Lazada

Sunday, September 14, 2014

Apam Baghdad Pekan

Assalamualaikum wbt...

Hari ini menggagahkan diri try jugak curik-curik masa nak update blog ni.

Asalnya tadi tengah sedap bermandi manda kat pantai ngan anak, sekali hujan turun selebat-lebatnya. Baju spare ngan towel dahlah tak bawak.. Kereta lak parking boleh tahan jugak jauhnya. Kelam kabut berlari masing-masing.. Yang si Aisyah ni bila maknya ajak balik dia buat tak dengar je.. Kalo dengar kang tak dapat mandi, baik wat derkkkk jer.. Nasib baik jugak hujan... Bila sampai je kat rumah masing-masing ketar kesejukan..

Amboi, mukadimah ni tak berkait pon sebenarnya dengan tajuk entry arini.. Sebenarnya nak cite pasal kuih yang saya buat pagi tadi. Ni atas permintaan kakak saya, si mak buyong yang dok mengidam nak makan apam baghdad pekan. Saya ni nama je kje kat pekan, tapi kuih ni pernah makan sekali je. Itupun my sis bawa balik ke umh kuih yang officemate dia bagi.. Rasa pun ingat-ingat lupa.. Tapi kali ni member dia bgtau orang yang buat apam ni dah tak buat dah.. Sebab faktor usia katanya. Dah tua sangat.. Dan dan masa takde orang nak buat ni jugak si mak buyung ni ngidam.. Pastu try contact sorang makcik ni yang disuggest oleh akak kat opis. Dia ni wat jugak apam ni tapi problemnya kol nak esok. Dia kata ok. Pastu bila kol nak amik dia kata orang tu tak boleh buat lak. Makcik ni upenya orang tengah je. Hurmm.. Pikir punya pikir, takpelah.. Try jela wat sendiri. My officemate bagitau bahan-bahan dia lebih kurang macam kita nak buat bahulu, pastu atas dia ada inti serikaya. Tapi dia tak bagi resepi pon.  :-(   So, kat bawah ni resepi yang saya dah modified campur-campur dari macam-macam source.

Untuk tokey-tokey apam baghdad tu kalo resepi saya ni tak asli saya minta maaf.. Memandai-mandai je saya tambah esen vanila dan ovellate sebab dalam resepi asal takde isi. Tapi sebab saya takut kalau tak isi vanilla tu dia hanyir. Yang ovellate lak spontan je. Masa tengah mix telur tu, saya rasa macam nak buat apam polkadot je cara dia. Pastu tetiber je tangan ni capai ovellate. Tapi Alhamdulillah tak menjejaskan tekstur dia.

5 biji telur
250gm gula kastor
1/2 st ovelatte
170gm tepung naik sendiri
1/2 st esen vanila
pewarna kuning

untuk inti serikaya atas
2 gelas santan @ 400ml santan
5 sudu makan gula pasir atau kastor pon boleh
1 biji telur
1 sudu makan tepung gandum
sedikit pewarna hijau
sehelai daun pandan, dicarik dan disimpul

Cara:-

1. Untuk membuat apam, panaskan periuk kukusan yang mengandungi air sementara bancuhan disiapkan.

2. Oleskan loyang bersaiz 6" dengan mentega dan taburkan dengan tepung.

3. Dalam mangkuk yang berisi telur, masukkan gula kastor, esen vanila dan ovellate. Putar sehingga kembang dan warna telur menjadi pucat (macam bancuhan bauhu @ kek chiffon).

4. Lepas kita dah confirm gula dah hancur sepenuhnya, masukkan pewarna kuning. Putar sekejap. Pastu masukkan tepung naik sendiri dan putar lagi. (Untuk tepung ni, kalo takde tepung naik sendiri, boleh jugak guna tepung gandum yang dicampur dengan baking powder)

5. Adunan dah sebati, boleh masukkan dalam loyang tadi. Kukus selama 30-35 minit.

6. Untuk bancuhan ni, saya dapat 3 bekas, guna loyang bulat saiz 6". Tak tebal sebab bila dah masak dia akan kembang lagi.

Untuk inti serikaya:
1. Campurkan gula, telur, santan, secubit  garam, tepung gandum dan daun pandan di dalam periuk. Kacau rata supaya tepung tak berketul.

2. Panaskan api. Masak sehingga serikaya pekat dan menjadi berserawa. Dah mask boleh tutup api. Sejukkan.

3. Letakkan inti serikaya di atas apam yang telah dipotong-potong. Sedia dihidang.

Note: Disebabkan saya pernah makan sekali je kuih ni, dan ingat-ingat lupa rasa dan rupa dia, saya pergila tapis serikaya tu. Memang dapat segelas air. Sebab tengok dia macam watery sangat. Pastu bila akak saya datang umh, dia bagitau inti atas tu memang basah-basah sikit... Adeii.. Tak payah tapis ye nanti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...