Lazada

Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Sunday, February 5, 2017

Kek Pisang Viral

Assalamualaikum wbt....

Nak share resepi kek pisang yang tengah viral ni.. Resepi ni aku dapat kat facebook.. Oleh sis Azlina Ina... 







Tengok tangan si bulat tu.. Tak dan lama kek mama ni..


Bahan-bahan:-

4 biji pisang sederhana @ 3 biji pisang besar (kupas dan lecekkan) - lecekkan awal pisang dan biarkan gelap sedikit agar warna kek yang terhasil lebih cantik.
1 1/2 cawan tepung gandum* @ tepung naik sendiri
1 sk baking powder* (kalau dah guna tepung naik sendiri, tak perlu tambah baking powder)
1/2sk soda bikarbonat* 
4 sb tepung jagung* - bahan bertanda * diayak bersama
1 cawan minyak masak
3 biji telur
1 cawan gula kastor/perang (saya guna 3/4 cawan gula pasir yang dikisar halus)
1 sb ovellate
1 sk perisa vanila
hirisan nipis pisang

Cara:-
1. Satukan gula, ovelatte, telur, perisa vanila dan mix sehingga gula hancur dan telur kembang. (Boleh juga guna blender)
2. Masukan pisang yang dilecek dan minyak.
3. Tuangkan ke dalam bekas berisi tepung. Kaup balik sehingga sebati.
4. Masukkan adunan ke dalam loyang, susunkan hirisan pisang.
5. bakar pada suhu 170C (oven aku) 30-45minit. (aku guna 30 minit)
6. Terbalikkan keluar dari loyang dan sedia dihidang.







Budak paling happy kalau mama bake.. Dia cukup suka part membuat. Bila dah siap dia yg first cabut lari. Punya takut kena makan kek.





Sebenarnya bukan aku tak nak bagi ke orang kek ni, sebab banyak.. tapi memandangkan pisau ni Hannah dah jilat, pastu dia dah cucuk merata kek tu... Haihh, paham-paham la ye.. Tak elokla pulak nak bagi ke orang..






Tengoklah anak bertuah saya ni makan.. Kalau tak bersepah, memang tak seronok agaknya.. Pitam mak ko Hannah, penat masak, nak kena mengemas pulak..







Kek ni tekstur dia sangat lembut, wangi sangat.. Sebab aku guna pisang berangan.. tapi next time buat, aku nak tambbah sket tepung tu jadi 2 cawan.. Kemanisan dia tu dah ok.. Just nice..

Wednesday, December 21, 2016

Resepi Kek Karamel


Assalamualaikum wbt....

Kali kedua buat kek karamel ni, lepas percubaan kali pertama yang gagal, 5 taun lepas.. Cerita lama, kat sini...

Percubaan kali ke-dua ni alhamdulillah, menjadi.. kali ni aku hadam betul2 resepi ni.. takdela main terjah je...

Kat bawah ni aku salin semula resepinya... Kot ada yang nak cuba...



Bahan-bahan:
(A)


2-3 sudu besar gula

~ Cairkan dalam loyang kek atas api yang perlahan sehingga terbentuk karamel. Ketepikan. Biarkan karamel keras sendiri. Jangan terlebih hitam, nanti pahit.


(B)
½ tin susu cair (200 ml)

70 gm gula kastor (aku cuma guna 50gm sahaja)
½ sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
1 sudu besar kastard/tepung jagung 

~ Kesemua bahan B ini dikacau perlahan-lahan (atau boleh dikisar sekaligus, kemudian ditapis). Jika banyak berbuih, lapisan susu ini akan berlubang.



(C)

135 ml air 

3 biji kuning telur
50 ml minyak masak 
70 gm gula kastor (aku cuma guna 50gm sahaja)
140 gm tepung gandum/superfine
1 sudu teh serbuk penaik

~ Pukul air, kuning telur dan minyak masak hingga berbuih. Masukkan gula, pukul hingga kembang. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik.


(D) (Meringue)
6 biji putih telur
70 gm gula kastor (aku cuma guna 50gm sahaja)
1 sudu teh cream of tartar (optional)

- Pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula, pukul lagi. Masukkan cream of tartar. Pukul hingga bertanduk & diterbalikkan adunan tidak jatuh.


