Lazada

Wednesday, June 13, 2012

Triffle

Buat malam tadi, untuk bekal hubby ke ofis.




Bahan-bahannya:-

Lapis Pertama

1. Base bawah Sebiji cheesecake /kek span (ikut pilihan masing-masing) -nak sedap sila guna cheesecake. Ada jual kat giant atau carefour..

Lapis Kedua 
2 tin susu cair
2-3 sudu besar gula (kalo tak suka manis, 2 sudu dah cukup)
4 sudu besar (rata) tepung kastard
1 biji telur

Lapis Ketiga
jeli nona (perisa ikut kegemaran masing2. Saya guna jeli perasa strawberry)
buah-buahan koktel dalam tin
buah prune-dipotong kecil (jika suka)


Cara-cara:-


  1. Kacau tepung kastad, telur dan susu biar sebati.
  2. Masukkan dalam periuk. Tambah gula. Masak atas dapur sampai pekat. (api jangan kuat)
  3. Susun kek yang telah dipotong ke dalam bekas. (Buat ni dulu sebelum masak kastad)
  4. Bila kastad dah agak pekat dan masak, tapis dulu kastad tu sebab dia berketul-ketul. Ratakan di atas kek tadi.
  5. Curahkan jeli yang telah dimasak (ikut arahan pada pembungkusannya) ke atas kastard tadi.
  6. Susun buah-buah koktel dan prune (atau buah ikit kegemaran anda e.g peach.. ) ke atas jeli tadi. Biarkan sejuk. Simpan dalam peti ais semalaman.
  7. Sedia untuk dihidangkan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...