Lazada

Tuesday, December 11, 2012

Mee Calong Beserah

Assalamualaikum...


Jom kita masak mee calong arini...





Resepi asli dari mak saya,


Bahan-bahan:

1/2 kg ikan selayang/tamban/parang (diambil isi untuk buat fishball, tulangnya direbus dan diambil air-untuk buat kuah - **makin banyak tulang ikan tu, makin sedap bebola tapi kena teliti sikitla nak mengasingkan tulangnya. Saya syorkan guna ikan selayang sbb senang kerja)

1/2 cawan ais kiub/tube

8 biji bawang merah-dihiris

5 biji bawang putih-hiris

2 batang kulit kayu manis

3 biji bunga lawang

3 biji bunga cengkih & 3 biji buah pelaga

daun sup dan daun bawang

tauhu putih

tauhu goreng yang disumbat dengan isi ikan

taupok 

fishcake/fishball ready made(kalo malas/tak sempat)

mee kuning / mehun yang telah dicelur

 sambal lada merah



Cara-cara:

  1. Mula-mula, siang dan ambil isi ikan. Kita perlu keluarkan semua tulang halus pada ikan. (pastikan tiada tulang pada isi tersebut nanti nak makan tercekik tulang dah spoil). Gaul bersama dengan sedikit garam & dan gula. Blend bersama ais. Buatkan bentuk bebola. Rebus ke dalam periuk yg berisi air mendidih.Masak sehingga bebola terapung tanda dah masak dan sedia diangkat.
  2. Untuk membuat tauhu sumbat. Potong tauhu menjadi 2 bahagian. Sumbatkan lebihan isi ikan tadi ke dalam tauhu. 
  1. Tulang ikan tadi direbus ke dalam sedikit air. Masukkan ke dalam blend dengan sekali tekan. tapis untuk mendapatkan stok ikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, bawang merah, bawang putih sehingga naik bau. Masukkan stok ikan tadi, kemudian tambahkan beberapa cawan air. biarkan sehingga menggelegak.
  3. Masukkan sup bunjut, tauhu yang telah disumbat dengan isi ikan & bebola ikan tadi ke dalam kuah. Tambahkan garam, lada sulah, stok ayam, daun sup. Perasakan.
  4. Siap untuk dihidangkan bersama mee kuning yg telah siap direbus@ bihun. Taburkan daun bawang & daun sup ke atasnya. (Kalo suka boleh taruk bawang goreng)
  5. Selamat mencuba.


5 comments:

  1. nk tanya cara nk buat kuah lada xde ke

    ReplyDelete
  2. Saya buat biasanya just blender cili padi, cili merah, air, cuka sikit, garam dan gula scukup rasa. Blend semuanya. masak atas api. Sejukkan.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih.. Ni Joe tokey mee calong kat simpang PMC tu ke? Hihi..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...