Cara penyediaan:
1. Tuang bahan B ke atas bahan A.

2. Kaup bahan D ke dalam bahan C hingga sebati dengan menggunakan senduk kayu/spatula sahaja. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian-bahagian ini boleh diletakkan pewarna dan perisa. Kemudian tuang ke atas bahan B secara selang-seli untuk menghasilkan belang-belang.

3. Masukkan ke dalam oven selama sejam. Suhu 160°Celsius. Guna kaedah steam bake/bain-marie/water bath.

4. Setelah masak, kek akan lekang dengan sendiri dari loyang. Keluarkan dari oven. Biarkan selama 10-15 minit sebelum diterbalikkan.

5. Sedap dihidang sejuk.

Nota: Loyang tidak perlu dilengserkan terlebih dahulu.





Tadaa..... Alhamdulillah.. takdelah heart attack sangat macam yang lepas..




Friday, May 15, 2015

Kek Minyak Marble

Assalamualaikum..

Ni antara kek yang aku bawak ke tadika Aisyah pagi tadi.. Sempena hari guru merangkap sambutan birthday budak-budak kat situ.. Cikgu suh mak bapak bawak kuih serba sikit... Aisey kalo cikgu cakap awal seminggu senang sikit.. Banyak mende boleh dibuat.. Tapi baru dapat info semalam.. Tak banyak la yang boleh aku plan dalam masa sehari ni...

Kek ni pun aku buat kul 6 pagi tadi. Pas subuh... Dengan nak bergegas gi ofis lagi.. Fuhh memang gilerr.. Sebab malam tadi aku penat sangat... Tak larat nak berjaga dan terpaksa masuk tido awal... Nasib baik kek ni siap dalam kul 7.00 pg.. Sempatlah bawak ke tadika...

Resepi aku amik dari blog azie kitchen.. Tapi aku ada ubah sikit-sikit sebab barang yang ada kat dapur aku tak cukup syarat..huaaa... Tapi kek ni memang lembut dan sedap... Senang kije pasni kalo ada potluck kat opis takyah bawak cheesecake.. Bawak kek minyak ni ajer hikhik..

Kek Minyak Yang Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
5 biji telur
1/2 cawan gula kaster (aku guna 1 1/4 cawan gula sebab susu pekat tak cukup. Tapi aku kurangkan sikit)
2 cawan tepung gandum 
1 sk baking powder
1 cawan susu pekat - (aku guna 1/4 cawan)
1 sudu besar ovallate- (aku guna 1/2 sudu besar ajer, ovelatte abis)
1 cawan minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit perisa yang disukai - tak letak
Sedikit pewarna kuning, merah dan hijau

Cara-cara
Ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan. Lenser loyang kek dengan mentega. Alaskan dengan baking paper.

Pukul telur bersama gula dan ovallate sehingga kembang. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap. Masukkan minyak dan perisa sambil dipukul sekadar untuk adunan bergaul rata.

Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit sedikit. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan kepada 3 adunan lebih kurang 320 gram setiap warna. (Aku tak timbang pon. Agak2 je) Tuangkan ke dalam loyang saiz 8 atau 9" dan corakkan warna ikut kreativiti masing masing.

Bakar hingga masak pada suhu 170C selama 50 minit atau sehingga masak. Saya bakar selama 40 minit sahaja. Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan. (Aku ikut azie bakar 40minit je)



Monday, May 11, 2015

KEK BUAH KUKUS

Assalamualaikum....

Kek buah ni lama dah buatnya.. Tapi entry ni terperam lama pulak.. Ingat dah publish... Jadi hari ni nak share kat sini.. Kot-kot lain kali nak buat lagi senang, refer je kat sini....
















Resepi dapat dari blog Mat Gebu... Aku kukus 3 jam je.. Malas nak tunggu lama-lama...

Cik Mat, mintak izin share resepi kat sini pulak ye...

