Lazada

Wednesday, December 21, 2016

Resepi Kek Karamel


Assalamualaikum wbt....

Kali kedua buat kek karamel ni, lepas percubaan kali pertama yang gagal, 5 taun lepas.. Cerita lama, kat sini...

Percubaan kali ke-dua ni alhamdulillah, menjadi.. kali ni aku hadam betul2 resepi ni.. takdela main terjah je...

Kat bawah ni aku salin semula resepinya... Kot ada yang nak cuba...



Bahan-bahan:
(A)


2-3 sudu besar gula

~ Cairkan dalam loyang kek atas api yang perlahan sehingga terbentuk karamel. Ketepikan. Biarkan karamel keras sendiri. Jangan terlebih hitam, nanti pahit.


(B)
½ tin susu cair (200 ml)

70 gm gula kastor (aku cuma guna 50gm sahaja)
½ sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
1 sudu besar kastard/tepung jagung 

~ Kesemua bahan B ini dikacau perlahan-lahan (atau boleh dikisar sekaligus, kemudian ditapis). Jika banyak berbuih, lapisan susu ini akan berlubang.



(C)

135 ml air 

3 biji kuning telur
50 ml minyak masak 
70 gm gula kastor (aku cuma guna 50gm sahaja)
140 gm tepung gandum/superfine
1 sudu teh serbuk penaik

~ Pukul air, kuning telur dan minyak masak hingga berbuih. Masukkan gula, pukul hingga kembang. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik.


(D) (Meringue)
6 biji putih telur
70 gm gula kastor (aku cuma guna 50gm sahaja)
1 sudu teh cream of tartar (optional)

- Pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula, pukul lagi. Masukkan cream of tartar. Pukul hingga bertanduk & diterbalikkan adunan tidak jatuh.


Cara penyediaan:
1. Tuang bahan B ke atas bahan A.

2. Kaup bahan D ke dalam bahan C hingga sebati dengan menggunakan senduk kayu/spatula sahaja. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian-bahagian ini boleh diletakkan pewarna dan perisa. Kemudian tuang ke atas bahan B secara selang-seli untuk menghasilkan belang-belang.

3. Masukkan ke dalam oven selama sejam. Suhu 160°Celsius. Guna kaedah steam bake/bain-marie/water bath.

4. Setelah masak, kek akan lekang dengan sendiri dari loyang. Keluarkan dari oven. Biarkan selama 10-15 minit sebelum diterbalikkan.

5. Sedap dihidang sejuk.

Nota: Loyang tidak perlu dilengserkan terlebih dahulu.





Tadaa..... Alhamdulillah.. takdelah heart attack sangat macam yang lepas..




2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...