Lazada

Thursday, November 29, 2012

Kek Gula Hangus

Assalamualaikum wbt..

Kek ni macam-macam orang bagi nama. Ada panggil kek sarang semut, ada panggil kek sarang lebah... Tapi kalo mak saya/makcik-makcik saya, dorang panggil kek sponge.. Agaknya sebab teksturnya macam span.. 
Setiap kali hari raya/kenduri atau buat makan-makan, memang kek ini la yang mak akan request suruh saya buat.

Ok, jom kita tengok resepinya... Resepi ni dapat dari Naz Oven Kecil...


Gambar kek yang dipotong takde sebab bawak kek sebiji masa kenduri kawen sepupu baru-baru ni..




KEK GULA HANGUS
OLEH : Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com
SUMBER RESEPI : Kak Halimah via blog Koleksi Resepi Diana

Bahan untuk gula hangus :
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas-saya guna air paip je
  • 2 sudu besar mentega
Cara :
  1. Gula digoreng dengan api sederhana.
  2. Bila gula dah agak cair, (dan dah bertukar warna kekuningan), masukkan air panas (bab ni kena hati-hati sikit tau! Nanti dia meletop-letop).
  3. Masak hingga gula betul-betul larut.
  4. Bila gula dan larut sepenuhnya, padamkan api. Masukkan 2 sudu besar mentega. Biar panas air mencairkan mentega.
Bahan untuk kek :
  • 4 biji telur
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :

  1. Pukul telur hingga kembang (warna telur menjadi pucat).
  2. Masukkan susu pekat manis dan pukul rata.
  3. Masukkan tepung dan soda bikarbonat yang diayak terdahulu sedikit demi sedikit.
  4. Tuangkan esen vanilla.
  5. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi. Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup) untuk mendapatkan sarang yang cantik.
  6. Selepas 3 - 4 jam, warna bancuhan kek akak berubah. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sesuai dan kacau agar tepung tak mendap.(Naz kacau adunan sebelum menuang ke dalam loyang).
  7. Bakar selama 50minit pada suhu 160 C dengan api bawah sahaja. Kemudian balance terakhir 11 minit tu pula api atas dan bawah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...