Kek Buah Kukus
Resepi: Mat Gebu
Oleh: Dari Dapur Miza


BAHAN-BAHANNYA :-) 
375 g buah2an campuran (mix fruit)  - aku guna 250gm je
250 g mentega "Golden Churn" (aku guna Anchor)
300 g tepung gandum* 
1 camca teh sodium bicarbonate* 
1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak) - (aku ganti dengan cuka)
3 biji telur gred A 
150 g gula kastor (boleh juga guna 'brown sugar') 
150 g gula pasir (untuk gula hangus) 
1/4 cawan badam keping (flakes almond) - aku tak isi
1 biji pala, diparut (nutmeg)  - aku tak isi
Ceri merah/hijau untuk hiasan - aku tak isi

 
CARA MEMBUATNYA :-) 

  1. Didihkan air dalam kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Tepung digaul bersama cream of tartar, soda bicarbonate dan ayak. Parut biji pala dan gaul rata. Masukkan buah2an campuran dan badan keping ke dalam tepung, gaul rata. Ini bertujuan mengelakkan buah2an tadi mendak dan tidak berterabur. Ketepikan.
  2. Putar mentega bersama gula halus hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu. Jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit. Putar rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung + buah2an campuran tadi, gaul hingga rata dan matikan mixer.
  3. Masak gula pasir tadi dengan api sederhana hingga menjadi karamel, terus mengacau hingga karemal bertukar coklat keemasan. Tuang dalam adunan kek tadi dan on kan mixer, putar rata. Berhati2 ketika memasak dan menuang gula hangus kerana panas dan merbahaya.
  4. Alih adunan ke dalam tin, susun ceri seperti dalam gambar, jika suka. Tutup dengan aluminium foil, kemaskan dan ikat kelilingnya dengan tali rafia. Kukus 4 jam. Lepas sejam, periksa air dalam kukusan, tambah menggunakan air panas juga, jangan guna air sejuk!.. Bila masak keluarkan kek dan biar sejuk sepenuhnya. Bungkus dengan plastik cling dan simpan dalam bekas sesuai....
















Wednesday, May 6, 2015

Kek Lapis Simple

Assalamualaikum...

Nak share resepi kek lapis. Senang je resepi ni. Tak guna banyak telur.. Sebelum ni dah pernah wat kek lapis. Tapi dia terlampau kering. Yang ni sedang elok cuma lain kali kalo aku buat lagi aku nak tambah serikaya bagi dia lembap lagi... Aku guna loyang 7'' x 7" x 3". Bawah dan sekelilingnya digris. Cuma  bhgn bawah je lapik parchment paper. Tepi tak payah. Cukup dengan butter sekeliling ajer.. Satu lagi, resepi asal ni guna tepung gandum, tapi aku guna tepung hong kong. Tekstur kek jd lebih cantik. Betul tak tipu. Alang-alang lama nak melapis dan mengadap oven tu, biarlah hasilnya puas hati, kan??

Suhu aku guna 150c untuk lapisan mula-mula. Guna api atas dan bawah. Bakar selama 10-15 smpai dia nampak kekuningan. Lepas tu lapisan seterusnya, aku guna suhu yg sama. Tapi api atas je. Selama 8 minit. Untuk lapisan atas sekali aku guna api atas bawah, suhu 140c, 10 minit. Korang pandai-pandaila ejas suhu memasing. Jangan tinggal terus kalo blh doklah tepi oven tu tunggu, kot-kot ada lapisan yang terhangus kang, ada yang jadi hulk pulak.

Resepi kalo tak silap aku dapat dari fb Mama kent. Banyak resepi kek lapis sarawak yang sedap-sedap kat situ.

Resepi ni aku dah modified sket tapi taklah banyak tang derhaka tu. Nanti kalo tak jadi aku kabo orang yang share resepi tu tak ikhlas. Padahal aku yang memamdai-mandai tukar. Selain tepung hong kong menggantikan tepung gandum, horlicks aku isi dua peket je yg 3 in 1 tu. Apa yg ada kat pantry je. Pastu aku tambah dengan hawflakes setiap 4 lapisan.

Rasa dia, memang sedap. Tak manis sangat. Memang lepas ni aku nak buat lagi.








Resepi dari fb mama kent..


Tuesday, April 29, 2014

Tempahan - Pandan Layer Cake

Assalamualaikum wbt...

Tempahan dari akak kat pejabat.. Order dari Kak Limah untuk adik iparnya... Ada miss communication sikit... Sebenarnya saya dah terlupa order dari dia... Saya ingatkan dia nak order untuk hari lain,  rupanya dia nak awal sikit.. Disebabkan rasa bersalah yang amat, kek ini telah dibuat dengan setulus hatiku... Mesti rasa dia sedap giloss.... Muahahahh...


