Lazada

Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Tuesday, December 1, 2015

Homemade Prawn Rolls



Assalamualaikum...

Kalau malas nak masak nasi atau dah bosan makan nasi/mee memang aku masak roti camni je... Senang dan kenyang... Aku buat 2 jenis, satu goreng sosej, yang tu takyah resepi pon korang pejam mata boleh buat.. Taruk je tomato, salad, bawang goreng, sos cili dengan mayonis.. Siap dan boleh ngap..


Aku tertarik nak cuba buat prawn rolls ni lepas tengok kat Food Network... segmen 'Best I've Ever Ate'.. Dia akan tanya celebrities tempat makan kegemaran dorang. Ada satu ni tunjuk lobster rolls.. Macam best je jadi aku pon try. Tapi dia pakai lobster. Memang takleh ah aku nak compared dengan udang biasa ni kan.. Dia pun guna homemade mayonis. Tapi aku malas. Guna aje storebought mayo..

Bahan-bahan

Udang- agak-agaklah.. aku guna dalam 10 ekor yang kecik tu (direbus sekejap)
roti sosej dibelah tengah- disapu mentega dan digril sekejap
sedikit jus lemon
mayonis
garam dan lada hitam secukup rasa
bawang holland digoreng karamel
salad
tomato


Cara-cara..

1. Potong kecil udang yang dah direbus. Gaulkan dengan mayo, jus lemon, lada hitam, garam secukup rasa. 
2. Isikan inti ditengah roti. Isikan daun salad, tomato. Boleh dihidangkan.








Yummmyyyy!!



Friday, October 16, 2015

Roti John

Assalamualaikum…

Ni nak habiskan stok daging korban. Dah hampir nak habis dah pun 2kg daging yang kitaorang dapat.. 1st time selama 6 tahun kawin ni berjaya habiskan.. Kalau tak, sampai tahun depan pon tak abis…

Cara yang suami aku buat ni rasa macam praktikal sangat. Memang boleh save duit belanja dapur.. Di samping try macam-macam resepi baru… Mr husband potong siap-siap daging ni, pastu packkan dalam plastic kecik, anggaran sekali masak. Pastu simpan dalam freezer. Setiap malam, 1 bungkus dia angkat letak siap-siap kat chiller supaya balik kerja tu bila nak masak daging tu dah lembut.. So, menyenangkan kerja aku jugaklah kan… Sebab part siang daging ni aku failed.. Kematu jadinya daging tu aku potong ikut suka melintang menegak membujur lalu melintang patah gigi..

Jadi, part daging dah siap.. Part bahan-bahan seterusnya. Kalau tak nak guna daging segar pon boleh, guna daging kisar atau daging burger pon sedap jugak..


Bahan-bahan
200gm daging segar, dicincang
½ labu bawang  Holland, dicincang halus
2 biji bawang putih dicincang halu
2cm halia, ditumbuk (kalau masak ayam/daging memang kena isi halia untuk hilangkan bau hamis dia)
1 bungkus serbuk kari (aku guna kari daging Baba’s)
1 kiub ayam
2 biji telur
Mayonis
Sos cili
Salad/tomato/timun
Roti sosej secukupnya

Cara-caranya:-
1. Dalam kuali, panaskan minyak. Tumis bawang Holland, halia dan bawang putih sehingga wangi dan garing.
2. Masukkan serbuk kari. Tumis sampai rempah masak.
3. Masukkan daging. Masak sampai daging empuk. Perasakan dengan garam dan kiub ayam. Sejukkan inti dahulu.
3. Dalam mangkuk lain, pecahkan telur.  Masukkan 1 sudu besar inti dalam telur tadi. Kacau rata. Tuang dalam kuali. Tekapkan roti. Bila telur dah masak. Angkat
4. Hiaskan dengan sayur salad, tomato dan timun.
5. Picitkan sos cili dan tomato. Kalau suka boleh taburkan serbuk lada hitam.. Pastu boleh ngappp..








Friday, September 18, 2015

Cinnamon Rolls..

Assalamualaikum...

Mengidam sangat nak makan roti ni walaupun tak pregnant... 

Resepi ni aku jumpa kat blog hanneyabaas.. Kalo nak cuba bolehla klik kat situ.. Tapi untuk roti aku guna resepi roti kentang aku macam kat sini..

Untuk filling lak aku wat separuh je dari yang hanney wat.. 



