Lazada

Wednesday, December 26, 2012

Red Velvet Cake / Kek Baldu Merah

Kek yang pernah jadi fenomena suatu masa dulu.. Macam dah lama sangat rasanya.. Maklumlah sekarang ni macam-macam trend kuih silih berganti... Sekarang ni opkosla orang tengah demam dengan durian crepe.. Tapi saya masih suka buat kek... Ni kek yang saya buat sempena buffday adik baru-baru ni.. Jom tengok resepi:-









 
Bahan untuk sebiji. Kek ini perlu dibuat 2 biji kerana akan dilayer.. Maknanya cuma doublekan sahaja adunan dibawah.. (^_^)

Bahan-bahannya:-
Bahan A
125gm butter
140gm gula perang
Bahan B
1 biji telur gred A
1/2 sudu kecil esen vanila
Bahan C-Perlu diayak terlebih dahulu
125gm tepung superfine
8gm serbuk koko
1/2 sudu kecil nescafe
Bahan D Untuk buttermilk - Campurkan sekali dan dibiarkan sebentar
100gm yogurt nestle-plain
1 sudu besar pewarna merah + 1/2 sudu besar orange red
Bahan E
1/2 sudu kecil white vinegar
1/4 sudu kecil soda bicarbonat
Cara-caranya:-
1. Pukul bahan A sampai kembang. Masukkan telur diikuti dengan vanila.
2. Masukkan bahan C berselang-seli dengan D. Kacau sebati.
3. Campurkan bahan E dan terus masukkan ke dalam adunan di atas.
4. Alas loyang 8'' dengan kertas. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 45minit.
5. Setelah masak, sejukkan dan belahkan kek kepada 2 bahagian

Cream Cheese Topping
450gm non dairy whipping cream
250gm cream cheese
60gm gula aising, mesti diayak dahulu.
Cara-caranya:-
1. Pukul cream cheese dan masukkan gula aising. Pukul sehingga kembang.
2. Pukul berasingan non dairy whiiping cream. Masukkan ke dalam adunan cream cheese tadi. Gaul sebati.
3. Hiaslah ikut citarasa.


Puding Kastard Jagung

Assalamualaikum..

Lama  dah tak update blog. Nak kata sibuk sangat, rasanya taklah sibuk mana pun.. Tapi setiap hari, balik keje selalunya dah penat. Jadi sekarang kurang masak... Mujurla semalam cuti sempena
Krismas. Dapat jugak try buat kuih yang simple lepas gian memasak. Musim-musim hujan macam ni perut selalu lapar, dan itulah yang mendatangkan idea untuk cuba resepi itu ini...

Kali ni resepi ni dapat dari sini.

 

 



 


Bahan-bahannya:-

1 cawan tepung kstard
1 cawan jagung manis
1/2 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair
Secubit garam

Cara-caranya:-
1. Campurkan semua bahan. Kacau atas api sehingga pekat dan berkilat atas api sederhana.
2. Tuangkan ke dalam loyang. Sejukkan.
3. Pastikan puding sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.


Tuesday, December 11, 2012

Nasi Beriani Pakistan

Assalamualaikum...

Ni resepi beriani yang agak lain dari resepi beriani yang lain, tak menggunakan minyak sapi, sebagai ganti guna minyak zaitun.. Satu pilihan yang lebih sihat. Resepi dapat kat blog K. Azie, di sini. Saya salin semula ye tuan empunya:-











Nasi Beriani Pakistan

Bahan bahan:
5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap)
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit
3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt
2 bay leave
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas & rebus 
½ cawan susu (optional)
Saffron & pewarna kuning


Hiasan
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci
Daun mint
Badam & kismis, jika suka

Mula-mula kita kena masak ayam dulu:-

Penyediaan Ayam:
1. Perap ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.

2. Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.

3. Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk. 

4. Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak.  Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.

5. Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.


Penyediaan Nasi:

1. Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.

2. Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.

3. Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.
Penyediaan Beriani:

1. Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau  ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.
2. Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.

3. Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi. 

4. Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.

5. Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.

6. Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.
7. Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah. 
Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt. Taburkan daun ketumbar.


*** Nampak macam leceh kan buat nasi beriani ni.. Saya pon rasa macam tu.. Tapi berbaloi sebab rasa dia yang sedap. Sesekali apa salahnya treat diri sendiri dengan makanan sedap.. :)

Mee Calong Beserah

Assalamualaikum...


