Lazada

Monday, March 30, 2015

Ooey Goey Chocolate Brownies

Assalamualaikum...

Semalam bizi giler.. Pheww.. Wat makan-makan sikit sempena birthday anak buah plus kenduri doa selamat untuk ai hoho.. macam-macam menu berangan nak buat ni.. Biasalah nafsu pempuan yang tiada penghujungnya... Salah satunya nak wat brownies... Resepi amik kat blog Ain Kamal. Memang menepati citarasa aku lah pendek kata dari segi tekstur, rupa dan rasa. Cuma agak manis sikit pada aku... 


Rujukan: ourkizuna.blogspot.com
resepi asal: ilyana Abdullah Siste's cakery
Sumber: Ain  Kamal

Bahan-bahan 
8x8 inci

Bahan A:
170gm chocolate masak
90gm butter
35gm serbuk koko

Bahan B:
100gm tepung gandum
1/4ts baking powder
1/4 ts garam

Bahan C:
2 biji telur
180gm gula kastor (manis sangat pada aku. Next time nak kurangkan jadi 150gm je)
1ts vanila

  
Cara-caranya:
pukul bahan C hingga kembang
cairkan bahan A
masukkan bahan A dan B ke dalam bahan C gaul sebati
masukkan ke dalam loyang
bakar pada suhu 170c selama 30minit

Cara miza: 
1. Pukul dulu bahan C dengan senduk. SEnduk kayu dah tak tahu aku campak mana, bantai je pakai senduk besi. Kacau sampai naik muscle dalam empatploh kali gitu. 
2. Pastu masuk bahan B.
3. Last sekali baru masukkan bahan A (coklat cair)
4. Pastu tabur kacang walnut.


tips: brownies akan kembung naik dan akan terus tuun balik..yang menunjukkan brownies dah masak.

hias brownies dgn almond nips (aku guna walnut) dan paipkan dgn coklat masak. (aku ganti dengan salted caramel.. yummy)

 Jangan bakar lama sangat. Bunyi ting je terus keluarkan. Permukaan brownies akan kering, tapi bila di makan moist sangat..sedap lah..rangup di luar, lembut di dalam..tak rugi membuatnya.





Tengok tu.. Aku dah berjaya buat brownies yang berkedut... Yipieyyy!! rasa nak lompat bintang sampai siling umah dah masa ni.. Excited  giler... Suka sampai menangis hahha over sangat reaksi aku masa tu... Maklumlah dah banyak kali buat asyik fail je... Akhirnya kali ni berjaya juga.. Phew.. **Flip hair..





Yang salted caramel tu aku just cairkan gula perang dalam 2 sudu. Pastu dah cair dan kaler dah tukar  keperangan, aku tambah susu cair dalam 1/4 cawan. Gula dah larut, matikan api. Tambah 1 sudu makan butter. Siap. Boleh paip atas walnut.

Friday, March 20, 2015

Angan-Angan Berkecai

Assalamualaikum wbt..


Ini hasil dari angan-angan kat sini. Seriously aku tak puas hati.. Banyak benda yang aku plan tak kesampaian.. Aku ni sekejap bahasakan aku, sekejap saya.. Bior lantok le..

Punyalah banyak yang aku angan-angankan nak buat tak menjadi... Siap aku amik cuti 2 hari lagi kononnya nak masak macam-macam.. Sekali kereta buat hal pulak banyak barang yang aku tak sempat beli, tak bolehlah nak masak. Cik abg lak bawak kete satu lagi pergi kerja.. Nak kirim barang-barang kat dia, rasanya payah sikit. Nak nanges aku rasa... Yang kat bawah ni jelah antara yang sempat dibuat.




Biskut chocolate chips.. Yang ni nak dibuat goodies bag.. Ni pon tak banyak dapat buat, dalam 40 paket je, satu paket aku letak 3 ketul je.. Kalo satu paket aku letak seketul, bolehlah dapat untuk 120 orang.. Kedeks sangat baik takyah bagi kalo gitu... Bagi 3 ketul tu pon tak cukup... Kalaulah ada banyak masa...





Aku letak dalam plastik ni... Dah tak payah nak guna mesin selaer..  Beli kat cowboy jer...








Dah siap dipek...






