Assalamualaikum wbt..
Salam tahun baru semua.. Semoga tahun baru 2013 / 1434H ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
Hari ni nak share resepi yang saya jumpa di blog ANA SUZANA. Resepi ayam percik. Resepi yang simple, tapi cukup rasa.. Jom cekidauttt..
Jom sediakan bahan2 utk di kisar :
~ 1/2 ekor ayam
~ 2 biji bawang besar
~ 2 inci kunyit hidup (kalau xde sila ganti serbuk kunyit)
~ 2 batang serai
~ 2 cm halia
~ 1 sudu kecil biji ketumbar
~ 4 ulas bawang putih
~ sedikit air utk blender
~ 3 sudu besar cili kering kisar.. tambah lagi kalau nak lebih pedas ye..
~ garam atau bahan perasa..
~ santan pekat 1 cawan.. kalau masak sekor ayam guna 2 cawan santan pekat.. Senang citer masukkan je santan kotak yg 200ml tu..
~ asam keping sekeping je
Ayam potong ikut suka |
1. Mula-mula, masukkan ayam ke dalam kuali.. Tuangkan bahan-bahan kisar bersama-sama santan, dan 3 sudu besar cili kering kisar. Baru boleh bukak api.. Api sederhana je ye..
2. Kacau-kacau bagi ayam tu sebati dengan kuah.. jangan lupa terbalikkan bagi ayam tu masak sekata di kedua-dua belah...Masukkan asam keping.
3. Masak sampai ayam tu jadi separuh masak dan kuah menjadi sedikit pekat.. matikan api.. Sambung masak atas pan biar dia garing sket.
4. Masukkan ke atas dulang pembakar..
tuangkan sedikit je kuah ayam percik tu td.. baki kuah sila simpan utk
di tuang ke atas ayam sesudah siap di bakar..
Bakar ayam tersebut dlm oven selama 30 minit atau sehingga ayam tersebut bertukar keperangan.. dgn suhu 180 celsius, api atas bawah..
Bakar ayam tersebut dlm oven selama 30 minit atau sehingga ayam tersebut bertukar keperangan.. dgn suhu 180 celsius, api atas bawah..
Tada..dah siap.
No comments:
Post a Comment