Jom kita masak mee calong arini...





Resepi asli dari mak saya,


Bahan-bahan:

1/2 kg ikan selayang/tamban/parang (diambil isi untuk buat fishball, tulangnya direbus dan diambil air-untuk buat kuah - **makin banyak tulang ikan tu, makin sedap bebola tapi kena teliti sikitla nak mengasingkan tulangnya. Saya syorkan guna ikan selayang sbb senang kerja)

1/2 cawan ais kiub/tube

8 biji bawang merah-dihiris

5 biji bawang putih-hiris

2 batang kulit kayu manis

3 biji bunga lawang

3 biji bunga cengkih & 3 biji buah pelaga

daun sup dan daun bawang

tauhu putih

tauhu goreng yang disumbat dengan isi ikan

taupok 

fishcake/fishball ready made(kalo malas/tak sempat)

mee kuning / mehun yang telah dicelur

 sambal lada merah



Cara-cara:

  1. Mula-mula, siang dan ambil isi ikan. Kita perlu keluarkan semua tulang halus pada ikan. (pastikan tiada tulang pada isi tersebut nanti nak makan tercekik tulang dah spoil). Gaul bersama dengan sedikit garam & dan gula. Blend bersama ais. Buatkan bentuk bebola. Rebus ke dalam periuk yg berisi air mendidih.Masak sehingga bebola terapung tanda dah masak dan sedia diangkat.
  2. Untuk membuat tauhu sumbat. Potong tauhu menjadi 2 bahagian. Sumbatkan lebihan isi ikan tadi ke dalam tauhu. 
  1. Tulang ikan tadi direbus ke dalam sedikit air. Masukkan ke dalam blend dengan sekali tekan. tapis untuk mendapatkan stok ikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, bawang merah, bawang putih sehingga naik bau. Masukkan stok ikan tadi, kemudian tambahkan beberapa cawan air. biarkan sehingga menggelegak.
  3. Masukkan sup bunjut, tauhu yang telah disumbat dengan isi ikan & bebola ikan tadi ke dalam kuah. Tambahkan garam, lada sulah, stok ayam, daun sup. Perasakan.
  4. Siap untuk dihidangkan bersama mee kuning yg telah siap direbus@ bihun. Taburkan daun bawang & daun sup ke atasnya. (Kalo suka boleh taruk bawang goreng)
  5. Selamat mencuba.


Saturday, December 8, 2012

Cucur Udang Nani Rostam

Assalamualaikum...

Sarapan apa anda hari ni..? Pagi ni saya masak cucur/ jemput-jemput je.. Plan nak kuar beli barang-barang umah tapi perut dah mencerik-cerik minta diisi.. Terpaksala alas perut dulu.. Goreng cekodok resepi dari blog nanirostam. Tapi saya ada ejas sikit..








Resepi Cucur Udang Nanirostam......

200 gram tepung gandum- saya guna 1 1/2 cawan tepung gandum
320ml air -saya guna 3/4 cwn air
5 ekor udang besar (buang kulit dan potong kecil-kecil)
1 biji bawang merah besar
1 biji cili merah/hijau
1 biji cili padi
sedikit daun sup
garam dan serbuk perasa secukup rasa
secubit (sangat sedikit) soda bikarbonat/kalau tak mahu pun ok.- saya guna 1/8 sudu teh soda bicarbonat
1 biji telur

Cara-cara:-

1. Tuang air kedalam tepung sedikit demi sedikit agar bancuhan tidak berketul.Masukkkan telur. Masukkan bawang, cili merah/padi, daun sup dan udang yang telah di hiris. Masukkan soda, garam dan serbuk perasa. Gaul rata.

2. Panaskan minyak agak banyak, masukkan bancuhan tadi dengan menggunakan sudu makan.Goreng hingga masak kekuningan

3. Tadaaaa.....boleh di hias, hidang dan makannn....

Selamat mencuba, dan selamat berhujung minggu semua..





Pie Tee

Assalamualaikum...