Yang ni memang aku pon tak tau nape aku gigih dan beria-ia sangat nak diy sendiri paper bag. Aku beli A4 kaler dekat kedai 2 ringgit.. And google je kat youtube cara-cara nak buat.  Laki aku pon pelik nape aku semangat sangat.. Maafkan la isterimu ini. Pembawakan budak ni memang suka wat benda-benda pelik..




Pastu siap wat sticker tu tak tahan betul aku punya semangat.. Yang aku geramnya, pattern yang comel-comel kat internet seme tak boleh nak print. Kedeks betul etsy.com tu. Aku curi idea kat pinterest. Pastu wat sendiri je from scratch.. Guna excel je pon..




Dah siap isi biskut. Aku taruk reben sikit. Guna hitam sebab nampak maskulin sikit.. Gaya mutu keunggulan gitu... Kang isi reben pink laki ai malu lak...




Tengoklah rupa kuih yang aku buat tu.. Memang tak senonoh betul.. dahlah tak cukup syarat.. Trifle takde jelly. Buah koktail pon aku tak isi sebab takde.. Konon hari cuti tula nak beli tapi masa ituuuuu jugak kete wat hal.. Pastu jelly sumi tu haaa ko tengoklah.. Sumi je yang ada. Serbuk agar-agar dengan susu cair takde stok kat rumah. Yang paling aku geram tak sampai hajat nak wat pandan layer cake.. Uwaaaa nagesss lagi!!!





Ni satu je kek yang senonoh sikit. Cheesecake leleh. Mujurlah ada wakil.. Mula memang aku plan nak buat 3-4 jenis kek. Pastu cik abg kabo, 'wat ape banyak-banyak?'.. Dia malu le tu nak pikul macam menjual hahah... Kesudahannya, memang seketul ni jelah yang adooo..







Congo bars pon macam cacat je aku tengok. Tapi kuih muih yang kat atas ni seme aku suh je dia bawak jugak. Sebab aku dah penat-penat buat... Cuma sumi tu jela tak bawak... Pastu member-member opis dia topap lagi dengan macam-macam makanan.. Memang meriah.. Rugi aku takleh join hahah.. Tak memasal nak menumpang pejabat orang... 


Tapi cik abang cakap semua kuih abis.. Alhamdulillah.. Thanks to all ISUZURIANS... Terharu lak rasanya walaupun aku tau taklah sedap mana pun air tangan aku tu..

Tuesday, March 10, 2015

Kek fondant pororo

Assalamualaikum..

Tajuk tak berkait pon dengan isi cerita sebenornya hihi.. Arini si Aisyah ajak mama main plastesin. Disuruhnya buat patung pororo and friends. Aduhai ingat mak awak ni kreatif ke? Tangan dahlah tak berseni. Tapi bila asyik didesak tu, mama mengalah juga akhirnya.. Google je gambo hewan tu dengan kawan-kawannya.. Berlambak keluar.. Pehtu tengok tak cukup syarat pulak tu plastesin yang ada. Warna putih dengan oren takde. Boleh je wat kaler oren sket,  kuning campur merah. Tapi warna putih takde, tak best.. Pikir-pikir, lantak le labu. Janji ada rupa sikit-sikit udah.. Bukan susah sangat nak gembirakan hati budak kecik ni..

Hasil pororo dan kawan-kawan yang mama buat.. Sorry ye terpaksa awak tukar uniform pulak kali ni. Agak-agak  kalo amik tempahan kek fondant, dengan figurine buruk camni, pengsan tak customer??.. :p

Saturday, March 7, 2015

Cheewy Geowy Brownies

Assalamualaikum..

Nak share resepi brownies yang saya buat semalam.. Sebut pasal brownies ni, saya paling teruja kalo tengok brownies Kak Yani, The Kitchen Guardian. Kalau tengok ig dia, mashaAllah memeng meleleh air liur. Dengan permukaan dia yang crispy dan berkedut-kedut, tapi padat dan lembap kat sebelah dalam.. Memang tak tido malam... Ada beberapa resepi yang saya google dan cuba compare. Ada yang pakai coklat masakan, ada yang tak. Ada yang guna baking powder. Ada jugak resepi yang tak perlukannya. Jadi, kalo nak tau resepi tu kena ke tak dengan selera kita, terpaksalah banyak eksperimen sendiri. Saya tak suka kalo brownies yang jenis cakey. Brownies ikut spek saya mestilah jenis yang padat-padat kenyal gitu. Macam kuih talam. Sebelum ni pernah guna premix, tapi dia jadi macam kek coklat. Memang tak pakai dahlah premix tu sampai sudah.

Resepi yang saya nak share arini dari blog kak fida. Tapi.. Saya ada modified sikit sebab lepas study resepi dari blog2 lain. Dan sukatan cawan saya dah tukar siap-siap kepada gram. Sebab cawan dan sudu menyukat saya dah hilang. Maklum le dah lama tak baking ni.  Ok kat bawah ni resepinya..

RESEPI DOUBLE DARK CHOCOLATE BROWNIES
Bahan-bahan:
117g Mentega  - dipotong kiub pd suhu bilik
1 cwn. @ 125gm Tepung serbaguna 
1/2 sdt baking powder*
1/2 sdt garam*
1/4 @ 31gm cawan serbuk koko
225g coklat masakan (miza guna 200gm, 1 pek kecil beryl's
1 1/4 @ 310gm cawan gula kastor (miza guna 250gm shj. Tapi ni pon masih manis)
3 bj Telur gred A

Kaedah:
Panaskan ketuhar pada suhu 180'c (miza guna suhu 170 celcius) dan alaskan loyang 20x20 cm (miza guna loyang 9") dgn kertas minyak dan lengser sedikit dgn mentega.
Ayak bhn bertanda * dan ketepikan.
Cairkan coklat bersama mentega menggunakan kaedah double boil.
Masukkan gula dan putar diikuti telur dan campuran tepung.
Pukul sekadar sebati shj dan jgn terlebih putar.
Tuang dlm loyang dan bakar selama 60-50 (miza bakar 30 minit sahaja) minit bergantung ps ketuhar. Brownies msk apabila lidi penguji kek yg dicucukkan keluar bersih.
Sejukkan brownie sebelum dipotong.

**penting: miza bakar 30minit shj. Sebaik oven bunyi, terus keluarkan. Dan biarkan brownies betul2 sejuk. Kalo bakar lama, brownies kita akan kering dan tak goewy..

Thursday, March 5, 2015

Ketam pernah gigit awak tak??

Assalamualaikum wbt..

Hi, perkenalkan... Nama saya Aisyah.. Bukan Aaisyah Dhia Rana ank Cik Ta tu. Ni Aisyah yang takut kena gigit dengan ketam.

Nama je dok umah tepi pantai.. Bila ajak gi pantai memang suka sangat... Tapi takut kena gigit dengan ketam ya Rabbi...

Terpaksalah abahnya dukung sampai melepasi kawasan ketam yang banyak-banyak tu. Sampai kat gigi air je hilang takut dia. Ajak balik pon tak dengar dah..

Tuesday, February 24, 2015

Resepi Lompat Tikam

Assalamualaikum...

Tekak ni tiba-tiba rasa nak makan kuih lompat tikam. Al kisah time lunch tu kuar beli goreng pisang... Ternampak kuih ni atas meja... Tapi masa tu tak rasa nak makan lagi... Bila petang time nak balik tu, tiba-tiba teringat pulak... Ah sudahhh.. Nak tak nak kenalah buatkan jugak...

Resepi saya google aje.. Dari blog Kak Nor, Azlita Masam Manis.. Sampailah ke Dapur Mas.. Melekat kat situ.. Tengok Mas note kat situ, dia tak isi air kapur tu, rata-rata blogger lain semua letak.. Pastu saya terbaca kat satu blog chinese blogger ni, lupa nama dia.. Dia kata 'just put a very tiny drop op alkaline water' supaya dia tak pahit... Alamak macam suspen pulak.. Last-last saya decide isi jugak air kapur tu ,tapi sikit dan bancuh cair-cair.

Puas hati betul dapat makan kuih yang dibuat sendiri. Rasa macam sedap sangat pulak keh keh keh...Tapi siyes lembut je... Berasa lemak masin santan secukup rasa. Aroma wangi daun pandan. Manis gula melaka tu...Ohh yummy...

Kalau nak cuba buat boleh la tengok resepi ni ye...







