Lazada

Friday, May 15, 2015

Kek Minyak Marble

Assalamualaikum..

Ni antara kek yang aku bawak ke tadika Aisyah pagi tadi.. Sempena hari guru merangkap sambutan birthday budak-budak kat situ.. Cikgu suh mak bapak bawak kuih serba sikit... Aisey kalo cikgu cakap awal seminggu senang sikit.. Banyak mende boleh dibuat.. Tapi baru dapat info semalam.. Tak banyak la yang boleh aku plan dalam masa sehari ni...

Kek ni pun aku buat kul 6 pagi tadi. Pas subuh... Dengan nak bergegas gi ofis lagi.. Fuhh memang gilerr.. Sebab malam tadi aku penat sangat... Tak larat nak berjaga dan terpaksa masuk tido awal... Nasib baik kek ni siap dalam kul 7.00 pg.. Sempatlah bawak ke tadika...

Resepi aku amik dari blog azie kitchen.. Tapi aku ada ubah sikit-sikit sebab barang yang ada kat dapur aku tak cukup syarat..huaaa... Tapi kek ni memang lembut dan sedap... Senang kije pasni kalo ada potluck kat opis takyah bawak cheesecake.. Bawak kek minyak ni ajer hikhik..

Kek Minyak Yang Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
5 biji telur
1/2 cawan gula kaster (aku guna 1 1/4 cawan gula sebab susu pekat tak cukup. Tapi aku kurangkan sikit)
2 cawan tepung gandum 
1 sk baking powder
1 cawan susu pekat - (aku guna 1/4 cawan)
1 sudu besar ovallate- (aku guna 1/2 sudu besar ajer, ovelatte abis)
1 cawan minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit perisa yang disukai - tak letak
Sedikit pewarna kuning, merah dan hijau

Cara-cara
Ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan. Lenser loyang kek dengan mentega. Alaskan dengan baking paper.

Pukul telur bersama gula dan ovallate sehingga kembang. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap. Masukkan minyak dan perisa sambil dipukul sekadar untuk adunan bergaul rata.

Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit sedikit. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan kepada 3 adunan lebih kurang 320 gram setiap warna. (Aku tak timbang pon. Agak2 je) Tuangkan ke dalam loyang saiz 8 atau 9" dan corakkan warna ikut kreativiti masing masing.

Bakar hingga masak pada suhu 170C selama 50 minit atau sehingga masak. Saya bakar selama 40 minit sahaja. Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan. (Aku ikut azie bakar 40minit je)



5 comments:

  1. Miza...apa nama fb miza ye...sya dah buat byk kali resepi ni tp x menjadi...bole tak sya nk tgk cara miza buat kek ni....

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Akma, tak jadi ke? Sis guna resepi ni ke? Saya takde amik gambar step by step sebab masa buat ni kelam kabut nak pergi kerja.. Tapi memang macam resepi kat atas nilah.. Nanti kalau saya free saya buat satu entry pasal kek minyak ni.. Macam mana nak tag Akma ye? fb saya dari dapur miza

    ReplyDelete
    Replies
    1. T.ksh reply miza...nak je rasa pergi tgk life miza wat kek tu...sya duk d ktn gak...nanti sya cari fb miza ye...tq

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...