Lazada

Sunday, February 5, 2017

Nasi kandar dah ada kat kontan wehhh

Assalamuaikum wbt..

Gigih aku mengupdate entry baru.. Eh sebelum tu lupa aku nak ucapkan selamat tahun baru untuk semua yang sudi singgah DDM ni...

Ni citer minggu lepas.. Sempena cuti tahun baru cina, nak ajak Aisyah kuar jalan-jalan disebabkan beberapa kali dah janji, asik ditunda..  Sambil bawak anak berjalan, maknya pun sempat JJCM..

Terbaca secara tak sengaja info pasal kedai Nasi Kandar Reno ni kat facebook.. bagitau en hubby, macam biasa dia on je...




Pasal gambar inilah aku jadi sasau nak jugakkk makan nasi kandar ni!! Padahal aku bukan suka sangat makan kari.. Tengok sotong dengan ayam tu... Perghhhh....

Gambar ni dari FB tokey kedai ni.. Boleh try tengok kat FB Ez Nordin.



Kalau nak senang, ikut peta ni, inshaAllah jumpa cari...








Masa kitaorang sampai kat kedai, dalam kul 12, lauk-lauk banyak yang belum sampai.. Lauk sotong dengan telur sotong idaman hati aku belum ada masa ni.. Cuma ada set ayam goreng dengan ayam madu. Setiap set ada bendi 2 ketul, dengan telur rebus sebelah. Boleh pilih telur masin atau telur biasa.. Nasi pun ada 2 pilihan, nasi putih dengan nasi kuning. Aku pilih nasi putih dengan ayam goreng, dan telur masin.. Next time datang nak order nasi kuning ni pulak.. Sedap.. Setiap set RM7.50 ke RM 8.50.. Alamak aku lupa la, hi2.. Kena datang lagi ni nampaknya.. 

Portion nasi dan ayam dia besar. Aku rasa kalau lapar sangat tu boleh habis, tapi kalau tak, boleh share je..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...