Lazada

Showing posts with label Cheesecake. Show all posts
Showing posts with label Cheesecake. Show all posts

Friday, October 16, 2015

Mango Cheese Cake

Assalamualaikum...

Mango cheesecake sempena birthday ayah, Kimi dan Asippu bulan 10 ni... Sebenarnya aku nak wat non bake cheesecake, tapi bila dah timbang bahan-bahan, baru aku teringat stok gelatin dah habis.. Jadi, sebab dah takde masa nak kuar gi bakery, terpaksalah wat yang bakar je..

Nak resepi tak? Resepinya sama aje macam blueberry cheesecake yang aku pernah wat kat sini dulu.. Cuma taruk puree mangga sikit dalam tu... Jom ibuk-ibuk bapak-bapak kita ke dapur yukk..


Crust:

Untuk base:
12-15 keping biskut digestive / marie-dimesin sehingga halus
75gm mentega -dicairkan

Untuk cake:
500gm cream cheese (sebaiknya guna brand philadelphia)
3/4cawan gula castor
100ml whipping cream (aku guna uht brand Anchor, lemak berkrim gitu)
4 biji telur
sebiji mangga masak ranum-dikisar halus (tambah air sikit masa blend)
sedikit esen vanila
Untuk hiasan:
sebiji mangga dihiris 


Cara-cara:-
1. Gaulkan mentega cair dan biskut marie sehingga mendapat adunan yang boleh dikepal.
2. Tekankan dan masukkan kedalam loyang. Padatkan dengan dasar gelas/sudu. Simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
3. Pukul cream cheese bersama gula kastor sehingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Tambahkan whip krim, mangga puree dan esen vanila. Putar lagi sehingga semuanya sebati.
5. Tuangkan ke dalam loyang yang berisi biskut marie tadi.
6. Bakar dalam ketuhar suhu 180 darjah celcius selama 40 minit / bergantung kepada oven anda.

7. Simpan sejuk semalaman.
8. Untuk hiasan, hiaskan dengan hirisan mangga. Sejukkan dulu sebelum dimakan.








Cheesecake ni ala-ala durian crepe jugak.. Kalau kesedapan durian crepe bergantung pada sedapnya durian tu, macam tu jugaklah dengan mango cheesecake ni. Kalau mangganya manis, harum, memang sedap sangatlah jadinya.. Tapi aku lebih suka kalo mango cheesecake jenis chill. Kesegaran mangga tu kita boleh rasa..





Monday, September 7, 2015

Chocolate Cheesecake

Assalamualaikum...

Bila dah ada anak kecik ni, aktiviti membaking jadi makin terhad. Tapi bila ada sambutan birthday ahli keluarga, masa ni la time terbaik untuk cuba resepi-resepi baru..

Sabtu lepas ada makan-makan sempena birthday mak. Sekali dengan semua yang lahir bulan september. Ramai la pulak sambut bulan ni.. Meriah betul. Sampai aku rasa nak birthday bulan ni jugak kalo boleh..  Kali ni aku bawak brownies, chocolate cheesecake dengan puding sumi. Aku suka betul birthday kali ni sebab banyakkkkk makanan hihi.. Masing-masing bawak sikit-sikit sorang. Adik aku, Mastura buat nasi minyak, ayam masak merah dengan gulai rusa. Kak teh, kakak ipar, bawak tiramisu & lasagna. Kak cik, kakak ipar aku bawak roti jala + kari ayam, cream puff dengan birthday cake. Kak siah bawak sagu gula melaka. Memang sesi ternak lemak la pendek kata. Cover balik time aku pantang aritu ha3..


Ok, kali ni aku nak share resepi chocolate cheesecake yang sedap ni..

Chocolate cheesecake
Dapurmiza


Bahan2 untuk crust
1 1/2 paket biskut oreo- buang krim. Dan hancurkan
70gm butter- dicairkan
Gaulkan keduanya. Masukkan kedalam loyang yg dah disapu butter. Padatkan. Simpan dalam peti ais sementara kita siapkan fillingnya.


Filling
250gm cream cheese- aku guna philadelphia
1 kotak kecil krim Anchor
3 biji telur
1/2 cwn gula kastor
15gm serbuk koko
5 sudu makan coklat masakan yang telah dicairkan.


Cara:-

1. Panaskan oven suhu 180 celcius.
2. Dalam mangkuk, putar cream cheese dengan gula sampai kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan esen vanila, coklat cair, krim dan serbuk koko.
4. Gaul sebati. Masukkan ke dalam loyang tadi. Alas bawah loyang dengan aluminium foil. (Aku wat lima lapis sbb kita nak bakar kaedah bain marie. Tak nak bagi crust dia lembik dimasuki air)
5. Letakkan acuan ke atas dulang yg besar sikit. Letakkan air panas atas loyang tu. Bakar selama 40-50 minit smpai msk. Sejukkan dulu sebelum dikeluarkan dari acuan.




Disebabkan ramai sangat empunya birthday sampai tak muat nk tulis nama sorang-sorang atas kek, aku tulis atas kertas je. Pastu lekat kat lidi.Buruk beno hiasan.. Nasib baik untuk makan-makan family jer.. Hihi... Kalau banyak masa, bolehla print, buat pasal sikit... Ni seme last minute punya idea..


Monday, March 30, 2015

Cherry Cheesecake


Assalamualaikum...

Semangat nak mengepos resepi harini... Senang kot-kot pasni nak buat takyah tercari-cari lagi dah... Kali ni nak share resepi cheesecake cherry... First time buat ni untuk majlis doa selamat semalam...


Baked Blueberry Cheesecake 
Resepi :  Zack 
diMyresepi : Zachoes@myresepi.com




Sumber : Blog Mas

Bahan base biskut:
100g biskut marie, dihancurkan (ku guna 80g oreo diblend sampai hancur dalam blender rempah)
100g butter, dicairkan (ku guna 40g je. Kalau guna 80g juga macam terlalu berminyak)

* Gaul rata biskut dan butter dan tekan-tekan pada dasar loyang sampai padat.


Bahan cream cheese:
250g cream cheese, suhu bilik
65g whipping cream (ku guna fresh cream yang sudah dikocok kaku. Kes baki deco kek sebelum ni)***
30g gula kastor (ku kurangkan jadi 20g)
3 kuning telur Gred A
1/2st esen vanila
1/2st jus lemon/lemon oil (ku guna limau kasturi)

30g gula kastor
3 putih telur Gred A
1/4st cream of tartar (optional)

200g blueberry filling (ku terpaksa guna 100g sebab habis stok) Miza guna topping ikut resepi Kak Wan


Topping Ala Citarasawan
1 tin ceri (asingkan 180ml sirap ceri)
3 sudu teh gelatin halalgel
**Masukkan sirap ceri ke dalam periuk. Taburkan gelatin. Biar 5 minit agak-agak gelatin dah serap semua cecair. Panaskan cara double boiler sampai gelatin larut. Biar suam sikit. Tuang atas kek.


Cara: 1. Panaskan oven pada suhu 160C. 
2. Bakar base biskut untuk 5 minit (miza tak bakar pon. Just simpan je dalam peti ais) kemudian sejukkan pada suhu bilik. (kalau base biskut menggelembung sedikit, ratakan balik dengan belakang sudu). 

2. Dalam bekas besar, pukul cream cheese bersama 30g gula, perlahan-lahan masukkan whipping cream dan esen vanila serta jus lemon. Pukul sampai adunan jadi sebati, smooth dan gebu. Guna speed sederhana (ku guna whisk telur je).

3. Masukkan kuning telur satu per satu dan pukul sebati, sambil berhenti sekali-sekala untuk scrap tepi-tepi bekas tersebut. 

4. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan baki 30g gula sedikit demi sedikit, hingga bertanduk dan kaku (bila terbalikkan bekas, putih telur tak mengalir atau jatuh. Pastikan tiada walaupun secubit/setitik pun kuning telur atau minyak dalam putih telur sebelum memukul. Kalau tak 'meringue'- nama putih telur yang dipukul kaku ini- tak jadi. Kalau ada sedikit kuning telur, boleh dibuang dengan sudu). 

4. Ambil satu senduk meringue dan kaup balikkan ke dalam adunan cream cheese (stage ini boleh kasar sikit sampai tak nampak jalur/streaks putih telur). Ambil lagi sesenduk dua meringue dan kaup balikkan perlahan-lahan dalam adunan cream cheese. Buat dalam 3-4 kali. 

5. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut dan hentak loyang sekali atas meja (hentak dari paras siku) untuk keluarkan buih-buih yang besar (kalau tak nanti nampak lubang-lubang di atas atau di dalam kek bila sudah masak) 

6. Balut luar loyang cheesecake dengan aluminium foil 2-3 kali dan bakar secara bain marie/water bath/steam bake (loyang kek diletakkan dalam loyang lebih besar, isikan air panas dalam loyang besar hingga mencecah separuh ketinggian loyang kek tersebut. Tak perlu banyak sangat, asalkan loyang kek tu boleh bergoyang sikit oklah) untuk 1 jam (ku buat 55 minit, dengan 5 minit terakhir loyang di'rotate'kan) 

7. Keluarkan dari oven dan sejukkan dalam loyang sebentar di atas redai, sebelum dikeluarkan cheesecake dan disimpan dalam peti sejuk. Dah sejuk hiaskan sesuka hati atau tuangkan blueberry filling di atasnya.

Monday, March 10, 2014

Order dari customer

Tempahan Cheesecake Leleh dari Mastura.
2 bekas strawberry cheesecake leleh
2 bekas lemon cheesecake leleh1 bekas vanilla cheesecake leleh




Wednesday, February 19, 2014

Chilled Mango Cheesecake


   Assalamualaikum... 

Dalam entry sebelum ni saya ada postkan pasal cheesecake  dari Kulacakes. Lepas makan kek tu, saya try buat sendiri sebab tak puas rasa makan sepotong ngeheheh... Lepas google every tengok resepi saya rasa resepi ni paling dekat dengan kek yang saya makan tu... Cadangan saya, kalau nak buat cheesecake, bolehlah guna cheese yang sedap sikit, macam philadelphia by kraft. Saya ada jugak try buat cheesecake dengan guna cream cheese dari brand yang lain, macam T..T.A @ A.C..R @ M..R.I @ S...S tapi rasanya tak sesuperb guna philadelphia ni..






    Resepi ni saya dapat dari blog Ritabasket.. Yang ni saya dah translate.. Kalau nak tgk kek yang dia buat, boleh klik sini.


Crust base untuk saiz loyang kek 8”
130g biskut digestive (McVitie's)
90g mentega - dicairkan

Filling:
250g cream cheese, lembutkan pada suhu bilik
75g gula kastor
2½ tsp gelatine
3 tbsp air
4 tbsp puree mangga segar
1½ tbsp jus lemon segar
200g mangga, didadu kecil
200g whipping cream, diputar kental

Topping A
1/2 cawan puree mangga
1 teaspoon jus limau
3 tablespoon air
11/2 teaspoon serbuk gelatin
setitik dua pewarna kuning

1.      Lapikkan dengan kertas minyak pada dasar loyang kek springform saiz 8” dan griskan jugak sekeliling loyang.
2.      Masukkan biskut digestive ke dalam food processor dan mesin. (Cara saya,  masukkan biskut ke dalam plastik, hancurkan dengan guna kayu penggelek). Dah hancur, masukkan ke dalam mangkuk sederhana besar.

3.      Masukkan mentega yang dicairkan tadi kedalam mangkuk berisi biskut kisar tadi. Gaul hingga sebati dan doh boleh dikepal. Masukkan ke dalam loyang dan tekankan sehingga padat ke dasar loyang kek.
4.      Maukkan ke dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit. (Saya tak buat yang ni)
5.       Untuk fillings, rendamkan gelatin ke dalam sedikit air. (Biarkan selama 15-20 minit supaya serbuk gelatin dapat mengembang dan menyerap semua air. Ini adalah bagi memudahkan proses pencairan gelatin ke dalam bancuhan keju nanti. Bila dah kembang sepenuhnya, isikan mangkuk berisi gelatin tadi ke atas mangkuk yang berisi air panas untuk dicairkan. Kaedah double boiler. Teknik ini digunakan bagi semua resepi yang menggunakan serbuk gelatin.) 

 6.      Pukul cream cheese and gula kastor sehingga gebu dan lembut
7.      Masukkan puree mangga, jus lemon dan gelatin yang dicairkan tadi. Putar rata.
8.      Masukkan whip cream yang dipukul kental tadi. Kaup balikkan ke dalam bancuhan keju. Masukkan mangga yang didadu kecil.
9.      Tuangkan ke atas loyang yang berisi base biskut. Levelkan dengan spatula, jika perlu
10.  Sejukkan ke dalam peti ais sekurang-kurangnya 4-6 jam, sebaiknya semalaman supaya kek set sempurna.
11.  Untuk toppings, 4 jam kemudian, cairkan serbuk gelatin yang telah kembang direndam seperti kaedah di atas di atas periuk kecil yang berisi puree mangga, jus limau  dan sedikit gula kastor. Panaskan sehingga gelatin cair sepenuhnya. Padamkan api.

12.  Masukkan 2 titik pewarna kuning. Sejukkan. Taburkan hirisan mangga ke atas kek yang telah set. Curahkan topping yang disejukkan tadi ke atas kek.
Biarkan topping set 2-3 jam sebelum kek boleh dikeluarkan dari loyang.

