Lazada

Wednesday, October 26, 2011

Blueberry Cheesecake

Dulu..Igtkan payah sgt nak wat cheesecake ni. Sampai satu hari, tgk tv, Rachel Allen dr BAKE tu tunjukkan cara-caranya.. ooo takdelah complicated mane... So tryla wat... Dan selepas ejas sikit di sana sini..akhirnya..dptlah resepi kek ni... 




























Senang sgt... Kat bawah ni resepinya..
Untuk base:
12-15 keping biskut marie-dimesin sehingga halus
75gm mentega -dicairkan

Untuk cake:
500gm cream cheese (sebaiknya guna brand philadelphia)
3/4cawan gula castor
100ml whipping cream.
4 biji telur
sedikit esen vanila

Untuk hiasan:
250gm blueberry pie filling
100ml whip cream

Cara-cara:-
1. Gaulkan mentega cair dan biskut marie sehingga mendapat adunan yang boleh dikepal.
2. Tekankan dan masukkan kedalam loyang. Padatkan dengan dasar gelas/sudu. Simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
3. Pukul cream cheese bersama gula kastor sehingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Tambahkan whip krim dan esen vanila. Putar lagi sehingga semuanya sebati.
5. Tuangkan ke dalam loyang yang berisi biskut marie tadi.
6. Bakar dalam ketuhar suhu 180 darjah celcius selama 40 minit / bergantung kepada oven anda.
7. Simpan sejuk semalaman.
8. Untuk hiasan, putar whip cream sehingga kembang. Hiaskan disekeliling kek. Hiaskan dengan blueberry pie filling diatasnya.

9. Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...