Lazada

Monday, December 5, 2011

Pizza

Resepi ni dapat kat blog kak Eynda... Selepas ditapis-tapis, nila yang paling senang dibuat mama Aisyah nak compare beratus-ratus resepi kat internet ni...  Considering my daughter ni akan melalak tanpa diduga... Jadi toksah le cuba-cube cari pasal tunjuk terror nak godeh resepi yang pelik-pelik...


Saya copy and paste aje resepinya...






Untuk doh pizza:-


Bahan:
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar butter
1 sudu besar gula
1 peket Mau-ripan (instant yeast)
1 cawan air suam

Untuk topping:-
1 botol sos Preego
1 biji capsicum
1 biji bawang holland-dipotong kecil
3 biji sosej
keju untuk ditabur-mozarella atau cheddar

Cara:
1) Masukkan 3 cawan tepung, 2 sudu besar butter di dlm bekas uli.
2) Masukkan sepeket Mau-ripan, satu sudu besar gula di dlm secawan air suam, kacau sebati.
3) Masukkan air yg dikacau tadi ke dlm adunan tepung, gaul/uli hingga menjadi doh.
4) Biarkan lebih kurang 15 minit utk doh tu mengembang.
5) Bila doh sudah mengembang, bahagikan kepada beberapa doh kecil (kalau nak nipis bahagi 3. Kalau nak tebal skit bahagi 2) ~ Ukuran size regular pizza.
6) Ratakan doh di dlm pizza pan...(sapu pan dgn sedikit butter) letak bahan2 topping di atas doh...ikut citarasa masing2.
7) Bakar hingga masak guna guna api atas bawah 190c selama 20 minit).
8) Siap laaa...boleh makan... :-)

2 comments:

  1. Akak,kalau untuk doh tu ganti dengan roti lain yang ready made boleh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amanda, blh sgt.. Akak penah buat guna roti slice gardenia tu je.. Sapu dengan sos cili, taruk sosej yang dihiris. tabur dengan mozarella cheese... Pastu bakar.. Mcm tu pon sedap gak.. (^_^)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...