Assalamualaikum wbt..
Pertama kali saya buat trifle ni masa kenduri cukur jambul Aisyah hampir 3 tahun lepas.. Resepi ni dapat dari member pejabat.. Dapat sms dari kakak ipar untuk order 2 bekas trifle untuk keluarganya dari Klang yang datang berkunjung ke rumahnya..
Tak ramai orang yang amik tempahan yang sudi untuk berkongsi resepi.. Sebab takut kalo share resepi nanti orang dah tak order lagi dengan dia.. Pada pandangan saya sendiri, saya tak kisah pon.. Setiap orang tu Allah dah tentukan rezeki masing-masing. Tak perlu nak takut/kedekut ye berkongsi ilmu yang berguna ni... Sebab ni pun saya dapat dari kawan. Kalo dia buat kedekut taknak share, tak dapatla saya buat..
Cheesecake Trifle
Bahan-bahannya:-
Lapis Pertama
1. Base bawah Sebiji cheesecake /kek span (ikut pilihan masing-masing) - nak sedap sila guna cheesecake. Ada jual kat giant atau carefour..
Lapis Kedua
2 tin susu cair
2-3 sudu besar gula (kalo tak suka manis, 2 sudu dah cukup)
4 sudu besar (rata) tepung kastard
1 biji telur
Lapis Ketiga
jeli nona (perisa ikut kegemaran masing2. Saya guna jeli perasa strawberry)
buah-buahan koktel dalam tin
buah prune-dipotong kecil (jika suka)
Cara-cara:-
- Kacau tepung kastad, telur dan susu biar sebati.
- Masukkan dalam periuk. Tambah gula. Masak atas dapur sampai pekat. (api jangan kuat)
- Susun kek yang telah dipotong ke dalam bekas. (Buat ni dulu sebelum masak kastad)
- Bila kastad dah agak pekat dan masak, tapis dulu kastad tu sebab dia berketul-ketul. Ratakan di atas kek tadi.
- Curahkan jeli yang telah dimasak (ikut arahan pada pembungkusannya) ke atas kastard tadi.
- Susun buah-buah koktel dan prune (atau buah ikit kegemaran anda e.g peach.. ) ke atas jeli tadi. Biarkan sejuk. Simpan dalam peti ais semalaman.
- Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment