Lazada

Wednesday, March 5, 2014

Mee Calong Beserah

Assalamualaikum...

Ni hujung minggu lepas punya citer.. Alkisahnya suami tiba-tiba nak makan makan mee calong pulak.. Padahal sebelum ni incik ahmad faisel tak minat pon. Kalau gi kedai mee calong kat kampung, saya sorang je yang makan beria-ia.. Dia relaks je makan mee kari / rojak... 





Kalau siapa yang teringin nak makan tu, tapi kat tempat anda takde, bolehla cuba resepi ni... Mee calong ni sebenarnya macam mee sup jugak. Cuma bezanya kena makan dengan homemade fishball. Baru terasa keasliannya..


Bahan-bahan:

1/2 kg ikan kembung/selayang (diambil isi untuk buat fishball, tulangnya direbus dan diblend, tapis dan  diambil air-untuk buat kuah -

1/2 cawan ais kiub/tube

8 biji bawang merah-dihiris

5 biji bawang putih-hiris

2 batang kulit kayu manis

3 biji bunga lawang

3 biji bunga cengkih & 3 biji buah pelaga

daun sup dan daun bawang

tauhu goreng yang disumbat dengan isi ikan

taupok 

mee kuning / meehun yang telah dicelur - saya guna mee lidi

sambal lada merah


Cara-cara:

  1. Mula-mula, siang dan ambil isi ikan. Kita perlu keluarkan semua tulang halus pada ikan. (Pastikan tiada tulang pada isi tersebut nanti nak makan tercekik tulang dah spoil). Gaul bersama dengan sedikit garam & dan gula. Blend bersama ais. Buatkan bentuk bebola. Rebus ke dalam periuk yg berisi air mendidih. Masak sehingga bebola terapung tanda dah masak dan sedia diangkat.
  2. Untuk membuat tauhu sumbat. Potong tauhu menjadi 2 bahagian. Sumbatkan lebihan isi ikan tadi ke dalam tauhu.
  3. Tulang ikan tadi direbus ke dalam sedikit air. Masukkan ke dalam blend dengan sekali tekan. Tapis untuk mendapatkan stok ikan.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, bawang merah, bawang putih sehingga naik bau. Masukkan stok ikan tadi, kemudian tambahkan beberapa cawan air. biarkan sehingga menggelegak.
  5. Masukkan sup bunjut, tauhu yang telah disumbat dengan isi ikan & bebola ikan tadi ke dalam kuah. Tambahkan garam, lada sulah, stok ayam, daun sup. Perasakan.
  6. Siap untuk dihidangkan bersama mee kuning yg telah siap direbus@ bihun. Taburkan daun bawang & daun sup ke atasnya. (Kalo suka boleh taruk bawang goreng)
  7. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...