Monday, February 17, 2014

Cheese Cake Meleleh

Assalamualaikum...

Kat mana eh sekitar Pekan/Kuantan ni yang kita boleh beli cheesecake leleh yang sedap? Kalau tengok promosi besar-besaran kat fb, ada satu produk Syafa cheesecake leleh.. Nampak best.. Feedback customer pon ok.. Have to, have to beli jugak nanti cheesecake ni.. 

Sebab nak makan tu, last weekend buat jugaklah kek ni.. Resepi ni tak guna kek span biasa.. Buat guna resepi 'slice cheesecake'. Saje je mengade hikhik.. Alang-alang nak makan sendiri khennn.. Barang tak berapa cukup nak buat senornya so terpaksa oter sikit di beberapa bahagian.


 


Untuk kek, saya guna resepi ni. Sori saya xigt dpt dari mana sebab google through phone dan saya cnp. Nanti saya linkkan penyumbang asal resepi ni.





Updated: Resepi dapat dari blog Hana Memories
Slice cheesecake
4-5 keping slice cheese
200ml susu segar
70gm butter atau marjerin
70gm tepung gandum diayak
70gm gula
4 biji telur saiz b
Beberapa titik esen vanila

Cara- cara:-

1. Potong atau siat slice cheese kecil2. Campurkan dengan susu segar.



 


2. Masukkan ke dlm periuk. Gunakan api perlahan sehingga cheese cair.
Kacau sentiasa.
3. Masukkan butter dan kacau hingga larut. Tutup api dan sejukkan
sebentar.
4. Asingkan putih telur dan kuning telur. Pukul putih telur bersama gula
hingga menjadi meringue.
5. Di dalam bekas lain, pukul kuning telur sehingga kembang dan masukkan ke dalam adunan cheese tadi. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi. Pastikan adunan tidak berketul.
6. Akhir sekali campurkan meringue ke dalam adunan tadi dan beberapa
titik esen vanila. Gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. Glis
acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan kedalam acuan.
8. Bakar pada suhu 170 darjah cecius selama 20 minit dan turunkan suhu kepada 140 selama 40 minit. Kaedah bain marie. Acuan 20cm/ 8 inci.

Untuk topping meleleh: (resepi asal)
250gm cream cheese
1/2 cawan susu pekat
2 sudu besar susu cair/fresh milk

Topping adjust by miza:
2 keping slice cheese
250 ml non dairy whip cream
Keju cheddar, diparut

Cara:
1. Cairkan slice cheese dalam anggaran 100ml whip cream diatas api. Jangan sampai mendidih. Cukup untuk cheese cair aje.
2. Sejukkan. Putar whip cream hingga kental. Campurkan adunan cheese+whipcream. Putar kembang.
3. Susun kek dalam bekas. Paipkan/sudukan cheese leleh, tabur parutan cheese. Boleh buat 2 layer jika suka(tamak..hahah)




Saya guna cheese ni..




Monday, November 26, 2012

Chilled Mango Cheesecake

Assalamualaikum wbt...

Ingat lagi dulu masa pregnantkan Aisyah, mengidam nak makan cheesecake kat Secret Recipe... Masa tu tak pandai lagi baking kek... Tak tau pon kek kat situ rasa macam mana, tapi sebab orang asyik bercerita, jadi terliur... Siap google lagi nak cari pendapat kek apa yang paling sedap kat situ... Dan disebabkan ramai yang rekemen blueberry cheesecake dan chocolate indulgence, jadi belila 1 slice setiap 1... Sekarang?? Malasla nak beli kat situ.. Dahla mahal, hoho.. (Sebenarnya kalo buat sendiri lagi banyak kos keluar, kalo setakat nak merasa sikit tu baik beli je)...

Bermula dari saat itulah, saya mula google sendiri, resepi-resepi kat internet... First saya try resepi yang non bake sebab masa tu belum ada oven... Saya cuba buat chilled oreo cheesecake. Tapi resepi dari mana memang tak ingat dah sebab masa tu saya print dalam kertas, lepas dah siap masak tu, buang.. Tak terfikir nak simpan...

Kat sini saya nak kongsi resepi cheesecake yang tak payah bakar. So, kepada sesiapa yang mungkin sedang mencari resepi cheesecake yang mudah, bolehla cuba yang ini...