Buat pie tee ni konon-konon nak bawak ke ofis, sebab semalam(jumaat) ada potluck. Plan nak buat pie tee dengan tepung pelita. Dah siap tebang daun pisang kat dapur dan layurkan. Tapi malang, saya budak baru belajar, time nak melipat tu, daun asyik pecah je padahal dah layur atas api. Sebab dah lewat malam, terus malas nak buat kuih tu.. Haha dasar..

Pastu taknak buang masa, terus godeh adunan nak buat pie tee. Tapi masa buat ni pun tersekat-sekat. Aisyah demam, jadinya dia asyik merengek jela... (hurm padahal kalo tak demam pon gitu jugak peelnya, nak menangis aje manjang)... Goreng 2 - 3 ketul, menangis.. Masuk bilik jap tidurkan dia... Anak dah tidur, pegi dapur... Goreng lagi, menangis lagi.. 2-3 kali berulang dapur-bilik-dapur, last-last, mama yang nangesss.. T___T
Bila dah diuji banyak kali cenggitu, malas dah la nak teruskan.. Haha see, malas lagi.. Simpan balance adunan dalam peti ais, tutup lampu kipas semua, masuk tido. Esok paginya saya masuk pejabat bawak badan je hehe, takpela kot, skip sekali.

Balik keje petang tu baru dapat habiskan adunan. Memang puas hati makan. Suka dengan kulit dia. Sangat rangup. Suami pon cakap yang ni jauh lebih sedap dari yang dekat the chicken rice shop tu.. Buat sendiri memang puas hati makan. Ok kawan-kawan, jom kita masak pie tee hari ni.. :-)

 




 



 

 Resepi dapat dari sini
Resepi:Waterlily@waterlily in da kitchen
Sumber:KakNor@secubitgaramnor67.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan - Bahan :
7 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam
200ml air.
sedikit pewarna kuning-jika suka
(saya tak isi pon)

Cara membuat Kulit Pai Tee:
1. Campurkan kesemua tepung dan telur - gaul rata2.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga habis sambil di kacau sebati.
3. Masukkan garam secukup rasa.


 

  
4. Panaskan minyak - cukup untuk deep fry. Panaskan sekali acuan pai tee di dalam minyak tadi.

5. Setelah minyak panas, keluarkan acuan tadi (make sure tak ada lebihan minyak di acuan tadi) dan masukkan sebentar kedalam adunan tepung (sampai tahap 3/4 acuan pai tee).
6. Angkat acuan pai tee yang bersalut adunan tepung dan masukkan ke dalam minyak panas tadi. The trick is - apabila menggoreng, jangan rendam keseluruhan acuan tetapi hendaklah minyak di tahap lebih RENDAH dari salutan tepung tadi. This way, the batter akan dengan sendirinya terbentuk seperti kelopak bunga dan akan tanggal dari acuan.

 


7. Goreng pai tee sehingga kekuningan atau keperangan - angkat dan toskan.

Untuk inti saya guna resepi mat gebu:
BAHAN-BAHAN INTI :-)
1 cawan parutan sengkuang
1 cawan parutan lobak merah
3/4 cawan isi udang, dicincang halus
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang halus
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN LAIN :-)
Sos cili untuk dimakan bersama
Hirisan daun sup untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

Cara Membuat Inti:
UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang besar hingga harum, masukkan isi udang cincang tadi, kacau rata. Tambah sengkuang dan lobak merah. Kacau hingga rata. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga layu dan sedikit kering. Angkat dan sejukkan.

UNTUK PIE TEE :- Ambil satu mangkuk pie tee tadi, sudukan inti hingga penuh. Letak sedikit hirisan daun sup dan bawang goreng. Tuang sedikit sos cili dan sedia untuk dimakan. Hidangkan segera

Selamat mencuba!!!

TIPS PENTING:

1. Minyak hendaklah dipanaskan di atas api yang sederhana.
2. Adunan hendaklah selalu dikacau bagi mengelakkan 'mendapan' tepung.
3. Acuan yang dikeluarkan dari minyak panas hendaklah di letakkan di atas tissue sebentar untuk memastikan bahagian bawah acuan tidak berminyak.
4. Jangan putus asa kalau kulit pai tee tidak menjadi untuk beberapa gorengan pertama, lebih lebih lagi kepada sesiapa yang baru mencuba, kerana ia biasa berlaku apabila menggunakan acuan baru.

