Lazada

Showing posts with label Lain-lain. Show all posts
Showing posts with label Lain-lain. Show all posts

Thursday, October 23, 2014

Kerja sambil bercuti @ Cameron Highlands

 Assalamualaikum...

Ni cite zaman batu mana ntah.. Dah berbulan-bulan.. Sebelum bulan puasa... Kalau tak silap bulan 6, tahun ni.. Kena jadi auditor untuk 5S dan diarahkan pusing semua daerah dalam Pahang.. Pheww rasa nak tercabut kaki dengan leher... Turun naik tangga hotel.. Nak heret beg pakaian besar gedabak... Pastu lama nak kena tinggal anak dengan suami... Takpelah, kita ni orang bawahan ikut ajelah arahan pegawai atasan.. Jangan ingkar...SYMP...



  
Makan malam di Lipis



Lunch di Felda Koyan. On the way ke Cameron, kami singgah kedai nasi ayam Gemas.. Sedap nasi ayam dia..



 Dah sampai... Kami stay di Tanah Rata... Lupa nama homestay ni kihkih.. Dah berapa bulan punya cerita kan...




 Masuk ladang strawberry..



Makan strawberry chocolate kat luar bilik je... Homestay dalam ladang strawberry





Tetibe kt Bera pulak.. ni sebelum ke Cameron..



Selfie sebelum balik!!






Bakery dalam ladang strawberry... Scones dia sedapp!!









Buah ni rasa macam epal+jambu




Singgah pasar malam Brincang... Pekena mee sup ni..Perghhh memang sedap ahh.. Cuaca sejuk.. Makan sup panas-panas...








Malam last kat Cameron..



 Aiskrim strawberry...




 Intai-intai cenderamata...









Kesimpulannya, bestla jugak pergi berjalan time bekerja ni.. Tapi hati asyik teringat kat family je.. Dah guane..??

Tuesday, April 22, 2014

Wedding sepupu - Congrats Hairullah & Fetty

Assalamualaikum wbt...

Punyalah lama nak upload cerita kawen my cousin ni.. Dah sebulan dah... Guane-guane pong ambe nak up jugak kat sini untuk disimpan sebagai  memori kami-kami semua....




Okay perjalanan cerita dimulakan dengan hari pernikahan di Felda Tersang, kalau tak silap saya.. Kad kawen takde lak nak refer.. Kelihatan semua hulubalang dan hulubelalang dah ready nak berlepas...



Okey, ini pengantin lelaki @ my cousin @ hairullah @ abg ngah.. Banyaknya gelaran mu..


Gambar depan, my kakak ipar. Belakang dia tu kembar kepada pengantin lelaki.. Abg long... Ye. Mereka kembar.. Dulu masa kecik-kecik, kacang aje nak bezakan dorang.. Nape ntah bila dah besar muka sama.. Konpius sokmo nak panggil abg long ke, abg ngah ni..Kena tengok betul-betul baru panggil..



Adik pengantin lelaki. Yg depan Dr. Siti Robayah. Belakang Baya jugak namanya. Dua beradik je yang pempuan. Yang lain 6 semua lelaki.



Saja snap gambo ni nak curi idea nanti mueheheh jangan maroh...




Ambe tak terlibat dengan adegan ni.. Share dari whatsapp grup family...






Ni kenduri sebelah lelaki lak.. Seminggu kemudiannya.. Lokasi: dewan Wawasan, JPS Kuantan.



Ehh ehh..awalnya Baya naik pelamin..


Pakej ni rupa-rupanya makcik amik dari my ex officemate di jkr dulu... Jumpa en rosdi kat sini...

Okay, part paling best sebab ada tempat lepak... Dalam bilik meeting.. Bolehlah tokwan berehat...

Okay, ahli-ahli mesyuarat. Sharifuddin jadi chairman... Baya jadi PA bos... Mastura jadi consultant... Faiz jadi SU...





Okey, perkenalkan bos saya.. Nasib baik dia tak meragam masa ni.. 

Syukur semuanya berjalan lancar... Majlis yang sangat cantik.. Dipenuhi orang-orang yang cantik-cantik (bodekss sikit, 👻) dan disayangi.. Kepada Hairullah & Fetty, selamat melangkah ke alam rumahtangga. Semoga bahagia hingga ke syurga...



p/s: Gambar pengantin pempuan takde sebab ni semua gambar dari hp... Kamera abis bateri nanti masukkan semua

Monday, March 10, 2014

#Pray For MH 370

Assalamualaikum semua...

Hujung minggu ni seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita misteri kehilangan pesawat MAS MH370 yang bertolak dari KL ke Beijing.. Hujung minggu yang kita semua  tunggu-tunggu untuk bersama keluarga bertukar menjadi penantian penuh harapan. Seluruh rakyat Malaysia bersimpati dan mengharapkan semua penumpang dan krew kapal terbabit selamat...

Kalau kat umah tu, memang kami sekeluarga dok menghadap Astro Awani jelah sebab nak update berita terkini. Bila dalam keadaan macam ni, dapatlah jugak beberapa ilmu pengetahuan tentang kapal terbang dan penerbangan yang selama ni kita tak tahu...

Saya prefer baca update status di twitter sebab rasanya twitter ni lebih cepat status update dia nak banding dengan fb.. Tapi yang tak sedapnya ramai yang suka tweet benda-benda yang tak sahih.. Rasanya lebih baik kita sama-sama doakan yang terbaik dan semoga semuanya selamat dan dipermudahkan.. Tiada satu perkara pun yang mustahil untuk terjadi dalam dunia ni dengan izin Allah... 

