Lazada

Thursday, November 10, 2011

Sup Tulang Rusuk

Untuk tempoh seminggu dua ni, bersedialah berhadapan dengan pelbagai menu berasaskan daging tanpa jemu... hihihi...   Kebetulan raya Aildiladha tahun ni mak ada masuk korban, jadi dapatlah sikit sorang rasa...   Dapat daging dan tulang jugee.. Daging tu kemudian kita fikirkan apa nak buat dengan dia... Buat masa ni, biarkan dia 'enjoy the sweet moment' berehat dalam peti dulu....  


Resepi ni dapat dari blog mak Hanis Zalikha yang pemes itu... Setakat ni, cuba resepi nanirostam ni memang tak mengecewakan.... Sebelum ni try resepi nasi ayam dia, ada kelainan dari nasi ayam yang biasa masak..... Untuk lihat rupa sup tulang dia yang best tu,  KLIK.


Ni pula rupa sup saya.. Makan dengan mee je...
















Saya CnP aje la.. Malas nak tayep.. No offense ye...


) Beli tulang rusuk kambing. Rebus dengan api kecil sampai empuk. Kalau nak buat makan tengahari...pagi-pagi tu dah mula tenggekkan periuk atas dapur dan rebus tulang rusuk kambing guna api kecil dan tutup periuk supaya wap terperangkap dan daging cepat empuk. Masukkan dua tiga ketul bawang putih yang diketuk, 1 inci halia dan 2 batang serai yang juga di ketuk.Setelah agak empuk masukkan ubi kentang dan buah tomato.

2) Mesti guna bawang merah dan bawang putih goreng buatan sendiri.(Hiris bawang merah dan bawang putih nipis-nipis berasingan dan goreng juga berasingan). Tabur tepung gandum, garam dan perasa ke atas bawang hiris lalu goreng ke dalam minyak yang agak banyak. goreng dengan api kecil sehingga garing kekuningan. angkat dan tos di atas kertas tisu dapur. Setelah agak sejuk dan rangup simpan di dalam bekas kedap udara berasingan bawang putih goreng dan bawang merah goreng.

3) Di dalam sedikit minyak lebihan bawang goreng tadi, tumis bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis dan (ketumbar, jintan manis, jintan putih yang telah dikisar terlebih dahulu).Setelah garing cepat-cepat tutup api dan tuang kesemua termasuk minyak kedalam air rebusan tulang yang telah empuk.

3) Tumbuk bawang merah kecil, bawang putih, halia, lada putih, lada hitam, serbuk kas-kas sehingga lumat. Tumiskan didalam sedikit minyak lebihan bawang goreng tadi sehingga naik bau dan agak garing. Tutup api dan masukkan kesemua bahan termasuk minyak sekali ke dalam sup tadi. Masukkan garam dan serbuk pati ayam.

4) Akhir sekali, di dalam sedikit minyak lebihan bawang goreng tadi, tumiskan tiga sudu makan tepung gandum sehingga berwarna kekuningan dan tutup api serta tuang gorengan tepung tadi dengan minyak sekali ke dalam sup tadi.Biar sebentar dan selepas itu boleh di angkat. Gorengan serbuk tepung tadi adalah untuk memekat dan menambah keenakan rasa sup tulang tersebut.

Hidang bersama taburan bawang goreng merah dan putih, daun sup dan daun bawang serta boleh dimakan dengan sambal kicap.

Cara membuat sambal kicap : Tumbuk cili padi dan bawang putih sampai lumat lalu masukkan kicap soya manis.

Kesemua sukatan bahan-bahan adalah mengikut agak-agak dan kesukaan sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...