NOTA TAMBAHAN:
Pastikan gunakan minyak yang banyak,cukup untuk deep fry. Kalau taknak guna minyak yang banyak,sila laa guna kuali bersaiz kecil ye.
Sila tukar bekas yang lebih kecil apabila adunan sudah semakin sedikit untuk memastikan kulit pai tee masih boleh dibentuk menggunakan acuan.

Jadi buat penggemar pai tee nih,boleh laa buat sendiri lepas ni yer..boleh makan puas2 dan bila2 masa.. kulitnya tu boleh dibuat lebih awal dan simpan dalam bekas kedap udara..

Wednesday, December 5, 2012

Step by Step /Tutorial Crepe Durian

Assalamualaikum semua....


Sekarang ini, musim kegilaan orang membuat crepe.. Asalnya dari crepe durian, dipelbagaikan variasi dengan letak mangga, jagung, blueberry dan berbagai-bagai buah-buahan lain.. 

Hari ini, saya nak kongsi langkah-langkah mudah untuk buat crepe durian. Saya dapat resepi ni di page FB Jom Masak.

 RESEPI DURIAN CREPE..

-20gm tpg gndum - saya guna 4 sudu makan
-20gm tepung ubi
- saya guna 4 sudu makan
-10gm tpg kastard - saya guna 2 sudu makan
-10gm tpg jagung - saya guna 2 sudu makan
-1 biji telur
-1 sdb myk masak
-1 sdb gula halus
-40ml susu cair
- saya guna 2 sudu makan susu tepung
-150ml air
- 2-3 titik pewarna kuning
- secubit garam
- 1 sudu teh esen vanila

 Cara-caranya:-
1.   Bahan-bahan yang diperlukan: Saya campurkan kesemua bahan kering di dalam mangkuk. Air dicampurkan dengan 2 titik pewarna kuning dan 1 sudu teh esen vanila. Untuk resepi ni, saya gandakan dari bahan-bahan di atas sebab nak buat banyak.


2.  Campurkan bahan basah ke dalam bahan kering dengan guna sudu/whisk.



3.  Kalau pekat just tambah air sikit.. Tapiskan.

 
4. Ambil sesenduk kecil..tuang adunan dalam kuali yg dipegang..Layangkan kuali agar adunan sekata. Masak atas api kecil.. Masak hingga kering..angkat..tak perlu terbalikkan masa angkat tu
|
FILLING..
150ML FRESH CREAM diputar hingga kental..(boleh mix sekali dgn 2sdb isi durian)

Isi durian secukupnya..





1. Bentangkan sekeping crepe di atas pinggan.
2. Isikan fresh cream di tengah-tengah.
3. Isikan isi durian di atas fresh cream tadi.
4. Tutup isi durian dengan fresh cream.
5. Lipat bawah, atas, kiri dan kanan.








 6. Siaapp..

Tuesday, December 4, 2012

Kuih Tako

Assalamualaikum... 

Kuih tako ni lebih kurang macam kuih tepung pelita.. Tapi ada beza sikit.. Dari segi daun yang diguna untuk membungkus, kuih tako ni guna daun pandan.. Manakala kuih tepung pelita pula gunakan daun pisang.. Di sebelah pantai timur, macam tempat saya ni, kuih tako ni tak sepopular kuih tepung pelita... Saya first time makan masa kerja kat pejabat lama, kat Rompin. Bos orang Johor. Kebetulan satu hari tu kena pergi site kat Muadzam, dia kirim benda ni.. Dia cakap kat Rompin tak ada kuih ni... Wallahu'alam betul ke tak ada, ataupun tak sedap tak taula pula saya.. Sebagai SYMP, (saya yang menurut perintah) saya pon belikan aja.. Tak tau apa yang special sangat pasal kuih ni.. 

Sehinggala baru-baru ni, saya terbeli kuih tako kat pasar malam dekat rumah.. rasanya, MashaAllah sangatlah sedap. Lapisan hijau bawahnya rasa manis yang sedang-sedang elok, manakal lapisan atasnya terasa lemak masin santan yang juz perfect!! So, dari sinila datang keinginan yang membuak-buak untuk buat sendiri kuih ni.. banyak jugaklah blog yang saya intai-intai.. Dan saya tertarik dekat belog Kak Azlita...







