Lazada

Friday, May 6, 2016

Tempat makan menarik @ best di Kuantan - Part 3

Assalamualaikum wbt...













































Entry ni adalah kesinambungan entry ni tahun lepas... Bahaha.. Lama betul sekuel dia jadi kena kasi banyak sikit pilihan untuk kawan-kawan pembaca yang nak pergi try makan.. Ni hanyala beberapa antara tempat-tempat makan best yang ada.. Sebab ada tempat yang aku pergi tapi tak snap gambar (sebab malu) jadi takleh nak upload kat sini... Tu chapter 4 la nanti... 

(Atas permintaan salah seorang pelawat blog ni, aku dah update alamat dengan no. tel (mana-mana yang ada) kedai-kedai yang aku pergi kat bawah ni.. Tapi ini semua aku google. Alamat inshaAllah betul sebab aku pastikan dengan lokasi kedai tu.. Tapi no telefon kalau salah minta maaf ye.. Kalau pakcik google tersalah bagi, salahla no yang aku bagi)



Restoran Hyderabad:

Alamat:-
Kuantan Avenue, Lot A-23, Jalan Beserah, 25200 Kuantan;


Ni beriani kat Reatoran Hyderabad. Lokasi, sebaris Menang Glassware Jalan Teluk Sisek. Beriani dia memang tak sama dengan beriani mamak. Ada telur rebus dalam nasi ni.. Rasa pedas sikit. Pastu dia hidangkan dalam periuk kecil. Bila nak makan, kita just terlungkupkan ke dalam pinggan. 




Ni periuknya... Portion dia besar.. rasanya boleh kongsi 2-3 orang untuk satu bekas ni...



 

Ni lak roti nan cheese.. memang the best nan cheese kat Kuantan la pada aku.. makan pulak dengan Chicken Tikka Masala......




Chicken Tikka Masala.. Sedappp..



Mee calong Warung Paya Beserah..

Alamat: Xtau nak cakap camne.. Dia kat Kg. Bugis.. lalu ikut Sek Keb. Beserah, jalan ke depan lagi sampai nampak kedai ni. Dia dok sebelah umah banglo)



Ok, ni aku nak perkenalkan signature atau makanan yang jadi trademark kat kampung aku. Kalau korang pergi Beserah, haruslah pergi cuba makan mee calong... Wajibulghunnah!! Kalau tak makan, jangan pergi Kuantan tau!! 

Kat Beserah ada banyak kedai jual mee calong ni.. Ni kedai mee calong paya... Amik budak berdua ni balik sekolah, singgah makan kejap...





Mee Calong Joe, Beserah


Ni kedai mee calong yang paling popular di kalangan orang luar atau pelancong. Simpang sebelum masuk Pusat Memandu Cermat (MPC).. Satu, sebab kedudukan kedai ni yang berada tepi jalan besar. Jadi senang orang nak singgah. Dua, mungkin sebab kedai ni pernah masuk JJCM jadi orang kenal kalau nak dibandingkan dengan kedai-kedai lain, yang kedudukan dia kat ceruk-ceruk kampung.. Tapi ada satu lagi kedai favourite orang datang makan, betul-betul kat tepi pantai... kalo nak mengalami pengalaman makan mee calong, kat tepi pantai inilah paling syiokk rasanya... Angin sepoi-sepoi bahasa.. Minum pulak air bandung. Silap-silap korang tertido kat situ lepas kenyang makan..



T'jantek Art And Bistro, Jalan Besar, Kuantan.


Ni dekat T'jantek Art & Bistro, Jalan Besar... Sebaris dengan kedai basikal.. Kedai ni dah lama sebenarnya aku je yang tak tahu.. Ingatkan kedai jual lukisan @ bahan pameran... Ni masa celebrate birthday suami yang ke 18 tahun lepas...



The Panaderia, Jalan Sebaris Politeknik Metro Kuantan.
Alamat: A-11, Ground Floor, Lorong Tun Ismail 2, Sri Dagangan 2, 25000, Kuantan
Tel: 017-9221464 / 019-9881452





Pengalaman makan kat Panaderia memang tak boleh lupa..  Kitaorang oder nasi lemak, mee bandung, kek coklat cheese dengan caffee latte... Mee bandung dia memang sedappppppppp dan power. Memang the best mee bandung yang aku pernah makan.. Pekat, pedas dan masin yang seimbang.. Kek tu pun sedap... Memandangkan aku pon seorang baker, haruslah try satu potong kek dia kan. So, baru kita boleh nilai sendiri... Makan je sesuap, walahh... memang terasa mewah coklatnya, lemak berkrim cheese tu... Memang terus boleh tau kualiti barang yang dia guna, bahan-bahan yang premium... Dengan salted caramel kat atas topping cheese tu.. Memang worth every penny spent. Thumbs up!!

Lokasi: Sebaris Politeknik Metro @ Rocana Hotel, dia belah yang menghadap ke ECM..




Restoran Edde, Inderasempurna
Alamat: 

Taman

 Indera Sempurna, 25150 Kuantan

Tel: 09-5124264


Ni pulak dekat Restoran Edde kat Inderasempurna... Restoran ni besar.. Ada aircond.. memang selesa kalau bawak family datang.. Cuma aku rasa sebab menu dia terlampau banyak, rasa dia kureng sket.. Ada western, thai, masakan panas, so dia macam terlalu multitasking. Tapi dari segi environment, aku suka pergi... Selesa..









Dalam restoran ni ada sudut playground jadi bolehla anak-anak main sementara tunggu makanan sampai...



Gelora Steak House, Jalan Beserah, Kuantan
Alamat: 

012-999 0250



Ni satu lagi restoran western.. Sedap jugak makanan kat sini.. Owner dan chef akan sambut kita dan akan borak-borak sembang-sembang sekejap kat meja... Lokasi, sebaris Tunas Manja Beserah.. Maafkan aku, gambar tak snap sebab malu dengan owner kedai kih3..



Burgerak, Jalan Beserah

Burgerak

B1927 ,Ground floor Jalan Beserah

016-219 2442

Open until 12:00 AM


Saja nak try restoran acah-acah hipster.. Ni kat Burgerak.. Jalan Beserah...



The Warunk, Taman Gelora
Alamat: 
No 2 Gerai Jkkk Tanjung Api
 6 petang - 1 pagi Rabu tutup 
☎ Tel:019-9999331



Ok, ni seperti nama di atas...  The Warunk kat Taman Gelora..





Planet Curry, Lorong Kubang Buaya 49, Kuantan.


Ni dimsum kat kedai Planet Curry Jalan Kubang Buaya.. Mee kari tak sempat nak snap.. Dah makan dulu... Tapi baru-baru ni ada orang bagitau lesen dorang ditarik balik buat sementara waktu atas sebab apa ntah... Harap-harap pasni dorang bolehlah niaga semula..




Brew and Butter, Swiss Garden Resindences, Sg. Karang, Kuantan.



Kek pandan gula melaka... Ni dekat cafe Brew and butter..




Chicken croissant...







Caffe latte dengan caramel milkshake...





Chicken+Mushroom soup dengan homemade garlic bread...





Kedai dia... Suka sangat lepak lelama... Nice deco.. Nice ambience...



Lokasi : Swiss garden Residences Sg Karang...


Sara Boat Noodle, Berhadapan Gereja (Sekolah St Thomas Lama)



Sara Thai Kitchen

4.0


SAVE

NEARBY

SHARE

Add missing information

Review summary

5
4
3
2
1







Green tea, boat noodle dan pulut mangga dekat Sara Boat Noodle.. Lokasi, berhadapan dengan Sekolah St Thomas lama yang sekarang dah jadi gereja. Sebelah restoran Sara Thai Kitchen. Owner sama kot.. Nama pon sama...





Pulut mangga dia sedap.... Aku kan sedikit picky eater (nak muntah ke awak?? Haha jgn maki ye, tak baik)... Macam nasi kerabu, ada certain tempat je yang aku makan... Tak makan pulut dengan mangga ni.. kalau pulut drian aku makan.. Sebab masa kecik mak buat.. Pulut makan ni bukan comfort food aku.. Hanya boleh makan kalau kat Restoran Sara Thai je... Kalau yang jual kat tempat lain T___T.. 




Akar Kopi, Jalan Besar, Kuantan












Akar kopi.. Mai-mai minum kopi sambil makan roti bakar...



Rossa D'Western, Medan Feri, Tanah Putih Kuantan 


Romantic dinner kat tepi sungai Kuantan.. Rossa De' Western... Medan Feri... Boleh request untuk buat birthday surprise ke.. anniversary ke...






Ni masa celebrate birthday family bulan September tahun lepas...



Brother Bob Char Kuey Teow, Jalan Tg Muhammad (Jalan Nak Pergi TC)


Tiba-tiba.. Terselit yang ni...




Whims & Cat, Indera Mahkota 14



Whims Cat & cafe kat IM 14.. memandangkan anak dara kami ni pencinta haiwan katanya... Nak main kucing kat umah takde kucing.. Jadi bawak sini nak gomol meow tu... Ada banyak jugak pilhan ready made food yang ada... Bluberry panacota dia masyaAllah sedap sangat weh.. Tapi takde dalam gambar. sebab masa balik nak bayar sempat lagi Aisyah cilok dari peti ais.. Rasa macam nak mintak je resepi dengan tokey kedai.








3 comments:

  1. kalau boleh beri alamat yang cukup dan no talipon tiap restoran. Dengan itu Puan dapat membantu pelawat2 mencari tempat makan di Kuantan dan kawasan sekitar. Moga Allah berkhati kehidupan Puan dan keluarga. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Ok Halmi terima kasih atas komen anda. InshaAllah bila saya berkelapangan saya akan update semula alamat dan no telefon restoran yang ada.. Saya google ajer la sebab saya pon tak tahu no telefonnya.. Kalo lokasi inshaAllah boleh update.. Apa-apa pun, terima kasih sudi singgah sini..

    ReplyDelete
  3. bila nampak post ni teringin nak pergi ke tempat ni cepat..insyaAllah pergi kuantan boleh singgah. terima kasih info ni ya.
    Jemput lawat blog saya juga..baru setahun jagung berblog..moga dapat improve macam puan juga..hihihi
    www.infosihatcentre.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...