Bahan-bahannya (ROTI)
(Dari dapur Miza)

350 gram tepung gandum 
90 gram kentang ( yang direbus dan dilenyek baru ditimbang) 
1 sudu besar susu tepung 
1 biji telur - tinggalkan sedikit untuk gliss pada permukaan bun nanti. 
150ml air suam

1/2 sudu besar marjerin atau butter
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)



Filling 
40 g butter
55 g gula perang
4 g serbuk kayu manis

Cream Cheese Topping (Boleh jugak adjust kepekatan ikut suka tekak)
112g cream cheese
65g margerine
80g  gula icing (aku guna susu pekat manis)
5 sudu besar susu segar (aku guna air suam)
sedikit perahan lemon (aku guna 1sb sunquick-lemon takdok)

Caranya. ( roti)
1. Jika Menggunakan bread maker (BM) masukkan semua bahan  dan pilih menu Dough dan tekan ON, setelah siap boleh terus dibentuk bebola kecil, kalau tiada BM ,masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan doh betul-betul lembut.


2. Setelah menjadi doh, boleh gunakan tips ini untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah masukkan doh di dalam plastic, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik. 

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 16, bahagian kecil dah susun di dalam loyang petak atau dulang pembakar. ( pastikan loyang atau dulang pembakar di sapu dahulu dengan sedikit marjerin, bagi memudahkan bun keluar apabila siap dibakar nanti) 



4. Biarkan naik dua kali ganda, Bakar pada suhu 170 darjah selama  25 minit. Setelah siap di bakar sejukkan atas redai, dan sedia untuk dihidangkan, Selamat mencuba.






Potong-potong, susun dalam loyang yang dah disapu butter.






Ni topping cheese





















Lembut sangat rotinya..

Monday, April 20, 2015

Resepi Roti Kentang


Assalamualaikum wbt...

Mood meroti telah kembali.. Bila dah gian meroti... Macam-macam resepi rasa nak terai.. Baru-baru ni terasa nak makan roti kentang pulak.. Kesnya, aritu terbeli roti kentang kat 7-e.. Pastu bila bukak tu, tiba-tiba tengok roti tu macam dah berkulat pulak... Terus mati selera tapi aku rasa jugak sikit karang kempunan!!

Pastu balik kerja, semangat cari barang-barang nak buat... Nasib baik esoknya dah hujung minggu.. Pas siapkan breakfast, terus je jalan projek roti ni.. Resepi aku amik kat belog Jintanmanis sebab resepi dari blog lain semua guna bread improver dengan bread softner.. Aku sejak duamenjak ni memang dah jarang beli barang-barang bakery yang pelik-pelik aneh ni. Risau karang pakai sikit je pastu yang balance tu membazir je sampai expired.










Terhangus pulak roti aku ni...


 Ok, resepi aku copypaste semula..

Bahan-bahannya ( ros @ jintanmanis.com)
350 gram tepung roti (aku guna tepung gandum je)
90 gram kentang ( yang direbus dan dilenyek baru ditimbang) 
1 sudu besar susu tepung (aku tak guna pon, sebab aisyah minum susu coklat. karang roti aku bertukar kaler pulak)
1/2 biji telur - tinggalkan sedikit untuk gliss pada permukaan bun nanti. 
150ml cecair ( 100ml susu kacang soya+50ml air suam)- susu soya boleh ganti dgn susu segar (aku guna susu full cream dutch lady)

1/2 sudu besar marjerin atau butter
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)

sedikit kastard untuk di jalurkan atas bun ni nanti.

bahan untuk kastard
2 sudu besar tepung bird custard
3/4 cawan susu segar
3 sudu besar gula (aku guna susu pekat 3 sudu makan)


Caranya: ( sos kastard)
1. Campurkan semua dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan, kacau selalu
jika terlalu pekat tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan baru di paip atas bun nanti


**Lepas dah masak kastard ni terus aku simpan dalam piping bag. Takut dia jadi keras.

Caranya. ( roti)
1. Jika Menggunakan bread maker (BM) masukkan semua bahan  dan pilih menu Dough dan tekan ON, setelah siap boleh terus dibentuk bebola kecil, kalau tiada BM ,masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan doh betul-betul lembut.






2. Setelah menjadi doh, boleh gunakan tips ini untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah masukkan doh di dalam plastic, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik. 

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 16, bahagian kecil dah susun di dalam loyang petak atau dulang pembakar. ( pastikan loyang atau dulang pembakar di sapu dahulu dengan sedikit marjerin, bagi memudahkan bun keluar apabila siap dibakar nanti) 



4. Biarkan naik dua kali ganda, akhir sekali gliss permukaan bun dengan baki telur yang ditambah dengan 1 sudu kecil susu segar dan paipkan sos kastard di atas permukaan bun . Bakar pada suhu 180 darjah selama  25 minit. Setelah siap di bakar sejukkan atas redai, dan sedia untuk dihidangkan, Selamat mencuba.

**(Aku patut guna suhu 160celcius sebab oven aku ni panas sangat)

















Thursday, April 9, 2015

Roti Apa Ni

Assalamualaikum wbt...

Kalau dapat makan roti homemade yang panas-panas, fresh dari oven memang sedap... Nilah kononnya hajat di hati 2 malam lepas.. Balik kerja, ada hati lagi nak meroti tu... Tengok-tengok jam dah pukul 10.00 malam. Esok pagi-pagi dah kena bangun nak kerja.. Tapi sebab ada perangai selok kera tak ngedan-ngedan, jadi akupun bingkas je keluarkan breadmaker yang ntah dah berapa lama tak bersentuh dari pantry..

Bila dah timbang bahan-bahan semua, campak-campak dalam tu, aku pon tekan setting 'quick'. Dalam kepala nak cepat je sebab dah malam. Dah berkira-kira dah tu, nak menguli, nak tunggu doh naik dalam 1 1/2 jam, nak bakar dalam 1/2 jam.. So total dalam kul 12.00 malam baru siap roti aku.. takpela... Sempatlah aku iron baju kije dengan baju sekolah Aisyah.. Baju en abang takyah gosok dah oh heaven betul rasa sekarang ni...


Resepi aku guna resepi yang pernah aku wat sebelum ni.. RESEPI ROTI NAIK.




Masa setting bm ni, aku dah lupe senornya sebab dah lama tak guna... Pandai-pandai je aku amik setting no 6. Kononnya quick cepat sikit siap. Suka hati aku je wat macam setting mesin basuh baju..  





Bila aku nak uli doh tu, aku pelik nape panas sangat BM aku ni..? Alamak, dah rosak ke?? Merajuk kot sebab aku dah lama tak guna... Aku picit-picit la doh tu... Asalnya permukaan atas tu elok je naik licin, dah aku pergi uli jadilah macam kawah bulan.. Pastu baru aku teringat, aku pergi setting sekali dengan bakar tu buat ape..?? Hadoiii membazir masa dengan bahan-bahan betul la...




Ni terover flash pulak...






Ni bila dah siap bakar..... Tekstur kat dalam roti ni dah jadi macam kek butter lak.. Ish ish.. Kena wat semula nampaknya pasni...



Monday, May 12, 2014

Resepi Roti Naik Simple

Assalamualaikum wbt...

Atas permintaan cik abang yang nak makan roti panas-panas... Terpaksala daku merajinkan diri... Nasib baik ada pembantu kalo tak jenuh jugaklah nak mengulinya.... Resepi saya ambik dari blog Azie.. Alhamdulillah tak mengecewakan hasilnya.. Roti lembut...




Yang ni versi taruh cheddar cheese yang diparut... Sedap.. Wangi je bau dia...




Kepada yang nak try, ni resepinya..

Roti Naik Pahang

Bahan bahan:
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis
3/4 cawan gula 
2 sudu kecil ibu roti  (bancuh dengan 100 ml air suam)
2 sudu besar majerin 
1 sudu kecil shortening   
500 gm tepung gandum   
200 ml air (masukkan telur dan susu pekat manis dalam bekas, dikacau dan tuang air ke dalamnya sehingga cukup 200 ml)
1 sudu besar susu tepung  

Cara cara:
1. Rendam yis dalam 100ml air suam dengan sedikit gula supaya ianya kembang berbuih. Biarkan sehingga berbuih.
2. Satukan bahan bahan kering iaitu tepung, gula dan susu tepung.

3. Masukkan bahan bahan cecair iaitu air bersama susu pekat manis dan telur. Kemudian masukkan yis dan digaul rata. 

4. Akhir sekali, masukkan marjerin dan shortening.  Uli sebati sehingga lembut dan elastik. Saya guna kitchen mixer untuk menguli. Biarkan seketika sehingga kembang sekali ganda. Bila telah kembang, tumbuk untuk buang udara di dalamnya. (Saya guna bread maker. Taruk je semua bahan dalam bread maker tu, pastu pilih aturan yang sesuai, biarkan mesin selesai  menguli dan bagi naik , semua dalam 1 1/2 jam)

5. Lap tangan dengan sedikit minyak dan bulat bulatkan doh dan timbang supaya sama besarnya. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan majerin. Tutup dan biarkan seketika sehingga doh naik 2 kali ganda.

6.Barulah di bakar pada suhu 180C selama 18 minit. 
 

Nota: Saya bakar pada suhu 160C selama 40 - 45 minit.
(Saya ikut Azie)

7. Angkat dan lenser permukaannya dengan marjerin supaya ianya berkilat.







Haaa, tengok tu.. Banyak kan dapat hasilnya.. Guna 1/2 kg tepung gandum je.. Ni ada satu lagi tak masuk gambar.. Roti cheese yang dalam loyang bulat. Boleh makan dari pagi sampai malam.