Chilled Mango Cheesecake
Sumber: Mat Gebu

Resepi: CNP semula dari mat gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram biskut marie -saya guna digestive biscuit
100 gram mentega, dicairkan
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
2 biji buah mangga masak ranum, 1 dikisar isinya, 1 lagi didadu
1 1/2 camca besar gelatin halal (mat guna jenama "NUR")-saya guna halalgel
125 ml air suam
200 ml whipping cream, disejukkan (1 kotak kecil)-saya guna vivo non dairy whip cream

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Biskut marie dihancurkan (mat guna food processor), kemudian masukkan mentega cari sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang boleh dikepal. Masukkan dalam tin springform berukuran 8 inci (20 cm) dan tekan padat2. Sejukkan dalam freezer.
  2. Putar cream cheese dengan gula halus hingga berkrim, masukkan puree mangga tadi, putar rata. Dalam bekas lain, putar whipping cream hingga kembang, kemudian masukkan ke dalam bancuhan keju tadi. Gaul rata menggunakan spatula. Ketepikan.
  3. Gelatin halal di bancuh bersama air suam, kacau hingga larut dan kelihatan jernih. Tuang ke dalam adunan cheese tadi, kacau rata dan masukkan 1/2 dari buang mangga yang didadu tadi, gaul rata. Tuang dalam tin yang disejukkan dalam freezer tadi, ratakan.
  4. Simpan semula tapi kali ni dalam peti sejuk selama 3 - 4 jam atau hingga keras. Keluarkan dari tin, hias atasnya dengan baki buah mangga dan hidangkan..
CATATAN MAT GEBU :- Masa nak keluar kan kek dari tin, mat basahkan tuala dapur dengan air suam dan pekap keliling tin cake tadi sehinga kelihatan kek sedikit longgar dari tin. Kemudian bila nak potong, mat layur pisau atas api sekejap. Selamat mencuba untuk semua.. 
** Saya ikut catatan mat gebu


Tuesday, November 20, 2012

Tiramisu Cheesecake -Kaedah Chill

Dapat resepi ini dari member ofis.








Bahan-bahan A- Untuk Kek Span Kopi.
125gm tepung self raising flour
15gm ovellate
125gm gula kastor
5 biji telur gred B
40gm air
7ogm minyak masak/jagung/butter cair
1sudu teh kopipaste/ kopi oil

Cara-cara:-
1. Panaskan oven terlebih dahulu. Suhu 170 darjah celcius selama 10 minit.
2. Dalam mangkuk, satukan ovellate bersama gula sehingga sebati dan rata.
3. Masukkan telur dan tepung bersama bahan di atas tadi. Pukul sehingga gebu dan tak jatuh.
4. Perlahankan mixer, masukkan air serta kopi oil/ kopi paste. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Perlahankan mixer, masukkan minyak jagung/butter cair. Pukul lagi sehingga rata dan kacau pula dengan spatula/senduk kayu.
6. Sediakan tin pembakar saiz 8". Alas dengan kertas(tak perlu gris).
7. Tuangkan adunan separuh bekas dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 35-40 minit. Setelah masak, keluarkan dari loyang.

P/s:   Adunan kek ini dapat untuk 2 biji kek sederhana tebal. kalo mau kek tebal, buat satu loyang sahaja. Untuk  resepi tiramisu ni,guna setengah adunan je..

Bahan B:-
250gm cream cheese
120gm gula kastor
150gm yogurt asli

200gm krim putar-non dairy
20gm gelatin halal-halalgel
80ml air


Bahan C:-
1 sudu besar nescafe+ 1/2 sudu kecil pes kopi@ capuccino
3 sudu besargula kastor

50ml air panas 



Cara-cara:-

1. Belah kek menjadi 2 bahagian.
2. Bahan B-Pukul krim putar sehingga kembang dan sejukkan ke dalam peti ais.
3. Panaskan gelatin bersama air. Sejukkan.
4. Pukul krim keju dan gula hingga lembut dan masukkan yogurt.
5. Masukkan gelatin ke dalam adunan keju & pukul sehingga sebati & campurkan pula krim putar tadi dan pukul lagi
6. Sekiranya terlalu cair masukkan ke dalam peti ais sebentar (3-5 minit).
7. Ambil 1 bahagian kek dan letakkan ke dalam acuan bulat (jenis loose tin) 8". renjiskan sirap kopi sehingga rata dan lembap.
8. Sapukan krim keju atas dan tepi kek. 
9. Letakkan pula lapisan kedua kek dan renjis lagi sirap kopi serta sapukan krim keju sehingga rata. Hentakkan tin agar krim keju sampai kebawah.
10. Sejukkan kek selama 5 jam@ semalaman.
11. Keluarkan dan taburkan serbuk koko ke atas kek dan hiaskan.
12. Sedia untuk dihidang.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...