 KUIH TAKO

Lapisan Bawah

25 gm tepung hoen kwe - hijau 
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
2  biji sengkuang cina - di potong dadu (kalau tak de boleh guna buah pear)

Lapisan Atas 

25 gm tepung hoen kwe - putih
2 cawan sartan - 1/2 cawan santan Kara + 1 1/2 cawan air
secubit garam

1. Susun kotak pandan atas tray.

2. Aturkan potongan sengkuang Cina dalan kotak pandan tadi.
3. Campurkan semua bahan Lapisan Bawah  dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil mengacau hinga dia meletup - letup dan pekat terus tutup api dan masukkan dalam kotak pandan tadi. 
4. Kemudian kita ketepikan, dan buat pula Lapisan Atas.
5. Satukan semua lapisan atas dan periuk dan masak atas api sederhana sambil dikacau. Sama seperti proses memasak lapisan bawah. Bila ia meletup2 kecil tu terus tutup api.
6. Pastikan lapisan yg bawah tadi dah mengeras baru tuang lapisan putih.
7. Tuang dari bahagian tepi dulu supaya dia tak bolos ke lapisan bawah. Tuang perlahan.
8. Tunggu sejuk dan kemudian boleh di simpan dalam peti ais. Makan sejuk2 sedap!


Brownies

Assalamualaikum semua...

Hari ini nak kongsi resepi brownies yang mudah... Dengan gunakan premix ready mix.. Boleh dibeli di kedai-kedai yang menjual peralatan buat kek... Ini yang masa kami buat di pejabat Jumaat lepas, memandangkan waktu rehat hari Jumaat panjang, dan kami tak keluar ke mana-mana...



 Senang kan, kita cuma perlu tambahan telur, butter dan walnut/kekacang ikut kesukaan...

Ok, saya salin semula resepinya:-
Bahan-bahan:-
500gm brownies mix
225 marjerin (saya guna butterlite)
250gm telur (guna 5 biji telur Grade B)
50gm evaporated milk (yang ni kami agak-agak je, sebab tak bawa measurement cup- dalam 3 sudu makan susu segar)
125gm walnut (saya guna balance almond nips masa buat almond london raya aritu-dalam 80gm)

Cara-cara:-
1. Pukul butter sampai sederhana kembang. (Kami guna senduk je-Kalo sedap kredit kat dia ni. )
2. Masukkan brownies mix dan telur satu persatu.
3. Tambahkan susu dan kekacang. Gaul rata.
4. Bakar pada suhu 170C selama 40 minit.














Sunday, December 2, 2012

Muffin pisang

Assalamualaikum..

Arini anak mama tak sihat.. Demam pulak. Baru abahnya kebah, berjangkit ke anaknya pula. Mama pun rasa tak berapa sihat, cepat-cepat abah bagi makan ubat..

Lepas tidurkan Aisyah, nak setelkan urusan dapur. Baru perasan pisang yang abah bawak balik dari Pekan dah over riped. Sayang pulak nak buang, pastu terfikir nak buat muffin. Godeh-godeh resepi yang simple, terjumpa dekat myresepi.

Muffin pisang
Sumber: myresepi

Bahan-bahan ( 12 regular sized muffins )
1 1/2 cwn tepung naik sendiri
1/2 cwn gula caster
1/3 cwn minyak masak-saya guna butter yang dicairkan
1/2 cwn susu segar
1 biji telur
3 biji pisang, dilenyek
Cara-cara

A - Masukkan tepung di dalam mangkuk yang besar.
B - Campurkan gula, telur, minyak, susu dan pisang dan kacau hingga sebati.
Masukkan B kedalam A dan dengan menggunakan garfu, kacau menggunakan "fold in" method - Mixture should still be lumpy.
Sudukan adunan ke dalam tin muffin dan bakar selama 25 - 30 mins didalam ketuhar yang panasnya 170C.

**saya masak 35 minit pd suhu 170degree celcius

Saturday, December 1, 2012

Singgang Ikan Ala Pantai Timur

Assalamualaikum semua...

Singgang ikan ni memang favourite sejak kecik lagi.. Kalau balik sekolah bukak tudung saji, mak masak lauk ni memang bersorak suka sangat.. Nasi pon konpem makan bertambah... Kalau biar semalaman, lagi sedap sebab semua bahan-bahan dia meresap sebati. Saya suka kalo guna ikan tongkol/aya, tapi sebab suami tak berapa gemar, jadi tukar ke ikan selar..