Wednesday, November 28, 2012

Roti Loaf Chocolate

Resepi ni saya dapat bersama-sama dengan breadmaker yang saya beli. Beli B.M yang murah je sebab tak mampu nak beli yang mahal-mahal macam orang lain.. Tapi okla pada saya.. Janji dia memudahkan kerja.. 
Banyak juga resepi yang dia sertakan. Ada beberapa resepi roti, kek dan jem. Tapi setakat ni, saya sempat cuba buat 2 aje daripadanya... 
Ok, jom kita semak resepi mudah ni..






Resepi ini akan menghasilkan roti bersaiz 2.0 paun
Sumber: User Guide Empress BreadMaker

Bahan-bahan:-
160 ml air
190ml susu segar
560gm tepung gandum protein tinggi
8 sudu besar gula
2 sudu besar mentega/minyak
1 1/2 sudu kecil garam
30gm serbuk coklat
1 sudu kecil yis


Cara-caranya:-
Guna breadmaker:-
1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk roti mengikut susunan di atas.
2. Tekan 'function' 4 (Sweet). Mesin melakukan semua kerja, menguli, menaik dan membakar roti. 
3. Bila roti dah masak dan dah bunyi 'bip' boleh keluarkan dan hidangkan.

Wednesday, September 12, 2012

Sandwich Telur Simple

Resepi yang tercipta secara tak sengaja semasa nak gi piknik ngan family...





Bahan-bahannya:-

1 bungkus roti (saiz besar)
4 biji telur - direbus dan dilecek
3 sudu besar mayonis -saya guna kimball
2 biji bawang merah-dicincang halus
1 biji lada besar - dibuang biji dan dicincang halus
sedikit daun sup/bawang - jika suka 
garam secukup rasa
lada sulah secukup rasa


Cara-cara membuatnya:-



1. Telur rebus dilecek.
 
 

Lada besar dan bawang merah dicincang halus.


Tambahkan serbuk lada sulah.

Tambahkan mayonis.

Gaul rata.



Siap untuk dihidangkan.. Yummy2..


Sunday, October 30, 2011

Sosej Roll

Bila boring-boring takde idea nak masak ape, tangan ni gatal je nak ke blog mat gebu..  Rambang bijik mata tengok segala masakan yang dia masak... Rajin betul le en mat tu, mengalahkan orang pempuan... 
Skang ni puan blog tengah gila buat roti.... Biasala dia sokmo ada penyakit rajin bermusim... Dulu taim raya gila baking biskut.... So tengahari tadi dapat gak buat roti sosej ni walaupon sebok dengan assistant kecik tu..... 




























Untuk resepi asal, boleh lihat di SINI.


Tu en. mat, saya copy n paste je resepinya.. Minta halal ye...


BAHAN DOH ROTI :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus - (tapi agak manis buat saya.. Lenkali nak buat 30gm saja.)
1/2 camca teh garam
1 camca besar penuh susu tepung (mat guna susu everyday)
1/4 camca teh bread improver - (saya tak isi sebab takde)
1/4 camca teh bread softerner
30 gram telur (pukul 1 biji telur, dan timbang 30 gram)
6 gram instant yeast (mauripan)
30 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna breadmaker guna air biasa)

*(Mulanya saya sukat air 100ml, digaul dengan yeast. Bila taim uli, tak abis pon air tu diguna. Lebih kurang saya pakai tadi 50ml saja. Tu belum masuk dengan balance 25ml air kalo ikut resepi asal ni. Hati-hati ye.. :))

BAHAN LAIN :-)
14 batang sosej ayamas
Telur untuk disapu (baki 30 gram tadi)
Bijan untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 untuk doh kecuali air, gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh. Kemudian uli hingga mendapat doh yang elastik, lembut dan tidak melekat dimangkuk adunan, uli 10 - 15 minit tanpa henti. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "doh" dan tekan "on"..tunggu hingga siap.
  2. UNTUK SOSEJ ROLL :- Sosej dicelur sekejap dalam air panas, toskan dan biar sejuk, lap kering dengan paper towel. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja. Ratakan doh dan ratakan. Potong kepada 14 jaluran sama saiz. Ambil 1 sosej, dan lilit dengan 1 jaluran doh tadi, pastikan ianya bertindih, dan hujung doh, selitkan dibahagian bawah doh. Kemaskan san susun dalam layang pembakar. Buat hingga siap. Untuk cara melilit, anda boleh lihat di sini.....
  3. Sapu telur pada permukaan roti dan tabur sedikit bijan. Bakar dalam oven pada suhu yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan roti atas jaringan. Hidangkan...                                                           *Tapi roti yang saya buat buruk gila... Tak cantik macam yang mat gebu buat... Lenkali kena buat lagi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...