Lazada

Tuesday, November 4, 2014

Cuti-cuti @ Langkawi


Assalamualaikum wbt...


      Dah lama bagitau cik abang nak pergi berjalan ke Langkawi.. Asalnya nak ke Sabah tapi bila memikirkan jalan 3 beranak je, baiklah pergi yang dekat-dekat dulu... Citer ni 3 bulan lepas.. Dah jadi pekasam dah.. 

     Kami drive dari Kuantan ke Subang dan drop kereta kat Shah Alam, kat cawangan kilang pejabat hubby kat situ... Sebabnya, kalau park kereta kat LCCT tu, kalo tak silap hubby kata RM38 sehari dia charged. Memang tak ah kan nak bazir duit gitu.... Dari Shah Alam, member opis hubby hantar sampai ke airport Subang. Sekejap je dalam 20 minit kot.. Kebetulan masa tu hari bekerja tapi time orang kat pejabat dah... Saja standby awal supaya tak kelam kabut...

     Flight pukul 2.30ptg. Naik Malindo Air.. Saya tak tahu apa-apa pasal tiket ke hape semua cik abg yang uruskan.. janji selamat sampai sudah... Perjalanan ke Langkawi ni ambik masa dalam sejam 45 minit ke 45 minit je.. Eh dah lupa la.. Haha.. Update lambat sangat dahla memori macam makcik umur 80 tahun..















Sampai kat Langkawi International Airport... Kalau belum booking kereta, jangan risau sebab kaunter travel tours yang sangat banyak.. Nak sewa homestay kat sini pon ada semua...













Menjejakkan kaki ke Langkawi, dah dapat kereta, terus je pergi cari port nak makan laksa... Nak try kat sini dulu. Laksa power..Tengok power ke tak power...Oh yea, lokasi gerai ni di Pantai Cenang... Dekat luar pagar airport.. Angin pantai sejukkkk sangat kat sini...






Kami order laksa 2.. pastu air kelapa 2.. Fefeeling tourist kahkah.. Padahal umah kat tepi pantai je.. hari-hari tengok pokok nyior.. rasa laksa ni pada saya macam biasa je.. familiar.. Macam laksa kat pasar malam kat area umah... Pastu macam mahal sikit.. 2 mangkuk laksa dan 2 biji kelapa RM16. Takpela alang-alang dah datang dari jauh kan...




Makan malam dekat Restoran Wan Thai... Kami order kerabu mangga, ayam tiga rasa, dengan siakap stim limau... Harga dia agak pricey... Tapi suasana selesa.. Ada aircond... Makanan sedap giler.. Memang puas hati. Kalau datang Langkawi memang wajib singgah makan sini...





Keesokkan hari, pagi-pagi dah keluar kononnya nak cari nasi lemak Rosalinda yang digembar-gemburkan kat blog sebagai nasi lemak yang sedap sangat-sangat.. Kami jumpa kedai tu.. Tapi rupanya untuk take out sahaja... Takkan nak tapau pastu nak balik homestay semula kan... Pastu tak jadi makan situ, kami pusing-pusing lagi kat sekitar Jalan Penarak tu...




 Jumpa gerai ni.. Tengok ramai orang beratur kat gerai dia... Kat Jalan Penarak jugak..



Pelbagai pilihan kuih muih...



Patut la kedai ni ramai orang datang... Nasi lemak dia dahlah murah.. Pastu boleh pilih macam-macam jenis lauk tambahan.. Kerang, sotong, paru, semua ada.. Kami makan nasi lemak ayam 2, teh ais 1, dan teh o ais 1.. Harga RM5 je...Dahla sedap.... Semoga murah lagi rezeki makcik yang menjual ni...




Kuih dangai kot ni.. Sedap...






Tengahari kami ke Skycab... Cik abang le nak sangat naik cabel car.. Kalau ikutkan memang taknak naik dah.. Serik sangat... Tapi pejam mata jela... Habis naik kabel car, perut lapar.. Kitaorang makan kat restoran yang dalam kawasan kabel car tu.. Area parking kereta... Haaa kat sini boleh tahanla mahalnya.. Nasi campur 2, teh ais 1, teh o ais 1= RM 18... Perghh... Sewa dia mahal kot...




Hari ke 3 kami ke Dataran Helang.. Aisyah excited tengok burung helang besar tu sampai tak terkejar nak mengejar dia berlari...



Kat sini try makan laksa lagi... This time, saya cukup puas hati dengan laksa penarak ni.. Sedapppp... Rasa manis ikan kuahnya... Lokasi kat deretan gerai yang banyak-banyak dekat Dataraan Lang tu... Kedai dia hujung sekali...





Masakan panas dia pun sedap jugak...




Sebelah malam pergi ke Kompleks HIG.. Usha-usha bag..





Pastu pinggan mangkuk memang wajib la kan... Memang tujuan datang sini sebab nak beli benda-benda ni...


Memang bestla shopping kat sini.. Harga dia jauh lagi murah dari kat Idaman Suri...







Comparelah harga kat HIG dengan Idaman Suri tu...





Malam kami makan di Uncle Jai's Cafe.. Suka deco kedai ni.. Cantik... Bersih je....



Order chicken chop 1, set tomyam dengan nasi putih, teh ais dan teh o ais, total cost RM26.. Tomyam tu tak abis... Kureng sket rasa dia...





Ni tak ingat kat mana...




Pastu plan seterusnya nak pergi Island Hopping... Breakfast kat luar Kompleks HIG.. Makan roti canai lauk kambing...








Ni kat Kompleks Pekan Kuah... Tak jadi Island Hopping atas faktor keselamatan sebab hujan lebat... **Sighhh






Tak jadi pergi melawat pulau, tapi perut kena isi jugak.. Makan dekat gerai laksa penarak tu... Tomyam dia sedap...





Next destinasi, rumah kelahiran Mahsuri...




Rasanya souvinier kat luar Rumah Mahsuri ni paling murah... beli gaklah sikit fridge magnet, kain batik dengan kain pelikat.






Kat dalam Rumah Mahsuri ni pun, ada jugak.. tapi harga dia mahal sikit...







Saja pusing-pusing pasar malam Langkawi...





Sampai kat Beras Terbakar dah lewat..Dalam pukul 6... Kedai-kedai kat luar banyak dah tutup.... Rasa macam kat Rantau Panjang sekejap..



Rupanya kawasan beras terbakar ni dalam kawasan rumah orang.. Bestnya tuan rumah ni.. Setiap hari ada orang melawat kawasan rumah dia.. Hehehe.. Rumah dia cantik...





Ni jela sejemput kawasan Beras Terbakar tu...





Hari ke 4, masa nak pergi Island Hopping, hujan masih lebat lagi... Ok, masa ni memang dah give up dah.. Dahlah last day, nak kejar flight lagi...





Kami ambik dengan Pakcik Adam ni.. Ok jugak pergi dengan dia.. Alhamdulillah.. Rezeki.. Masa kami pergi tu hujan dah reda tapi masih renyai-renyai.. Pergi jugak yang naik satu bot dengan kami semua dah ready...




Sampai kat Pulau yang pertama.. Pulau Beras Basahw.. Tapi pulau ni teramatlah banyak monyet.. datang sini tolonglah jangan bawak makanan atau bag plastik.. Konpem kena kejar.. Ada satu family ni, bawak bag sebab baby dia masih menyusu.. Monyet tu bau susu tu kot... Atau ada makanan lain yang dia bawak... Dia siap kejar lagi akak yang dukung baby dia tu.. Suami akak tu acah dengan kayu depa tak heran pon.. Takut sangat.. Kesian akak tu sampai menangis-nangis dia..






Setengah jam je kat pulau ni.. Tapi setengah jam tu rasa macam bertahun.. nak tunggu bot datang ambik kami.. Terseksanya rasa macam kat neraka... Dengan nak kencing takde tandas.. Pastu dengan monyet-monyet yang gila ganas...



Next stop, kami ke Tasik Dayang Bunting.. Kat sini, tak panjat pun sampai ke atas.. Sebab ada monyet tunggu kat tangga tu.. Binagi betul la... Last-last cik abang naik sorang je... Saya dengan Aisyah tunggu je kat bawah..



Sampai kat tangga ni jela pengalaman saya dekat Tasik Dayang Bunting ni..









Sewa kereta ni sepanjang kat sana.. RM80 je sehari.. Murah kan...? Kat Kuantan memang tak dapek le harga ni... Nama pun duty and tax free kat sana..


































Hasil tangkapan di Langkawi.. nasib baik tak kena surcharge sebab barang terlebih.. Lagi 3 kg je lagi nak exceed...














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...