Assalamualaikum wbt..
Petang-petang macam ni, ditambah lagi cuaca hujan ni, dapat minum kopi/teh panas alangkah enaknya.. Lagi best kalo kalo disertakan dengan kuih.. Pakej lengkap... Kali ni nak share resepi yang saya cuba masa hujung minggu baru ni. Kuih cucur penaram ni memang favourite saya.. Masa kecik-kecik, mak selalu beli kuih ni yang dibuat oleh adik mak yang letak kuih ni kat kedai. Cucur penaram yang dia buat memang sedap.. Lembut.. Resepi ni saya dapat dari blog resepidaria. Nak tengok versi beliau di sini.
Minta izin copy n paste ye,
Cucur Jawa/cucuq tuang
photo and publish by resepidaria.blogspot.com
Bahan-bahannya:-
1 mangkuk tepung beras
1 mangkuk tepung gandum
1 mangkuk gula merah
1 mangkuk air (saya tambah lagi 1/4 cawan air)
sedikit garam
Cara-cara membuatnya:-
1. Masak gula merah dan air sehingga gula hancur. Tapis dan biarkan sejuk sedikit.
2.
Masukkan semua tepung dan garam dalam bekas dan tuang air gula tadi
sedikit demi sedikit sehingga sebati. Tambah air jika terasa bancuhan
pekat. Kacau dengan whisk tangan dan pukul sedikit sehingga ia nampak
berbuih buih sikit.
3. Perapkan selama minima 4 jam atau yang paling bagus, bancuh malam dan buat pagi esoknya.
4.
Panaskan kuali (jangan guna kuali leper, ia harus kuali yang
melengkung) dengan api sederhana sehingga betul-betul panas, tuangkan
sesenduk bancuhan dan tunggu sehingga bahagian sudah masak baru di
terbalikkan. Guna minyak sebanyak 3/4 cawan sahaja. Bila minyak
berkurangan, tambah sikit lagi.
5. pastikan anda tos betul-betul kuih ini supaya ia tidak terlalu berminyak. Guna tisu masakan supaya lebihan minyak diserap.
No comments:
Post a Comment