Bahan-bahan
1 ekor ikan selar
2 ulas bawang merah kecil, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
4 biji cili padi
5 biji bendi
2 inci kunyit hidup, dihiris nipis
1 inci lengkuas, diketuk sedikit
1 keping asam gelugor/keping
3 1/2 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-cara:-
1. Dalam periuk, rebus bawang merah, putih, kunyit dan lengkuas yang telah dihiris. Masukkan juga cili padi dan asam keping.
2. Bila air dah mendidih, masukkan ikan dan kacang bendi. Perasakan dengan garam secukup rasa. Apabila bendi telah empuk dan ikan telah masak, boleh tutup api dan dihidang.


Friday, November 30, 2012

Demo Kelas Hiasan Kek


Assalamualaikum wbt...

Ni gambar-gambar masa pergi kelas  hiasan kek anjuran 'Kedai Barang Kita', salah sebuah kedai yang menjual peralatan bakery di Kuantan.  
Kelas kali ini secara  demo, dari pasukan Richs yang ajar tentang produk-produk whip cream keluaran syarikat mereka. 2 orang tenaga pengajar diimport khas dari Vietnam sebagai cikgu pada hari itu. Manakala yang sorang lagi tu, macam brand manager kot, malaysian..

Menurut kata spokeperson Rich ni,(lupa nama dia) Vietnam adalah antara negara yang top di dunia dalam bidang hiasan kek. Orang Vietnam anggap kek sebagai sesuatu yang patut dihargai, macam hadiah, bukan semata-mata untuk dimakan. Hiasan kek mereka pon sangat berseni dan penuh warna warni, dan agak sarat berbeza dengan hiasan kek di negara kita.


Demo dari Chef Bao, kek nenas

  Demo dari Chef Aao, (atas kiri), kek buah naga. 

Sebelah kiri bawah, Chef Bao buat juga hiasan angry bird atas permintaan anak-anak murid, heheh. Baru kami tau, di Vietnam, mereka tidak buat hiasan kartun-kartun macam kat negara kita. Mereka lebih suka hiasan macam bunga teratai, nenas, buah naga (macam berciri Buddhsim skit, kan?).. Tapi chef bao ni kan, on d spot dapat jugak dia buat walaupun masa makcik-makcik suh buat tu dia macam blur skit, angry bird tu macamana.. Kalau dah pro tu sekejap je buatnya..



Inilah antara jenis-jenis hiasan yang kami belajar sepanjang kelas tu. Dapat juga tips penyimpanan whip cream yang betul. Selama ni whip cream tu, dari freezer, lepas nyahfozenkan, yang baki tu saya akan simpan semula dalam freezer. Rupanya, once kita dah keluarkan dan nyahfozenkan whip cream tu, kita kena whip semua sekali dan simpan dalam freezer baki yang ada. Bila nak pakai biarkan sekejap pada suhu bilik dan whip semula. Banyak lagila tips-tips yang diajar selain dari jenis-jenis hiasan ni.. Dan puas hati jugak masa nak balik, kami dapat door gift yang berupa satu kotak Rich's Whip Cream Gold label dan 9 nozel aising untuk kami praktis di rumah. Tapi setakat ni masih belum sempat lagi nak test ilmu yang dah belajar tu... Haihhh..

Ni antara produk yang dikeluarkan oleh syarikat Rich's ni..


image dari blog wahseng


Strawberry Banana Milk Shake

Resepi sendiri, campak-campak plus nak habiskan buah-buah yang dah terlebih ranum...


Bahan-bahan ( Utk 2 org )

  • 2 biji pisang montel (atau pisang lain)
  • 500ml susu segar perisa strawberi
  • 2 biji strawberi
  • 1 cup yogurt

Cara-cara

  1. Blend kesemua bahan-bahan diatas.
  2. Tuangkan ke dalam gelas. Tambahkan ais jika suka.
  3. Sedia untuk dihidangkan.

Thursday, November 29, 2012

Kek Gula Hangus

Assalamualaikum wbt..

