Bila tengok step by step tu rasa macam senang, tapi bila buat sendiri, haihh susah jugak rupanya. Macaroon tak menjadi. Rupa pon buruk... Tapi rasa agak sedap. Sebab ada serbuk badam tu bau dia wangi dan rasa rangup. Ok, saya copy n paste semula resepinya:-
MACAROON
80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor
80g serbuk almond
140g gula icing
pewarna- serbuk.
1. Sebelum kita mula. kita sediakan dulang pembakar terlebih dahulu. Alas
dulang pembakar dgn kertas minyak. Ambil duit syiling 20 sen dan lukis
atas kertas minyak dan jarakkan setiap satu sebanyak 3 cm. Terbalikkan
kertas dan letak atas tray atau dulang pembakar. Ketepikan. Yang
paling mudah kalau kita guna baking paper lebih mudah untuk tanggalkan
macaroon tu. Kalau guna kertas minyak, bila macaroon dah masak nanti
lepas keluar oven terus pancit dgn air belakang kertas minyak. Biar
sekejap nanti macaroon tu mudah tanggal. Hati2 ye! jangan sampai
tercedera pula... sebab panas tu..
Langkah 1
Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan
Langkah 2
Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang seperti gambar
dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula
castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar sehingga adunan
kental dan bertanduk seperti gambar 1 (anggaran dlm 10 minit). Adunan
menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan
mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. (bahagian ni kena pastikan
adunan tu betul2 kental). Tapi jangan terlebih pukul ye! dia dah
bertanduk aje dah ok!
Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula aje. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.
Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannyer sedikit.
Langkah 3
Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.
Langkah 4
Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis.
Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg
terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan
macarons jd berlubang bila dibakar
Rehatkan macrons lebih kurang 30 - 45 mint. Pastikan macaron benar2
kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat
tangan.
Panaskan oven 150C - ita cuma gunakan 140C mengikut kepanasan oven. Oven
jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak.(Saya ikut kak ita)
Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit.
Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit.
Setelah masak, letakkan macrons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk. Senangkan!
Bila dah sejuk boleh lah kita letak ganache apa2 yg kita suka.
No comments:
Post a Comment