Lazada

Saturday, November 19, 2011

TomYam Putih

Ni dinner dua malam lepas... Baru arini sempat nak nak update... Berturutan dua hari dinner masak tomyam... Tapi dah bosan tomyah merah, nak try buat tomyam putih pulak... Makan dengan ayam goreng berempah... Macam a good match gak mereka berdua ni...





















Resepi Tom Yam Putih:


Bahan-bahannya:-
300gm daging ayam - dipotong kecil
1-2 tangkai serai
3 helai daun limau purut - disiat
seulas bawang besar - dihiris baji
3 tangkai cili padi
1 keping asam gelugur
garam - optional
1 bungkus rempah tomyam putih adabi
sayur-sayur pilihan - saya guna kobis bunga dan tomato




Cara-cara:-
1. Didihkan air serbuk tomyam adabi. Masukkan ayam, serai, daun limau purut, cili padi, bawang dan asam gelur.
2. Bila air dah mendidih, masukkan sayur-sayuran.
3. Perasakan dengan garam. Tapi serbuk tomyam tu dah cukup masin.
4. Sedia untuk dihidangkan.












Nila rupa perencah tomyah putih tu.... Tak kesah la kalo orang nak kate, 'Elehh, guna perencah segera bolehlah'. Dalam keadaan saya yang bizi, balik kerja nak amik anak dulu, biasanya dekat magrib baru nak sampai umah, saya sangat-sangat le bersyukur ada benda-benda instant camni yang boleh cepatkan kerja di dapur... Thank you adabi... Pasni ni bolehla amik saya jadi duta ye... Ehekkss...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...