Lazada

Wednesday, December 21, 2016

Resepi Tteokbokki

Assalamualaikum wbt...

Anneonghasayo!!! Mari makan sayor!!!  Dari Dapur Miza meda....


Oooppss.. Sori, tersampuk hantu korea pulok... Demam 'Scarlet Heart Ryeo' tak kebah lagi... Hari ni saya mahu share sama kawan-kawan semua resepi tteokbokki yang sangat senang.. Janji bahan-bahan utamanya ada... Dia main rebus-rebus je...


Tteokbokki ni perlu ada bahan asas dia, iaitu tteok, atau kek beras yang berbentuk silinder.. Kalau korang rajin boleh buat sendiri.. Korang boleh bukak youtube, pergi cari 'maangchi' untuk tengok cara membuatnya. Dia ni korean food blogger yang selalu share resepi korea.







Mula-mula sekali kenalah ada tteok ni.. Aku beli je dengan faezamer ni... Tak sempatlah nak buat sendiri... 





Pastu, kena ada kochukaru (serbuk cili) dengan gochujang (paste cili).. Yang ni pun aku beli dengan faizaamer. Kalo takde dua bahan ni ganti je dengan cili boh dan serbuk cili biasa. Takde masalah...






Pastu bahan-bahan lain, fishcake, kiub bilis, daun bawang@ daun kucai, telur rebus, paste halia+bawang putih. Semua ni direbus dengan dalam air lebih kurang 2 cawan. Perisakan dengan garam gula secukup rasa.





Tengah direbus.. Aku tambah maggi satu paket...





Dah siap... jom makan..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...