Lazada

Friday, October 28, 2011

Puding Kastard Dengan Buah Koktail

Sempena buffday anak buah, Kimie dan Alifa, pencuci mulutnya buat puding koktail... Asik-asik buat trifle je... Kali ni tukar selera pula...  Resepi ni dapat dari blog INI... Tapi telah diubahsuai memandangkan resepi asal agak manis buat saya...








PUDING KASTARD

Bahan-bahannya:

- 1 cawan tepung kastard
- 6 cawan air 
- 6 sudu makan gula
- 3 sudu makan susu pekat

Caranya:

1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati dalam periuk dan letakkan di atas api. 
2. Pastikan api perlahan dan sentiasa kacau semua bahan tadi sehingga menggelegak.
3. Angkat dan tuangkan di atas bekas. Setelah sejuk, baru masukkan dalam peti ais untuk dikeraskan.
4. Setelah puding keras dan pejal, potong lah ikut citarasa masing-masing.
*** Kalo boleh, masak lama sedikit atas api yang perlahan sehingga kastard betul-betul masak. Maka ia akan lebih senang untuk set..

KUAH FRUIT COCKTAIL

Bahan-bahannya:

- 2 tin susu cair Ideal (kalau nak kuah banyak, tambah ikut kuantiti yang diperlukan)
- 5 cawan air
- 1 tin buah koktail
- 2 biji telur kuning sahaja (jumlah telur perlu sama dengan jumlah tin susu yang digunakan. Kalau 3 tin susu, so 3 biji telur kuning)
- 3/4 cawan gula
- 1 sudu besar susu pekat
- 1 sudu makan (rata) tepung kastard
- sedikit esen vanila
-sedikit garam (untuk bagi rasa lemak-lemak sikit)
- Kismis
- Prune

Caranya:

1. Campurkan kuning telur, gula, susu pekat, susu cair, air dan tepung kastard hingga sebati. Masakkan di atas api perlahan hingga mendidih.
2. Apabila telah masak, masukkan ke dalam bekas dan campurkan puding kastard yang telah dipotong bersama dengan buah koktail. Sejukkan dalam peti ais untuk rasa yang lebih enak.
3. Siap untuk hidangan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...