Lazada

Tuesday, February 26, 2013

Resepi Kek Pelangi Dengan Cream Cheese Frosting

Assalamualaikum wbt...

 


Saya nak share resepi kek pelangi yang saya dapat dari member pejabat saya, Kak Wan. Pertama kali saya makan masa potluck di pejabat. Kak Wan bawak kek butter yang rasanya sedap. Terus saya minta resepi... Senang sangat resepi dia macam kat bawah ni..







  
 P.s: Untuk buat kek pelangi, jika gunakan loyang segiempat bersaiz 8", dapat empat layer. Untuk sebiji kek pelangi ni saya buat 6 layer. Jadi untuk dapatkan sebiji kek dengan 6 lapisan warna, saya gunakan 1 1/2 adunan.


Bahan-bahan:-
250gm butter
2 1/2 cawan tepung naik sendiri -  diayak
1 1/2 cawan gula kastor
1/4 cawan susu pekat manis
5 biji telur
sedikit esen vanila.

Cara-cara:-
1. Panaskan ketuhar pada suhu 160darjah-170darjah. Bergantung kepada oven anda. (Saya guna suhu 165darjah celcius)

2. Putarkan mentega bersama gula kastor sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar sehingga betul-betul kembang. Masukkan esen vanila.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaulkan dengan spatula.

4. Bahagikan adunan sebanyak 6 bahagian. Warnakan dengan 6 warna yang berbeza.

5. Saya timbang lebih kurang 305gm untuk setiap layer.

6. Masukkan ke dalam loyang yang telah bergris mentega dan dialas kertas baking.

7. Bakar selama lebih kurang 20 minit. (jangan lama sangat takut lapisan kering).

8. Sejukkan. Keluarkan dari loyang dan bolehlah dilayer setiap lapis dengan buttercream. Bila dah siap setiap lapisan, salut dengan adunan cream cheese frosting.



Resepi Cream Cheese Frosting

Bahan-bahan:-
250gm cream cheese - pada suhu bilik
350gm non dairy whip cream (saya guna brand Vivo) - dipukul sehingga kental

Cara-cara:-
1. Pukul cream cheese sehingga lembut dan kembang.
2. Masukkan whip cream yang telah diputar terlebih dahulu tadi. Putar sebati. Siap untuk digunakan

Resepi Untuk Buttercream Frosting Yang Sedap

Bahan-bahan:-
150gm mentega-suhu bilik
350gm kimwell - suhu bilik
180gm sirap gula/susu pekat manis
3 sudu makan gula aising - ayak dulu
esen vanila sedikit - jika suka


Cara-cara:-
1. Pukul semua bahan sehingga kembang dan sebati.
2. Siap untuk digunakan

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...