Barangkali ada pembaca yang berpendapat seperti saya? Bahawa penyediaan hidangan untuk dinikmati seisi keluarga bagaikan sudah menjadi kewajipan dan tanggungjawab seorang isteri. Tidak kirala surirumah sepenuh masa, atau ibu bekerja. Walau sepenat manapun, pasti sedaya upaya cuba mencuri-curi masa memasak untuk suami dan anak-anak tercinta. Bagaikan magis.. Makanan yang disediakan dengan penuh kasih sayang itu membuatkan kita sering merindui air tangan ibu.
Saya sendiri walaupun sudah berumahtangga, kesempatan makan hidangan yang disediakan emak memang tidak dilepaskan. Walaupun seringkali cuba untuk memasak hidangan yang sama, tetapi rasanya TIDAK sama! Antara hidangan air tangan emak yang tiada tandingannya ialah ketupat sotong, laksam dan kari ikan (ada banyak lagi)..
hari ni saya nak berkongsi hidangan yang simple dan mudah. Sesuai untuk mereka yang kesuntukan masa sebab bahan-bahan yang ada di rumah.
Sotong Masak Lada Hitam
Bahan-bahan:
3 ekor sotong-sederhana besar (dibuang kulit luar, dibersihkan & dipotong bulat)
2 ulas bawang merah kecil-dihiris
2 ulas bawang putih-diketuk
1cm halia-diketuk
2 sudu besar sos tiram
3 biji cili padi
2 sudu kicap manis
sedikit serbuk lada hitam
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Cara-caranya:-
1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.
2. Masukkan sos tiram, kicap dan masukkan sotong. Kacau rata.
3. Bila sotong dah bertukar warna/masak, masukkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
4. Siap dan boleh diangkat untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment