Lazada

Friday, December 30, 2011

Dapur Tak Berasap

Minggu ni adalah minggu yang sangat sibuk.. Keje pagi balik malam.... Mengalahkan doktor on call dah rasanya... Penat badan dan penat otakk.. Ari sabtu Ahad pon kene datang ofis gak... Paling sedih, cuti krimas 3 hari pon tersadai kat ofis... Sob..Sob..Sob... Kesian kat diri sendiri.. Aku ini manusia biasa.... Bukannya robot... Perlukan rehat juga....  Dah hujung-hujung tahun ni, patutnya dapat bersantai-santai bersama keluarga taim cuti panjang ni.. Nipon dah rasa demam nak dtg.. Huhu.. Bos, sila paham... Aku pon ade tanggungjawab lain selain dari jadi pekerja dia... Tiap2 ari suh balik lewat... Bayar le overtaim... Boleyyy?? Kesianla kat suami dengan anak....






Jenguk ke dapur, tengok periuk kuali bergantungan... Haishh..... Dah lama jugak tak masak... Sebab tak sempat.... Takpe abg, nanti saya apply cuti.... Dok umah masak sedap2.....

Monday, December 12, 2011

Popia Sardin

Memandangkan sekarang ni musim hujan, perut pon sentiasa je rasa lapar dan minta diisi...  Otak pon ligat asik fikir nak makan ajer...  Ni adalah hidangan minum petang semalam... Kebetulan masa kemas-kemas pantry, jumpa 1 tin sardin yang belum dibuka... Tengok tarikh expired lambat lagi, tapi kat umah ni nak tunggu masak untuk makan dengan nasi, entah bila baru buta.. 


Bahan-bahannya:-
10 keping kulit popia yang besar, dipotong 2 (kalo guna kulit popia yang kecik, gunakan 20 atau bergantung kepada banyaknya inti yang digunakan)
1 tin sardin
4 ulas bawang merah-dihiris
2 ulas bawang putih-dihiris
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa




Cara-caranya:-
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan sardin. Hancur-hancurkan. Jika suka, masukkan sos sardin sekali. Tambahkan asam jawa.
3. Masak sehingga agak kering. Angkat dan sejukkan.




1. Potong kulit popia kepada 2 bahagian. Pastikan sediakan tuala lembap untuk pastikan kulit popia tidak kering.
2. Isikan inti sardin.


3. Lipat 2 sehingga membentuk seperti di atas.

4. Gamkan dengan banchan tepung dan air.

5. Versi gulung.

6. Siap digoreng.

Monday, December 5, 2011

Pizza

Resepi ni dapat kat blog kak Eynda... Selepas ditapis-tapis, nila yang paling senang dibuat mama Aisyah nak compare beratus-ratus resepi kat internet ni...  Considering my daughter ni akan melalak tanpa diduga... Jadi toksah le cuba-cube cari pasal tunjuk terror nak godeh resepi yang pelik-pelik...


Saya copy and paste aje resepinya...






Untuk doh pizza:-


Bahan:
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar butter
1 sudu besar gula
1 peket Mau-ripan (instant yeast)
1 cawan air suam

Untuk topping:-
1 botol sos Preego
1 biji capsicum
1 biji bawang holland-dipotong kecil
3 biji sosej
keju untuk ditabur-mozarella atau cheddar

Cara:
1) Masukkan 3 cawan tepung, 2 sudu besar butter di dlm bekas uli.
2) Masukkan sepeket Mau-ripan, satu sudu besar gula di dlm secawan air suam, kacau sebati.
3) Masukkan air yg dikacau tadi ke dlm adunan tepung, gaul/uli hingga menjadi doh.
4) Biarkan lebih kurang 15 minit utk doh tu mengembang.
5) Bila doh sudah mengembang, bahagikan kepada beberapa doh kecil (kalau nak nipis bahagi 3. Kalau nak tebal skit bahagi 2) ~ Ukuran size regular pizza.
6) Ratakan doh di dlm pizza pan...(sapu pan dgn sedikit butter) letak bahan2 topping di atas doh...ikut citarasa masing2.
7) Bakar hingga masak guna guna api atas bawah 190c selama 20 minit).
8) Siap laaa...boleh makan... :-)

..Apam Polkadot..

