Lazada

Wednesday, November 7, 2012

Mee Calong

 

Assalamualaikum wbt semua...

Korang pernah dengar tak pasal mee ni.. Sejenis mee sup yang popular di kuantan, terutamanya di belah-belah beserah. Sebagai seorang beserah yang jati, resepi ini bolehlah saya klasifikasikan sebagai authentic yuuu..Tapi masa saya masak ni,saya guna fish ball yang raedy made je.Tak sempat nak buat sendiri. Tapi resepi kat bawah ni saya tulis yang guna isi ikan fresh. Lebih sedap.


Ok sedara sedari mari kita belajar buat mee calong dengan cara yang mudah.. 


Bahan-bahan:

1/2 kg ikan selayang/tamban/parang (diambil isi untuk buat fishball, tulangnya direbus dan diambil air-untuk buat kuah - **makin banyak tulang ikan tu, makin sedap bebola tapi kena teliti sikitla nak mengasingkan tulangnya. Saya syorkan guna ikan selayang sbb senang kerja)

1/2 cawan ais kiub/tube

8 biji bawang merah-dihiris

5 biji bawang putih-hiris

2 batang kulit kayu manis

3 biji bunga lawang

3 biji bunga cengkih & 3 biji buah pelaga

daun sup dan daun bawang

tauhu putih

tauhu goreng yang disumbat dengan isi ikan

taupok 

fishcake/fishball ready made(kalo malas/tak sempat)

mee kuning / mehun yang telah dicelur

lada jeruk

sambal lada merah

 

Cara-cara

  1. Mula-mula, siang dan ambil isi ikan. Kita perlu keluarkan semua tulang halus pada ikan. (pastikan tiada tulang pada isi tersebut nanti nak makan tercekik tulang dah spoil). Gaul bersama dengan sedikit garam & dan gula. Blend bersama ais. (Ini adalah petua untuk bebola menjadi pejal. Adik yg pernah belajar kat Mardi bg tips ni) . Buatkan bentuk bebola. Rebus ke dalam periuk yg berisi air mendidih.Masak sehingga bebola terapung tanda dah masak dan sedia diangkat.
  2. Untuk membuat tauhu sumbat. Potong tauhu menjadi 2 bahagian. Sumbatkan lebihan isi ikan tadi ke dalam tauhu. 
  3. Tulang ikan tadi direbus ke dalam sedikit air. Masukkan ke dalam blend dengan sekali tekan. tapis untuk mendapatkan stok ikan.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, bawang merah, bawang putih sehingga naik bau. Masukkan stok ikan tadi, kemudian tambahkan beberapa cawan air. biarkan sehingga menggelegak.
  5. Masukkan sup bunjut, tauhu yang telah disumbat dengan isi ikan & bebola ikan tadi kedalam kuah. tambahkan garam, lada sulah, stok ayam, daun sup. perasakan.
  6. Siap untuk dihidangkan bersama mee kuning yg telah siap direbus@ bihun. Taburkan daun bawang & daun sup ke atasnya. (kalo suka boleh taruk bawang goreng)
  7. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...