang nak datang rupanya... :) Nanti nak datang lagi bagitau dulu tau...  Boleh masak sedap-sedap hihih...




Ni resepinya..saya copy N paste semula..

Bahan-bahan ( saya guna loyang 8x8 inci. )

  • A)- 250 g susu manis - saya guna 170gm shj
  • 250 g mentega
  • B)- 6 biji telur yg besar - (disejukkan dlm peti sejuk)
  • 1 cwn gula halus/kastor- saya guna 1/3 cawan sahaja
  • 2 cwn tepung naik sendiri
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sk ovalette
  • sedikit pewarna kuning (opt.)
  • C)- kismis/ mix fruits/ prunes/ kurma/ choc chips/ haw flakes/ rempah kek dll - utk tabur pd lapisan kek.(saya guna chocolate chip)
  • saya tambah pewarna kasi menarik

Cara-cara

  1. Pukul bahan A hingga kembang dan ketepikan. (jika menggunakan rempah kek , campurkan kedlm bahan A sekali)
  2. Dlm mangkuk berasingan, pukul telur hingga 1/2 kembang dan masukkan gula sedikit2 hingga adunan kembang lalu masukkan ovalette dan terus pukul hingga sebati.
  3. Masukkan campuran dr A tadi dan juga vanilla dan digaul rata (menggunakan senduk).
  4. Masukkan pula tepung sedikit2 sambil digaul perlahan hingga habis.
  5. Bakar adunan selapis2 seperti membakar kek lapis betawi dan tabur dgn apa-apa pilihan dari C....contoh kek lapis hawflakes ekonomi...
  6. SELAMAT MENCUBA.... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...