Kalau nak cuba, bolehla try resepi ni...

Kek sponge:
Bahan-bahan:-
125gm tepung naik sendiri
125gm gula kastor
15gm ovellate
5 biji telur
70gm minyak jagung/masak
40gm susu cair/air
1/2 st pewarna hijau
1/2 st esen pandan/vanila

Cara-cara:-
1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.
2. Putar gula bersama ovellate. Masukkan sebiji telur dahulu supaya senang nak putar.
3. Selepas agak kembang, putarkan baki 4 biji telur sehingga kembang dan gula hancur. 
4. Bila dah kembang, masukkan pewarna, esen pandan dan susu/air. 
5. Masukkan tepung. Putar hingga kembang.
6. Masukkan minyak. Gaul kaup balik.
7. Masukkan kedalam loyang yang telah dialas dengan kertas minyak terlebih dahulu. (Jangan gris loyang dengan minyak/butter kerana akan halang kek naik dan kek akan jadi keras dan bentat)
8. Bakar selama 30-35 minit atau sehingga masak. Bila cucuk sweker keluar bersih.
9. Cepat-cepat keluarkan dari oven dan terlangkupkan atas redai. Bila dah agak sejuk, dalam 10 minit, keluarkan dari loyang.



KASTAD PANDAN
Ni resepi saya amik dari blog Naz

Bahan-bahan:
1200 ml santan atau susu cair (Naz selalu guna santan kotak)
1 cawan gula kastor
10 gm serbuk agar-agar
100 gm tepung Hoen Kwe warna putih/ warna hijau
 Secubit garam

Perisa pandan dan pewarna hijau
(kalau dah guna tepung Hoen Kwe yang bewarna hijau, pewarna hijau ni tak perlu)

Cara-cara:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk. 
Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk jer
Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek. 
** Kalau guna santan, santan tu tak perlu likat sangat. Santan biasa jer


CARA MELAPIS KEK KASTAD:-
1. Sediakan loyang. Lapik dasar loyang dengan plastik. 
Kalau tak nak lapik pun boleh juga. (Saya tak lapik)
2. Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.
3. Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. 
4. Picitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.
5. Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad
6. Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. 
7. Biar kastad sejuk dan keras.
8. Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepi-tepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad.
9. Hias ikut suka. Taburkan kelapa parut kering
10.Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk

 












Friday, April 25, 2014

Rainbow Cake With Cream Cheese Frosting

Assalamualaikum wbt....

Ni tempahan lebih kurang 2 minggu lepas dari ex-officemate, Kak Wan... Dia order rainbow cake untuk birthday kakak dia... TQ kak Wan for the order...

Kepada sesiapa yang nak cuba buat, saya sertakan resepinya kat sini... Saya dah tak ingat ambik dari blog mana... Pesen saya, google resepi, simpan dalam phone... Pastu buat.. Pastu lupa amik dari mana.. Sebab tak copy dengan url dia skali... Saya nak minta izin share kat sini ye... TQ...


Rainbow Cake/Kek Pelangi
Sumber:Kompilasi Hidangan Kek/
Chef Noraini Zakaria

Bahan:
250g mentega
220g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik},diayak (A)
200g gula kastor
4 biji telur gred A
5 sudu makan air susu
1 sudu teh esen vanila

pewarna (yang ni korang pandai2lah letak pewarna)

Cara:
1.Griskan acuan bulat 6".Lapiskan dengan kertas serap minyak.
   Panaskan ketuhar pada suhu 170"C.
2.Pukul mentega dan gula kastor dengan kelajuan sederhana sehingga kembang
   dan putih.
3.Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga
   sebati.
4.Masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen
   vanila.Gaul hingga rata.
5.Bahagi adunan kepada 7 bahagian.Warnakan.
6.Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit pada suhu 170'C.
7.Setelah kek masak,biarkan sejuk baru hias dengan krim mentega.

Krim Mentega
Sumber:Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria

Bahan:
150g mentega
350g krimwell (saya ganti dengan 250gm cream cheese)
180g sirap gula/susu krimer manis
3 sudu makan gula aising

Cara:
1.Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.
2.Masukkan sirap gula/susu krimer manis dan gula aising.
3.Pukul lagi hingga sebati. Siap untuk digunakan.



















