Lazada

Tuesday, May 13, 2014

Butterscotch Bread Pudding @ Puding Roti Butterscotch

Assalamualaikum...

Indahnya pagi ni.. Awal-awal lagi dah terdengar bunyi orang mesin rumput kat umah jiran depan.. Tak jadi la nak sambung tido walaupun mata ngantuk sangat.. Malam tadi beberapa kali jugak terbangun mimpi yang tak berapa best.. Cik abang pon dah pergi kerja subuh tadi... Kesian dia arini cuti Wesak day, tapi kena keja jugak. Cuti ni akan dicarry ke cuti raya. Takpela janji raya boleh cuti panjang tak payah nak apply2 dah..

Arini kalau ikut perasaan holiday tu emmang ai nak bergolek-golek ajer depan tv teman Aisyah tengok Oggy & The Lipasss.. Tapi kenottt la banyak sangat kerja nak dibuat ni. Ada 6935383 list kerja yang belum setel.. Nak kemas peti ais, nak pergi kedai 2 hengget, pergi kamdar beli langsir, pastu sambung prrgi inai beli manik & tape langsir, nak pergi cowboy beli tipuware, pergi nikorex lagi beli rak, nak kemas porch, nak jemur kain... Macam-macam nak buat ni.... OMG OMGGG !! Banyaaakkkkk sangat benda yang nak disetel hari ni.. 

Okeh enuf said. Saya nak share resepi puding roti. Buatnya malam tadi untuk bekalkan hubby kat ofis. Special treat la sikit untuk orang yang kena keja pada public holiday ni ahakss.. Resepi ni saya buat ikut barang-barang yang ada kat umah je.. Tapi tiru Nigella la sket part yang butterscotch tu. yummmyy tau.. Bukan macam bread pudding yang biasa tu. Dia wangi lagi.. Ok jom buat..



Puding Roti Butterscotch
Dari dapur miza
Inspired by: nigella lawson

Bahan2:
5 keping roti putih  - disiat
2 biji telur
1 tin susu cair
5-6 sudu makan gula pasir (manis ikut suka, blh tambah, blh kurangkan)
1 sudu makan butter
Sedikit esen vanila

Cara2:
1. Dalam periuk, masukkan gula. Buat gula hangus (macam kita mak buat gula hangus tu). Part yang ni kena hati-hati. Takut ter'rentung' macam yang jadi kat saya. Kes buat kerja sambil berangan la nih.. 
2. Lepas semua gula dah hancyr sepenuhnya, dan gula pon dah bertukar kaler kepada amber, masukkan susu cair. Kacau laju-laju n rata-rata.Part yang ni kena buat cepat dan hati-hati sebab karamel tu panas. Gula dah larut sepenuhnya, boleh tutup api.
3. Masukkan butter. Masukkan kismis. Saya masukkan kismis dalam susu panas sebab nak suh dia serap cecair tu supaya dia lembut dan kembang.
4. Bila susu dah agak suam, boleh isi telur. Kacau rata-rata dan ditapis.
5. Dalam loyang yang dah dilengser butter terlebih dahulu, masukkan roti yang disiat tadi.
6. Tuangkan bancuhan telur+susu tadi. Biarkan dalam 15-20 minit supaya roti dapat serap cecair tadi.



7. Bakar dalam oven yang dah dipanaskan terlebih dahulu, suhu 160 celcius selama 25-30 minit. Saya guna mode kipas. (Rujukan sahaja. Anda perlu check suhu oven anda)
8. Dah siap. Yummy. Kalau rajin boleh makan dengan kuah. Tapi saya malas.. Kihkih.. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...