Lazada

Friday, October 16, 2015

Mango Cheese Cake

Assalamualaikum...

Mango cheesecake sempena birthday ayah, Kimi dan Asippu bulan 10 ni... Sebenarnya aku nak wat non bake cheesecake, tapi bila dah timbang bahan-bahan, baru aku teringat stok gelatin dah habis.. Jadi, sebab dah takde masa nak kuar gi bakery, terpaksalah wat yang bakar je..

Nak resepi tak? Resepinya sama aje macam blueberry cheesecake yang aku pernah wat kat sini dulu.. Cuma taruk puree mangga sikit dalam tu... Jom ibuk-ibuk bapak-bapak kita ke dapur yukk..


Crust:

Untuk base:
12-15 keping biskut digestive / marie-dimesin sehingga halus
75gm mentega -dicairkan

Untuk cake:
500gm cream cheese (sebaiknya guna brand philadelphia)
3/4cawan gula castor
100ml whipping cream (aku guna uht brand Anchor, lemak berkrim gitu)
4 biji telur
sebiji mangga masak ranum-dikisar halus (tambah air sikit masa blend)
sedikit esen vanila
Untuk hiasan:
sebiji mangga dihiris 


Cara-cara:-
1. Gaulkan mentega cair dan biskut marie sehingga mendapat adunan yang boleh dikepal.
2. Tekankan dan masukkan kedalam loyang. Padatkan dengan dasar gelas/sudu. Simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
3. Pukul cream cheese bersama gula kastor sehingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Tambahkan whip krim, mangga puree dan esen vanila. Putar lagi sehingga semuanya sebati.
5. Tuangkan ke dalam loyang yang berisi biskut marie tadi.
6. Bakar dalam ketuhar suhu 180 darjah celcius selama 40 minit / bergantung kepada oven anda.

7. Simpan sejuk semalaman.
8. Untuk hiasan, hiaskan dengan hirisan mangga. Sejukkan dulu sebelum dimakan.








Cheesecake ni ala-ala durian crepe jugak.. Kalau kesedapan durian crepe bergantung pada sedapnya durian tu, macam tu jugaklah dengan mango cheesecake ni. Kalau mangganya manis, harum, memang sedap sangatlah jadinya.. Tapi aku lebih suka kalo mango cheesecake jenis chill. Kesegaran mangga tu kita boleh rasa..





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...