Assalamualaikum..
Antara banyak-banyak kek yang saya buat, nila kek favourite anak dan suami. Barangkali sebab dia tak muak dengan adanya lapisan kastard tu. Kalo makan sejuk-sejuk, lagi marveles rasanya. Resepi dapat dari Soh Pin Tee “Facebook”) dan saya dah translate supaya senang untuk rujukan kita semua termasuk saya juga kelak.
Saya sangat suka resepi ni sebab dia menghasilkan kek yang sangat lembut walaupun tak menggunakan ovellate. Sepertimana yang kita tahu, ovellate ni tak bagus sangat untuk kesihatan kita memandangkan ianya sejenis bahan kimia yang digunakan untuk memantapkan kek. Barang-barang makanan kita yang lain pun dah penuh dengan bahan-bahan kimia ni. Jadi setakat mana yang kita boleh elak, kita usahala untuk menjauhkan. Selain dari status halalnya yang diragui. Jadi pada saya resepi ini adalah alternatif yang sangat baik.
Kek chiffon
(A)
4 kuning telur
30g gula kastor
60g Minyak jagung
60g Susu cair/segar
1tsp Paste pandan. Kalo takde, ganti je dengan pewarna hijau.
90g tepung gandum- saya guna tepung superfine
(B)
4 putih telur
¼ tsp Cream of Tartar- saya guna cuka putih biasa
50g gula kastor
Langkah
1. Gaulkan semua bahan-bahan (A) kemudian masukkan tepung yang diayak sehingga semuanya sebati.
2. Putar bahan (B) sehingga kembang dan kental.
3. Gaulkan dengan spatula 1/3 putih telur yang dipukul kembang ke dalam part (1), gaul sebati.
4. Masukkan baki putih telur. Gaul lagi rata-rata.
5. Masukkan ke dalam loyang berukuran 8'' yang telah dialas dengan kertas minyak.
6. Bakar pada suhu 160C selama 35 minit.
7. Sejukkan kek di atas wire rack. Potong kepada 3 bahagian sama tebal.
Lapisan Kastard Pandan
(A)
300ml santan kelapa
400ml air pandan ( 10helai daun pandan blend + water)
100g gula
1/2tsp garam
8g Jelly Powder- saya guna gelatin halalgel
85g tepung Hoen Kwe (guna yg warna hijau)
300ml air
Langkah
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk. Kacau sehingga mendidih.
1. Untuk melapis, saya potong sedikit keliling kek supaya muat masuk ke dlm acuan springform bersaiz 8".
2. Masukkan sekeping kek, isikan 1/3 dari adunan kastard pandan ke atas kek. Hentak-hentakkan sedikit supaya keseluruhan kek dilitupi kastard.
3. Kemudian, ulangi langkah 2 sehingga semua kek dan kastad siap dilapis.
4. Sejukkan dan simpan ke dalam peti sejuk selama 3 jam atau semalaman. Bila dah keluarkan dari acuan, bolehlah dihias dengan kelapa parut, jika suka. Kek saya ni togel je sebab suami tak berapa gemar tambah kelapa parut. Kek ni sedap dimakan sejuk.
No comments:
Post a Comment