Kuih Lompat Tikam
Resepi :  Kak Fida Myresepi 
Sumber: Dapur Mas
Bahan : Menghasilkan 10 -12 mangkuk kecil (Miza dapat 6 bekas cheesecake leleh macam dalam gambar ni)





  Lapisan bawah :
 62 g tepung beras @ 8 sudu besar
 660 ml air @ 2 1/2 cwn + 2 sudu besar  
62 ml air pandan @ 3 sudu besar  + 1/2 sudu kecil pewarna hijau 
1/2 sudu kecil garam 
1 sudu kecil air kapur - Mas x letak (Miza letak sikit sangat dalam 1/2 sudu teh dan bancuh cair-cair)


 Lapisan atas : 
25 g tepung beras @ 3 sudu besar  
600 g santan pekat @ 2 cawan + 5 sudu besar  
1/2 sudu kecil garam 


Cara : 

1. Campurkan bahan2 lapisan bawah di dalam periuk, Kacau rata dan masak hingga pekat dan berkilat, sampai nampak adunan meletup letup besar. Matikan api. Tuang adunan ke dalam mangkuk2 kecil yang bertutup hingga 1/2 bahagian mangkuk. Ketepikan. 

2.  Masak pula lapisan atas hingga pekat dan tuang keatas lapisan bawah tadi. Sejukkan pada suhu bilik.  

3. Tuang secukup air gula ke atas kuih dan boleh di hidangkan. Jika suka makan sejuk,simpan kuih yang telah diisi air gula di dalam peti sejuk

Air gula : 
250 g gula melaka @1 cawan - yang telah dihiris halus
500 ml air @ 2 cawan  
1 helai daun pandan - di simpul 

Cara : Gula melaka, daun pandan dan air dimasak hingga mendidih dan gula larut. Tapis dan sejukkan.


Thursday, February 12, 2015

Nafsu perempuan

Assalamualaikum...

Amboi tajuk tak boley belah betui arini.. Tapi betul la kan.. Orang pempuan ni ada 1 akal, sembilan nafsu.. Macam-macam keinginan dia.. Dah dapat yang itu, tak puas hati, nak yang lain pulak.... 

Ni bukan nak tuju kat orang lainlah, memang khas untuk diri sendiri... Cadangnya, hujung bulan ni, nak buat makan-makan sikit kat opis en hubby. Aku punya senarai cadangan menu bukan main banyak lagi kononnya nak buat sendiri semua... Memang angan-angan mat jenin ni... Tapi takpe... Cuba buat setakat mana yang terdaya.. Insha Allah niat nak sedekah makan kat orang, akan Allah permudahkan nanti....


A. Menu On the day, 27.02.2015 (Friday)
1 Red velvet cake
2 Bluberry cheesecake
3 Cheesecake leleh
4 Biskut coklat chip
5 Biskut Cornflakes cranberry
6 Puding sumi
7 Agar-agar santan
8 Talam berlauk
9 Congo bars
10 Trifle
11 sandwich
12 jeruk mangga asam boi


B. Menu Yg Nak DiTempah
1 Nasi dagang
2 Laksa putih / pahang
3 Meehun goreng
4 Laksa penang

Air- 2 jenis


 
Congo bars ni macam sedap je.. Gambar dari blog selera sakura







Agar-agar santan ni boleh buat sebab simple je.. Gambar dari blog sendiri







Gambar dari blog sendiri jugak. Blueberry cheesecake..





Chocolate chips cookies ala famous amos... Gambar dari blog sendiri jugak. Ingatkan nak buat sebagai gift. Ni kalo banyak masa boleh buat banyak..Kalau tak... Skip jela.. 




Royal fruit flan cake - Gambar dari blog green apple... Teringin nak buat sebab nampak cantik.. 






Cheesecake leleh - Gambo dari blog sendiri.. Taknak buat dalam bekas kecik-kecik camni.. Ingat nak buat seketul tu, pandai-pandaila dorang potong nanti... Senang kije... 






Puding tapai berkuah- Tapainya dah beli semalam... Nak makan macam cuak pulak... Tapi bila tengok gambar ni teringin nak makan.... Gambar dari belog jagatsahaya





Gambo dari blog buku resepi.









Yang ni terasa nak buat sebab tengok semua kuih jenis manis-manis.. Biasa orang lelaki tak suka sangat kuih manis ni.. So tambahlah satu menu savouri.. Talam roti berlauk ni... Gambar dari blog mat gebu...



p/s: Tiba-tiba rasa macam, entah apa-apa je entry kali ni..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...