Assalamualaikum wbt...
Dulu tak pernah suka makan jeruk pelam. Kalau yang orang buat pastu hulur kat kita, makanlah jugak nak ambik hati. Tapi kalau nak mencari sampai meleleh air liur tu, memang taklah...
Tapi, itulah penangan media sosial. Benda-benda yang kita tak minat pun, kalau dah setiap hari keluar kat skrin telefon dengan komputer, terpengaruh jugak akhirnya nak mencuba.
Lebih-lebih lagi bila jenguk blog favourite, Ana Suzana, pon ada share jugak cara-cara buat jeruk pelam ni.. Lagilah semangat berkobar-kobar nak buat.
Bahan-bahan dia memang simple sangat. Kebetulan buah mangga muda yang saya guna ni jenis yang lemak-lemak, tak berapa masamlah. Jadi saya tak rendam dalam air garam dulu. Terus je gaul sekali semua bahan-bahannya sekali harung.
Ada yang nak buat tak?? Senang sangat tau...
Bahan-bahan:
Buah mangga muda/mempelam dikupas kulit, dihiris kecil
Sedikit garam
Gula secukup rasa (nak bagi hilang rasa masam mangga)
Cili padi-dipotong (ikut suka nak banyak mana)
Asam boi kalau suka
Ok, mula-mula mangga ni dikupas kulit
Kemudian, dihiris nipis-nipis. Campurkan semua bahan, garam, gula, cili padi potong dan asam boi.
Hasilnya, dapat sebalang je.. Cukuplah sekadar nak merasa. Jangan lupa cuba tau...
Saya ada jual Jeruk Pelam Asam Boi Banjir untuk sekitar Seri Hartamas, Bukit Kiara, Mutiara Damansara, Manjalara, Gombak dan Kuala Lumpur
ReplyDeleteJeruk Pelam Asam Boi Banjir ini dibuat dengan penuh citarasa. Anda pasti berselera, Dijamin Bersih & Halal. Saya mempunyai stok buah pelam/ mangga muda yang segar dari ladang dibuat mengikut tempahan semasa.
Ada 2 saiz bekas :
Saiz kecil - RM 5.00
Saiz Besar - RM 10.00
Saiz ikut kilo bagi majlis 15.00
Beli banyak ada diskaun lagi.
★ boleh request tahap kepedasan★
- Extra pedas
- Sederhana pedas
- Kurang pedas
Hubungi saya @ sms @ Whatsapp : Kak Nor 0173837039
Saya suka berhubung whatsapp untuk tempahan segera.
Penghantaran adalah percuma bagi tempat yang dinyatakan.Selain daripada itu dikenakan bayaran penghantaran.
http://jerukpelamasamboi.blogspot.com