Lazada

Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Monday, October 10, 2016

Breakfast at Tiffany's - Resepi nasi lemak & kuih kayu keramat


Assalamualaikum semua...




Ehem-ehem.. Tengok tajuk tak mudahlah rakyat marhaen ni.. Jangan kenncamm ako!! Punyalah takde idea nak masak apa kalau time hujung minggu kat rumah. Tak abis-abis dengan nasi lemak.. Kali ni rajin sikit sebab aku buat dengan kuih sekali..





Nasi lemak aku yang tak berapa lengkap. Sebab tak ada kacang (aku tak suka), tak ada timun.. Aku baham aje mana yang ada.. Nasi lemak aku ni senang giler cara membuatnya...



Resepi nasi lemak

Beras - aku guna 2 pot kecik tu
Daun pandan - 2 helai (dicarik dan disimpul)
Halia - Dihiris
1 sudu makan minyak masak
1 sudu serbuk santan kara
sedikit garam


Cara:-

1. Cara masak macam masak nasi biasa, cuma tambah halia, minyak masak,  serbuk kelapa dan garam sikit. Letak atas periuk nasi. Masak macam biasa. Dah masak, karas-karas sikit.. Tutup semula periuk smpai nasi lembut.



Sambalnya pon senang yang amat kalo aku punya style. Tumis bawang, lada blend sampai naik minyak dan wangi, tambah garam gula, asam jawa secukup rasa. Siap... Boleh hidangkan dengan ikan bilis goreng dan telur rebus.




Ni pulak resepi kayu keramat atau cakoi. Aku jumpa kat fesbuk... Buat sikit je, separuh dari resepi kat bawah sebab tak ramai kat rumah ni.. Balik-balik muka aku jugak tukang perabih... Macam manalah tak kurus...

Resepi Kuih Kayu keramat@ Cakoi:-


Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum
2 sudu teh yis kering
3 sudu besar marjerin/butter
3 sudu besar gula
3 sudu kecil garam
1 biji telur
1/4 cawan air (untuk menguli)

Cara-cara:-

1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati dan membentuk doh.
2. Uli adunan hingga licin dan rehatkan selama 1/2jam.
3. Canai dan potong ikut saiz yang disukai.
4. Goreng dengan api sederhana besar. Angkat dan toskan. Boleh makan dengan sambal bilis nasi lemak tu.
Kalo nak fefeeling breakfast at Tiffany's tu cicahlah dalam nutella.




Tuesday, December 11, 2012

Nasi Beriani Pakistan

Assalamualaikum...

Ni resepi beriani yang agak lain dari resepi beriani yang lain, tak menggunakan minyak sapi, sebagai ganti guna minyak zaitun.. Satu pilihan yang lebih sihat. Resepi dapat kat blog K. Azie, di sini. Saya salin semula ye tuan empunya:-











Nasi Beriani Pakistan

Bahan bahan:
5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap)
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit
3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt
2 bay leave
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas & rebus 
½ cawan susu (optional)
Saffron & pewarna kuning


Hiasan
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci
Daun mint
Badam & kismis, jika suka

Mula-mula kita kena masak ayam dulu:-

Penyediaan Ayam:
1. Perap ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.

2. Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.

3. Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk. 

4. Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak.  Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.

5. Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.


Penyediaan Nasi:

1. Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.

2. Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.

3. Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.
Penyediaan Beriani:

1. Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau  ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.
2. Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.

3. Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi. 

4. Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.

5. Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.

6. Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.
7. Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah. 
Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt. Taburkan daun ketumbar.


*** Nampak macam leceh kan buat nasi beriani ni.. Saya pon rasa macam tu.. Tapi berbaloi sebab rasa dia yang sedap. Sesekali apa salahnya treat diri sendiri dengan makanan sedap.. :)

Wednesday, November 7, 2012

Nasi Beriani

Resepi dapat dari myresepi


 

Bahan-bahan

  • BAHAN ASAS :
  • Beras Basmathi (sukatan 4 pot)
  • Rempah briyani
  • Susu cair dan minyak sapi
  • Perwarna kuning
  • Rempah tumis 2 paket kecil (bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih)
  • BAHAN UTK KISAR :
  • Halia (besar ibu jari)
  • Bawang putih (9 biji)
  • Bawang merah (7biji)
  • BAHAN HIASAN :
  • Daun bawang dan daun sup yang di potong dan bawang goreng

Cara-cara

  1. 1.Panaskan minyak sapi lbh kurang 1 senduk supaya mnjadi minyak dan tumis rempah tumis (bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih dll)
  2. 2.Masukkan bahan2 yang di kisar tadi, tumis hingga naik bau dan masukkan rempah briyani ADABI dan letak susu cair lbh kurang 1/2 tin
  3. 3.Basuh beras dan letak sukatan air yg sama banyak dengan beras.. kemudian masukkan bahan yang telah di tumis tadi ke dalam periuk nasi yg berisi beras yang sudah di basuh tadi..
  4. Bila nasi da masak.. tunggu skejap.. jangan trus letak perwarna.. takut nanti warna tu kembang meresap ke smua nasi.. bila da rasa perlu, baru letak perwarna dan hias dengan bahan hiasan.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...