Lazada

Tuesday, November 22, 2011

Mee Goreng Hujung Bulan

Resepi yang sangat bertepatan dengan suasana semasa... Hikhik... Memandangkan dah hujung-hujung bulan ni, kita manfaatkan ape aje yang tinggal dalam esbok.. Resepi ni menggunakan mee lidi... Saya sebenarnya lebih suka makan mee lidi dari mee kuning sebab rasa dia kurang muak sikit..






Bahan-bahan:
1 bungkus mee lidi
2 sudu besar cili kering yang diblender
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
segenggam ikan bilis/udang kering*
*kesemua bahan bertanda* ditumbuk
telur- digoreng hancur
2 tangkai sawi - dipotong anggaran 1 inci
minyak untuk menumis
1 sudu makan kicap
garam secukup rasa


Cara-cara:-
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kering. Tumis lagi.
3. Masukkan mee, sawi, dan telur hancur. Gaul rata.
4. Perasakan dengan garam dan kicap.
5. Apabila dah masak, boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...