Wednesday, March 5, 2014

Strawberry Swissroll

Assalamualaikum..

Ni cerita minggu lepas. Hujung minggu jela biasanya ada masa nak try masak resepi yang dah berkepuk lama simpan dalam draft. Resepi ni dapat dari blog resepi citarasawan.




Bahan A
3 biji kuning telur
75gm gula kaster
50ml air
40ml minyak jagung / minyak masak
80gm tepung gandum - ayak
1 sudu teh esen vanilla 

Bahan B
3 biji putih telur
2 sudu teh gula kaster
1/8 sudu teh cream of tartar

Bahan C
Buah Strawberry secukupnya
Pewarna pink (strawberry) dan hijau (daun)
coklat emulco dan lidi  
150ml whip topping cream (non-diary) Putar hingga pekat

Loyang 10 x 10" (di alas dan di gris)

Cara-cara :

 1.  Pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk.  Ketepikan.

2. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang di ikuti air, minyak, esen vanila dan tepung.  Pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu.  Kaup balikkan dengan adunan B hingga bergaul rata.

3.  Ketepikan 2 1/2 sudu besar adunan (tambah pewarna pink) dan 2 sudu besar adunan (tambah pewarna hijau).  Masukkan kedua-dua adunan ke dalam piping bag kecil yang di gunting sedikit muncungnya.  Pipe ke atas loyang bentuk strawberry dan daun.




4.  Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 170C selama 1 minit.  Angkat dan ketepikan.

5.  Tuang baki adunan ke atas motif strawberry. ratakan dengan spatula. Bakar pada suhu 170C selama 10-15 minit.

6.  Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai selama 10 minit.   Terbalikkan di atas sehelai kertas minyak yang lebih besar.  Keluarkan kertas alas bawahnya.  Lapik sehelai lagi kertas minyak di atas motif strawberry kemudian terbalikkan ke atas.  Sapu rata krim dan atur beberapa biji strawberry di atasnya, kemudian gulung dengan perlahan-lahan.
  




7.  Celup lidi di dalam coklat emulco dan buat titik untuk bijinya. (Yg ni saya xbuat. Coklat emulco takde stok kat umah)

8.  Simpan di dalam peti sejuk sebelum di potong.

Thursday, April 4, 2013

Kek Gula Hangus

Assalamualaikum wbt...

Saya suka buat kek gula hangus ni sebab mak suka makan.. Biasalah orang tua, kek-kek yang berkrim atau beraising ni kurang gemar... Resepi saya dapat dekat sini...  

Tapi saya ada modified sket resepi ni.. Tak menjejaskan langsung rasanya. Sarangnya tetap menjadi dan bahagian atasnya kekal moist. Harap tuan resepi tak marah saya derhaka.  Tq kak siti delima...

  Ni kek yang saya buat order dari officemate..

 



  Kek Gula Hangus
Resipi : Kak Anymz - MyKitchen
Di olah : Che CT
Dimodified sket lg oleh miza, heheh..

Bahan gula hangus :
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 sudu makan butter (*miza tambah)

Cara membuatnya :
1 cawan gula pasir dijadikan gula hangus dengan api kecil. Bila gula cair sepenuhnya barulah masukkan 1 cawan air panas kedalam gula hangus tadi bermula dari tepi periuk. Hati2 dengan gula yang panas sewaktu masukkan air kerana gula akan meletup2 dan terpercik. 
**Ni miza tambah - Bila gula dah cair sepenuhnya ke dalam air, padamkan api. Masukkan 2 sudu besar butter. Butter akan cair sendiri kerana air yg masih panas.

Bahan Kek :
 4 biji telur
1 cawan susu pekat manis (resepi asal 1/2 cawan susu pekat manis) 
1 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bicarbonat (resepi asal 1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat), - diayak bersama tepung
3 sudu besar butter - (miza tak isi sbb dah isi dalam bancuhan air gula hangus)

Cara membuatnya :
1. Alas loyang atau acuan dengan kertas minyak dan glis dengan butter - ketepikan.
2. Pukul telur sehingga bertukar warna menjadi pucat dan kembang.
3. Masukkan susu pekat manis. Putar lagi sehingga sebati.
4. Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat yang telah diayak bersama. Dan kacau lagi hingga adunan rata. 
5.  Akhir sekali masukkan juga gula hangus tadi. Kacau hingga sebati. Perapkan paling kurang 3 jam.
5. Tuang dalam loyang dan bakar pada suhu 150'C selama lebih kurang 50 minit menggunakan api BAWAH sahaja selama 50 minit. Kemudian tukarkan guna api ATAS & BAWAH selama 10 minit. Boleh uji kek dengan mencucuk lidi sate, bila ditarik keluar lidinya bersih tandanya kek sudah masak.

