Lazada

Saturday, November 12, 2011

Puding Roti Marble / Pelangi

Resepi ni buat sempena direquest oleh member ofis... Sebenarnya dia bukan nak resepi, cuma nak tau step untuk memarblekan puding ni...  Nak cerita dalam telefon ni susah...  Jadi saya ambik keputusan untuk buat sendiri dan tunjukkan penerangan dengan gambarajah supaya dia lebih senang faham... Saya pon bukan reti buat puding ni... first time buat....Cuma sebelum ni pernah buat puding blackmore yang lebih kurang aje coraknya, cuma ada beza sikit aje pada bahan-bahan yang digunakan. 


Resepi ni saya dapat dari myresepi. DI SINI.  Disumbangkan oleh hana6877....    Saya CnP aje... (^_^)












Bahan-bahan ( satu loyang )

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)


Bahan-bahan yang diperlukan


Cara-cara



  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.





  1. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). 





2. Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi. Masukkan 
    butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. Matikan api.







3.   Bahagi kepada 3 warna pilihan. Satu adunan biarkan warna asal. Dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. Kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul-ketul




















4.   Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.


5.     Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dimakan ketika sejuk.

2 comments:

  1. yg warna oren tu guna apa?

    ReplyDelete
  2. sori lmbt reply, oren tu pewarna.. saya guna warna oren..tapi nmpk mcm oren lak...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...