Kepada semua penumpang dan krew MH730, kaum keluarga dan sahabat handai mereka, dan semua anggota yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat, wartawan dan jurugambar... Sama-sama kita doakan yang terbaik...


 



picture taken from lonelytravelog.com
 


Wednesday, February 19, 2014

Saya adore sama si dia

Assalamualaikum wbt...

Entry pendek sebelum rehat tengahari... 

Tadi tangan ni saja menggatal google dan menggodek ke sana ke mari takde arah tujuan.. Dan terjumpala blog ni, nisahdihati..  Blog sepupu saya yang sekarang menetap di Rabigh Qasr, Makkah, Saudi Arabia.. Tak tau pulak kak Tahrun ada blog... Tapi kalau tengok fb dia... memang boleh meleleh air liur... Penuh dengan makanan-makanan yang sedap-sedap...


       Beruntungnya suami dia, dapat isteri cantik, pandai dan rajin memasak lak tu... Paling tak tahan kalau tengok dia masak makanan yang mengimbau zaman kecil saya.. Macam kek ang... Perghhh... Baru-baru ni dia upload masak mee calong... Suami saya yang tak suka makan mee calong tu tetibe je cakap, 'Hujung minggu ni masak mee calong eh.. Guna mee lidi.. Sedap pulak tengok yang sepupu syg masak tu'...   Amboi-amboi ni boleh mendatangkan jelezz hihihi...

  Ni gambar-gambar dari fb dia... Terliur tak tengok?? Masya Allah..Rajinnyala akak sepupuku yang sorang nih.. Ni baru sebahagian.. kalau nak tengok lebih lagi, boleh tengok fb dia... Rambang mata nengoknya...








Kak Tahrun buat sendiri mee kuning dan laksa gandum... Adore sangat... Saya belum sampai ke tahap ni lagi...


 Yang penting, ketupat sotong versi beserah tu.. Marveless..




Tak boleh jadi ni...Asyik tengok gambo makanan, nak kena kuar cari lunch.. Bye2..

Tuesday, February 18, 2014

Saya Lapar

      Pheww..Baru sampai opis.. Baru balik dari site... Patutnya aku update report la dulu kan..Tapi sebaliknya aku pergi update blog... Hewhew takpe memandangkan kerja untuk arini dah setel.. Kerja kat opis baru ni tak sezibi opis lama kerja menimbunnnnnnnnn.... 


        Semenjak kerja sini, dah jatuh cinta dengan puding raja ni.. Masa kerja kuantan dulu, selalu jugak makan puding ni tapi tak sesedap dan sepure yang kat Pekan ni.. Kuah dia pekat, cukup manis... Cukup rasa... Dengan jala mas dia.. Dengan pisang lemak manis yang digoreng tu...


       
        
   Nah, puding raja pekan.. Kalau terasa nak makan macam raja bolehla cuba makan ni. Next time ke Pekan, Pahang jangan lupa mesti beli ni..





       Yang ini, Chilled Mango Cheesecake.. Beli di Kulacakes, Kuantan.. Rasanya, humm.. Yummy yummy...Terasa kekejuannya... Di bahagian bawahnya dilapik dengan crust yang rangup dan wangi.. Dan kemanisan topping mangga dibahagian atasnya yang just nice... Setiap gigitan terasa macam makan buah mangga ditambahkan lagi dengan hirisan buah mangga segar yang turut dihiaskan diatasnya... Pelbagai tekstur rasa dalam setiap gigitan, rangup, lembut, dan kenyal...Satu slice RM6, kalau tak silap.(Resit aku dah buang)



 



          Yang ini, Pavlova With Fresh Fruits... Juga dari Kulacakes Kuantan.. rasanya not bad, tapi pada aku pavlova lebih sedap kalau tak terlalu banyak hidangan sampingannya/toppingnya.. Supaya kita boleh rasa rasa asli meringue tu... Pavlova ni turut dicurah dengan sos coklat dan coklat chips kat atas tu... Selain dari potongan buah-buahan segar (strawberry, anggur dan blueberry) dan whip cream... RM8 kot kalau tak silap aku, untuk satu slice...

         Setakat ini, pavlova terbaik yang pernah aku makan di Kuantan adalah dari Sis Apple Delight yang beroperasi melalui fb mereka.. Diusahakan oleh Dr. El Huda.. Sumpah sedap betul pavlova dia.. Meringue dia tak hanyir langsung.... Crispy... Kat bahagian dalamnya chewy gewy macam marshmallow... Bahagian yang paling aku suka, adalah toppingnya. Biasanya orang lain just guna non dairy whip cream. So agak manis padaku.. Yg Sis El Huda ni buat, dia guna dairy whip cream, tambah dengan vanila powder dan sedikit gula aising.. Memang wangi dan sedap macam aiskrim... Dan toppingnya tak manis sangat.. Just perfect... Banyak jugak produk yang dah aku beli dari dia, mini pavlova, nutty crunchy, tart nenas (sedappppppp sekali makan 1 balang, nak 10 balang lagi) dan pretzel (sedap)... Bolehlah pergi fb dia kalo berminat. (Aku tak dapat apa-apa komisyen pon dari dia hewhew.. Cuma nak share makanan yang sedap yang aku suka makan..Next time maybe boleh kot Sis El, buy 1, free 1 kot..??)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...