  
 Tips:

Setelah beberapa kali buat kek ni, dengan hasil yang berbeza-beza lps try and error, untuk dapatkan kek yang bersarang cantik dan lembap di bahagian atasnya, saya gunakan kaedah di bawah...

 1. Saya peram lama bancuhan. contoh, saya bancuh adunan dalam pukul 9.00 pagi, lepas dah siap saya masukkan dalam peti. Pukul 6 petang saya kuarkan dari peti dan biarkan dia mencapai suhu bilik. Selepas dalam anggaran 1/2 jam, masukkan bancuhan tadi ke dalam loyang yang dah dilengserkan dengan butter. Bolehkan dibakar.

2.  Suhu, saya gunakan suhu 150 darjah celcius, api bawah sahaja untuk 50 minit yang pertama. Selepas tu saya gunakan api atas bawah selama 10 minit lagi.. Jumlah keseluruhan pembakaran selama 1 jam (tapi ini bergantung juga kepada jenis oven masing-masing ye).

Tuesday, February 26, 2013

Resepi Kek Pelangi Dengan Cream Cheese Frosting

Assalamualaikum wbt...

 


Saya nak share resepi kek pelangi yang saya dapat dari member pejabat saya, Kak Wan. Pertama kali saya makan masa potluck di pejabat. Kak Wan bawak kek butter yang rasanya sedap. Terus saya minta resepi... Senang sangat resepi dia macam kat bawah ni..







  
 P.s: Untuk buat kek pelangi, jika gunakan loyang segiempat bersaiz 8", dapat empat layer. Untuk sebiji kek pelangi ni saya buat 6 layer. Jadi untuk dapatkan sebiji kek dengan 6 lapisan warna, saya gunakan 1 1/2 adunan.


Bahan-bahan:-
250gm butter
2 1/2 cawan tepung naik sendiri -  diayak
1 1/2 cawan gula kastor
1/4 cawan susu pekat manis
5 biji telur
sedikit esen vanila.

Cara-cara:-
1. Panaskan ketuhar pada suhu 160darjah-170darjah. Bergantung kepada oven anda. (Saya guna suhu 165darjah celcius)

2. Putarkan mentega bersama gula kastor sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar sehingga betul-betul kembang. Masukkan esen vanila.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaulkan dengan spatula.

4. Bahagikan adunan sebanyak 6 bahagian. Warnakan dengan 6 warna yang berbeza.

5. Saya timbang lebih kurang 305gm untuk setiap layer.

6. Masukkan ke dalam loyang yang telah bergris mentega dan dialas kertas baking.

7. Bakar selama lebih kurang 20 minit. (jangan lama sangat takut lapisan kering).

8. Sejukkan. Keluarkan dari loyang dan bolehlah dilayer setiap lapis dengan buttercream. Bila dah siap setiap lapisan, salut dengan adunan cream cheese frosting.



Resepi Cream Cheese Frosting

Bahan-bahan:-
250gm cream cheese - pada suhu bilik
350gm non dairy whip cream (saya guna brand Vivo) - dipukul sehingga kental

Cara-cara:-
1. Pukul cream cheese sehingga lembut dan kembang.
2. Masukkan whip cream yang telah diputar terlebih dahulu tadi. Putar sebati. Siap untuk digunakan

Resepi Untuk Buttercream Frosting Yang Sedap

Bahan-bahan:-
150gm mentega-suhu bilik
350gm kimwell - suhu bilik
180gm sirap gula/susu pekat manis
3 sudu makan gula aising - ayak dulu
esen vanila sedikit - jika suka


Cara-cara:-
1. Pukul semua bahan sehingga kembang dan sebati.
2. Siap untuk digunakan

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...