Masih lagi kisah berkenaan raya Aidiladha baru-baru ni... Banyak sangat entry tertunggak... Arini kena buat full settlement...Hehehe....
Resepi ni dapat dari SINI. Tengok ramai yang try, jadi saya tidak mahu ketinggalan ler...





Dengan rajinnya saya copy paste semula resepi ni. Thanks to penyumbang resepi, Sheely di myresepi.


Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
  • pewarna

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan kecuali filling ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
  3. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
  4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja.
  5. Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan.
  6. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. Last sekali dot-dotkan dengan warna pilihan, kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.

Spagetti With Homemade Meatball

Ni sepatutnya cerita  raya haji lepas.. Tapi selepas di kiv beberapa kali, dah masuk Muharram 1434H barulah teringat nak masukkan.  Sebab masa tu kan ari-ari makan lauk berunsurkan daging.. Supaya rasa tak boring sangat, nak try feeling2 omputih la sket kununnyer...  Saya ni sebenarnya jenis tak suka makan masakan sendiri.. Masak suka, tapi lepas tu paksa-paksa orang makan.. Selalunya suami  le jadi mangsa.. Kalo masak banyak sangat, akan kurier pulak ke rumah mak atau bawak ke ofis.... Tapi, meatball ni rasa sedap pulakkkk... Tak sempat nak hantar ke rumah mak/ atau bawak ke ofis.. Hihihihi.... Sendiri masak sendiri puji yew... Maafla, saya tak bermaksud untuk boasting kat sini... Jom, kita tengok resepi...


Bahan-bahan:-
1 paket spagetti-masak ikut arahan pada pembungkusannya (Saya masak 1/2 paket sahaja)
300-400gm daging - ditumbuk/dicincang/mesin halus
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 biji kuning telur
1 sudu serbuk roti (kalo takde pon takpe)
1/2 sudu besar lada hitam
1 tangkai daun sup
1 sudu besar bawang goreng
garam secukup rasa

Untuk kuah spagetti
1 tin tomato puree- 
sedikit serbuk oregano dan thyme


1.  Rebus spagetti ikut arahan pada pembungkusannya.


2. Gaulkan semua bahan-bahan di atas kecuali telur


3. Gaulkan dengan kuning telur.


4. Bulat-bulatkan bentuk bebola.


5. Salutkan dalam bread crumbs. Goreng atas api sehingga masak.

Untuk kuah spagetti, tumiskan 1 biji bawang holland bersama 2 ulas bawang putih. Masukkan tomato puree. Tambahkan serbuk oregano dan thyme. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam. Kalau mahu senang, gunakan sos spagetti ready made. Masukkan bebola daging yang digoreng tadi.

Dah siap.!!! Jemput makan...

Saturday, December 3, 2011

Biskut Cornflakes Rangup...

Ni malam semalam punye cerita.... Asalnya buat untuk siapkan order dari officemate hubby... Ada 2 orang ... Masing-masing mintak 2 bekas biskut ni.... Jadi kena siapkan 4 bekas... Bila dah siap, dapat cuma 3 bekas dan 1 bekas lagi cuma dapat 3/4 saja... Ni sebab dah salah estimate masa masukkan adunan ke dalam paper cup tu... Kena buat semula la nampaknya...







Resepi saya dapat dari SINI

Saya copypaste semula..



Bahan-bahan ( +- 170 biji. )

  • 1 buku butter/ 1 cawan majerin(250g)
  • 1 cawan mumbung gula icing(150g) / 1 cwn rata gula halus(130g)
  • 2 biji kuning telur
  • 3 cawan tepung gandum(300g)
  • 1 sudu teh mumbung baking powder - ayak bersama tepung
  • 6 cawan cornflakes(akk guna nestle)
  • paper cups kcik secukupnya(jika suka)
  • 1 sudu teh esen vanila jika suka (akk x bubuh)

Cara-cara

  1. putar butter & gula hingga kembang. masukkan kuning telur & esen vanila, putar 10 saat spaya rata.
  2.  ramas2 cornflakes hingga hancur kasar2.. ikut suka masing2 lah cara nk menramasnya yer, nk biar dlm plastik asal, lalu di tumbuk2 ke.. di ramas2 ngn tangan ala2 geram kat suami ke.. atau kalo nk senang mintak je hb tlong ramaskan sampai hancur kasar. tp jgn di blend tau. kiranya stelah dihancurkn complek tu mnjadi 3 cawan saja yer..
  3.  masukkan tepung berselang seli dgn cornflakes, uli perlahan hingga menjadi doh yg lembuuut.(memang ia nmpak lembik, biar saja..)
  4.  sudukan @ masukkan sedikit doh ke dalam mangkuk kertas (1/3 cup), hiaslah ikut creativiti masing2 yer, yg ni akk x hias, sbb tau, msti habis di ngap punyer.. tp kalo utk raya, ank akk akn cucuk2kn complek di atasnya, mcm iklan kt tv tu.. satu utk beskot, satu utk saya, dua utk beskot, 2 utk saya..hihihi.. (tp, patah dua la.. kalo x besar sangat..) **peringatan; jgn buat aksi ini pd siang hari di bln ramadhan!!
  5. oh ya, cups tu kenalah bubuh dlm loyang berlubang2 tu yer.. n cups tu sebaik2nya yg kaler2 lah, yg ni akk guna apa yg ada..(belen thn lps). kalau xnak masuk dlm cup pun bleh, juz bulat2kn & tekan skit ngn garfu..
  6.  bakarlah dlm oven yg telah dipanaskn terlebih dulu, 150c, bakar lebih dari 30 minit atau sehingga garing & masak. jgn bimbang jika ia nmpak lembut semasa panas, insyaallah, bila biskut sejuk ia akn mengeras & ranggup sekali..

Thursday, December 1, 2011

Puding Roti Dengan Sos Kastard

Plan asal nak buat mende lain.. Tapi lain pulak jadinyer..   Balik keje tadi dah berazam nak siapkan biskut yang officemate hubby order...  Rasanya macam sempat siap sebelum masuk tido... Tetibe hubby tanya tentang croissant yang tergantung di ampaian... Alamakkk, lupe pulak sangkut roti kat situ... 2-3 hari ni bizi sangat... Bila tengok roti tu dah dekat nak expired, terus je pikir nak buat puding roti... Terpaksa kiv dulu projek biskut tu... Resepi ni amik kat belog nanirostam. Tapi saya oter ikut kesesuaian bahan-bahan yang ada di dapur..

Rupe croissant











Puding Roti Dengan Sos Kastard
Bahan-bahannya:-
5 keping roti croissant (atau boleh guna roti putih/keping)
1 tin susu cair
1/2 cawan gula (agak manis, boleh kurangkan)
2 biji telur
kismis
sedikit serbuk kulit kayu manis (tak sedap isi ni, spoil sbb bau dia kuat sangat)
sedikit esen vanila

Cara-caranya;-
1. Griskan loyag dengan butter/minyak.
2. Koyak-koyakkan roti.
3. Dalam mangkuk lain, bancuh susu, telur, gula, dan esen vanila. Tuangkan ke atas roti. Biarkan roti serap cecair adunan dalam 1/2 jam.
4. Taburkan kismis dan serbuk kulit kayu manis.
5. Bakar dalam ketuhar suhu 160 darjah celcius selama 30 minit atau sehingga masak.


Untuk Sos Kastard:-
1 cawan susu segar
1/2 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu makan gula

Cara:-
1. Masakkan semua bahan di atas api sehingga jadi agak pekat.
2. Angkat dan hidangkan dengan puding roti tadi.
3. Hidangkan bersama buah-buahan segar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...