Assalamualaikum..
Tengah tercari-cari dessert yang cantik, tapi senang dibuat... Sesenang A, B..C? Secepat 1..2..3.?? Hihii, mari-mari, saya ada resepinya... Tak perlu dibakar/kukus/masak... Dan sangat presentable dan cantik..(tapi saya punya tak cantik, sila tgk yg k. Azlita buat untuk menaikkan semangat anda heheh).. Jom kita semak resepi... Resepi ni dapat kat belog akak AZLITA MASAM MANIS. Apa yang boleh saya simpulkan dari belog ni, Kak Azlita ni sangat berseni orangnya.. Hasil tangan beliau pon cantik2.. Kalo godeh-godeh gambar kat belog dia, mak aihh terasa kerdil sangat diri ni. Bayangkan berapa banyak usaha beliau dalam nak menghasilkan gambar-gambar macam tu. Dengan props-props yang pelbagai tu lagi.. Memang salute sangat dengan akak ni... As for me, pakai bedal je guna apa yang ada kat dapur.. Dahla asik2 ulang tayang pinggan mangkuk yang sama sampai diri sendiri pon naik bosan..
Okla, stop bebel, jom kita cekidaud the resepi..
Kek Lapis Cheese Persona
Rujukan: Azlita Masam Manis
Sumber Asal: Ryo
KEK LAPIS CHEESE PERSONA
Bahan A
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
500 ml susu segar,dipanaskan
Bahan B
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus
Bahan A
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
500 ml susu segar,dipanaskan
Bahan B
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus
1. Sediakan loyang berukuran 9x9 (ita guna 7x7)
-(Saya guna loose pan bulat saiz 7")
-(Saya guna loose pan bulat saiz 7")
2. Sebaiknya loyang loose pan supaya mudah kita nak keluarkan kek nanti. Lapik dasar loyang
dengan baking paper atau kertas minyak.
3. Satukan cheese dan gula halus dan pukul hingga sebati
4. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair
5. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan
6. Panaskan susu segar, padamkan api.
7. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu yang suam2 panas anggaran 1 saat. Dan terus susun dalam loyang
8. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan
9. Ulang proses melapis biskut dengan kaedah yang sama selapis demi selapis kemudian
sapukan lagi adunan cheese tadi.
10. Ulang proses melapis hingga habis
11. Biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
12. Kemudian, kisar baki biskut yang ada(saya campur dengan biskut oreo), taburkan
dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.
13. Tekan2 sikit permukaan tu
14. Masukan dalam peti sejuk, dan biarkan selama sekurang kurangnya 6 jam sebelum dipotong.
No comments:
Post a Comment