Kek ni macam-macam orang bagi nama. Ada panggil kek sarang semut, ada panggil kek sarang lebah... Tapi kalo mak saya/makcik-makcik saya, dorang panggil kek sponge.. Agaknya sebab teksturnya macam span.. 
Setiap kali hari raya/kenduri atau buat makan-makan, memang kek ini la yang mak akan request suruh saya buat.

Ok, jom kita tengok resepinya... Resepi ni dapat dari Naz Oven Kecil...


Gambar kek yang dipotong takde sebab bawak kek sebiji masa kenduri kawen sepupu baru-baru ni..




KEK GULA HANGUS
OLEH : Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com
SUMBER RESEPI : Kak Halimah via blog Koleksi Resepi Diana

Bahan untuk gula hangus :
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas-saya guna air paip je
  • 2 sudu besar mentega
Cara :
  1. Gula digoreng dengan api sederhana.
  2. Bila gula dah agak cair, (dan dah bertukar warna kekuningan), masukkan air panas (bab ni kena hati-hati sikit tau! Nanti dia meletop-letop).
  3. Masak hingga gula betul-betul larut.
  4. Bila gula dan larut sepenuhnya, padamkan api. Masukkan 2 sudu besar mentega. Biar panas air mencairkan mentega.
Bahan untuk kek :
  • 4 biji telur
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :

  1. Pukul telur hingga kembang (warna telur menjadi pucat).
  2. Masukkan susu pekat manis dan pukul rata.
  3. Masukkan tepung dan soda bikarbonat yang diayak terdahulu sedikit demi sedikit.
  4. Tuangkan esen vanilla.
  5. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi. Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup) untuk mendapatkan sarang yang cantik.
  6. Selepas 3 - 4 jam, warna bancuhan kek akak berubah. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sesuai dan kacau agar tepung tak mendap.(Naz kacau adunan sebelum menuang ke dalam loyang).
  7. Bakar selama 50minit pada suhu 160 C dengan api bawah sahaja. Kemudian balance terakhir 11 minit tu pula api atas dan bawah.

Red Velvet Cake

Tempahan Red Velvet Cake dari member ofis, Dd sempena birthday suaminya..




Untuk resepi, boleh lihat DISINI.

Fish N Chips

Bila malas masak nasi.. Beli fillet ikan frozen, beli kentang fozen...Tambah nuget ayam.... Goreng...

Isi sos cili dengan mayonis sikit.. Potong lemon sebiji....  Dah pun siap.. Jemput makan semua...



Agar-Agar Santan Gula Melaka

Dapat resepi dari blog, Naz OvenKecil

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA




Bahan-bahan :
  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
  • 1 liter air (4 cawan)
  • 1 ketul gula melaka (lebih kurang 250 gm)
  • Sedikit gula pasir sekiranya perlu
  • 200-250 ml santan pekat (1 cawan) - (Naz guna santan kotak jer & boleh kurangkan kuantiti kalau nak dapatkan lapisan santan/atas yang nipis sedikit)-Saya guna 1 kotak kecil santan
  • 1 biji telur ayam+secubit garam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
  • 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan

Cara-cara:
  1. Masak 1 liter air bersama gula melaka dan simpulan daun pandan hingga gula larut dan tapis. Pastikan jumlah air gula ni menjadi 1 liter ye sebab kadang-kadang jumlah air menjadi kurang ketika proses yang agak lama ketika melarutkan gula Melaka. Kalau kurang, tambah lagi air supaya menjadi 1 liter kembali.
  2. Masak air gula yang telah ditapis bersama serbuk agar-agar hingga larut.
  3. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam. 
  4. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. 
  5. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.
  6. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..heheheeee...

TIPS DAN NOTA NAZ:
  • Banyak orang yang tertanya-tanya kenapa bila membuat agar-agar santan, tidak mendapat 2 lapisan seperti yang sepatutnya walaupun masing-masing selalunya dah ikut betul-betul resepi yang mereka guna. Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.
  • Kalau yang suka lapisan santan tu nipis jer, kurangkan kuantiti santan di dalam resepi ye. Nanti dapatlah lapisan santan (yang bahagian atas tu), nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.
  •  
  • Saya tambah sikit ye, ni tips dari makcik saya. Lepas agar-agar dah mendidih, barulah masukkan bancuhan santan+telur. Lepas je masuk bancuhan telur tu, jangan dikacau kerana nanti serdaknya tak cantik (jadi kecik). 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...