Lazada
Monday, May 11, 2015
Agar-agar milo
Saturday, April 11, 2015
Puding Roti Epal, Kranberi & Kismis
Assalamualaikum..
Request dari cik abang. Dah lama tak makan puding roti katanya.. Gigih iolls bangun kul 5.30pg nk rendam roti sambil goreng nasi balance dinner malam tadi.
Ngam-ngam puding ni masak dalam 6.45pagi.. Nasib baik sempatlah suam sikit sebelum dipack dalam tupperware bekalan kami ke ofis. Sedap pulak kata officemate sebab kurang manis. Memang saja sebab dalam tu dah ada kismis dengan kranberi cukup dengan manis buah je.. Resepi macam kat bawah ni..
Puding Roti Epal, Kranberi & Kismis.
bahan-bahan:-
1/2 buku roti gardenia (pek yg pendek tu) disiat2
3 biji telur
2 1/2 cawan susu segar (blh jgk guna susu cair)
5 sudu makan susu pekat manis
1 st esen vanila (aku guna lemon jus sbb vanila abis)
1/2 paket kismis hitam
1 genggam kranberi
1 biji epal hijau-potong dadu
Cara:
1. Panaskan oven suhu 150 celcius. (Ni aku on kipas. Sebab nk cepat masak. Kalo oven biasa dalam 170-180celcius.
2. Lengserkan loyang dgn butter. Ketepikan.
3. Satukan telur, susu cair & susu pekat. Gaul sebati. Masukkan roti dan bahan-bahan lain. Biar dalam 10 minit nk bagi roti serap semua cecair.
4. Masukkan dlm loyang. Bakar selama 20-30minit atau sampai masak. Dah sejuk baru potong.
Thursday, January 29, 2015
Puding Sumi
Mood nak buat puding ni tiba-tiba je datang. Semangat sikit nak buat sebab masa pergi bakery baru ni jumpa acuan biru ni. Terus grab satu. Kebetulan pulak bulan Januari ni, dalam family ada 5 orang yang sambut hari lahir.
Tak sempat nak ambik gambar yang elok sikit... Dah siap terus nak bawa ke rumah mak... Masa letak dalam peti ais tu kedudukan loyang tu senget sikit. Dah tak cantik kedudukan sumi tu...
Bila cari resepi semuanya guna agar-agar yang bertali. Aih malasnya nak masak kalo guna hak bertali ni.. Biasa guna jenis serbuk je.. Senang kerja... Saya follow je resepi yang tertera kat belakang pack agar-agar nona tu cuma tambah apa-apa yang patut.
Bahan-bahan:-
1 bungkus serbuk agar-agar Nona (yang tak berwarna-pack kuning)
200gm gula kastor
4 sudu besar tepung kastard***
1 tin susu cair***
1 bungkus jelly sumi
sedikit esen vanila
pewarna jika suka
-2 helai daun pandan, dicarik dan disimpul.
1 liter air
Cara:-
1. Susun sumi ke dalam acuan. Simpan ke dalam peti sejuk dahulu.
2. Dalam periuk, masukkan air, serbuk agar-agar, gula dan daun pandan. Bukak api, masak sampai agar-agar dan gula hancur dan mendidih. Buangkan daun pandan.
3. Masukkan tepung kastard yang dilarutkan dengan susu cair ke dalam bancuhan agar-agar tadi.
4. Dah mendidih, tutup api, biarkan suam sedikit sebelum dituang ke atas acuan yang berisi sumi.
5. Kalau nak berwarna, tuangkan sedikit pewarna ke dalam bancuhan dan tuang ke dalam loyang.
6. Biarkan suam sedikit sebelum disimpan dalam peti selama 3 jam atau semalaman sebelum dihidang.
Wednesday, May 8, 2013
Puding Laici Dangdut
Thursday, April 18, 2013
Puding Karamel / Puding Gula Hangus
sumber : hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan
- 5 biji telur size B (jika size A, 4 biji)
- satu tin susu cair (400ml)
- 150ml air biasa
- 4 sudu besar gula
- 1sk esen vanilla
- 5 sb gula
- 2 sb air
- Sediakan karamel@gula hangus - masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan. (Cara saya: Terus tuangkan 5 sudu makan gula pasir dan 2 sudu makan air ke dalam loyang, hanguskan sehingga keperangan dan boleh angkat untuk disejukkan)
- Dalam mangkuk, satukan semua bahan puding. Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati. Kemudian tapiskan. dan tuang ke dalam loyang karamel.
- Kukus selama 45min atau sehingga masak. Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie (letak air di dalam loyang) Tutup loyang puding dgn aluminium foil dan masak selama 45-50min dgn suhu 180.
- Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.
| Bawa macaroni & cheese dengan puding karamel untuk pot luck kali ni |
| Nyum nyum.... |
Friday, January 4, 2013
Puding Roti Gula Hangus
Tuesday, November 20, 2012
Puding Pelangi Blackmore
Resepi ni dapat dari fotopages hanieliza.. So, kalo mahu cuba, di bawah ni resepinya:-
Kalau nak tengok step by step, boleh tengok kat sini, cara yang sama cuma resepi satu lagi tu guna roti.
Rainbow Marble Pudding [blackmore]
[sumber Blackmore dari forum cari.com.my ]
kakliza just copy n paste her posting...
Bahan2nya
2 bungkus serbuk agar2 (sebungkus = 13g)
1350 ml air
450 gm gula pasir
130 gm mentega
8 biji telur bersaiz sederhana
1 tin susu cair Carnation
2 sudu makan tepong custard
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya
Caranya
1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.
2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker....kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.
3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih....kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.
4. Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk...bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata....adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 diwarnakan dengan kuning dan merah...
5. Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk jantung seperti yang dalam gambar kat atas tu...
Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras...tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat..ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.
6. Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan...
Thursday, December 1, 2011
Puding Roti Dengan Sos Kastard
| Rupe croissant |
Thursday, October 27, 2011
Puding Gula Hangus
4 biji telur
1/2 tin susu pekat manis
1 tin susu cair/sejat
sedikit esen vanila
3 sudu besar air dibancuh dengan 1 sudu besar tepung kastad
sedikit garam
Cara-caranya:-
1. Isikan 4-5 sudu besar gula pasir ke dalam loyang. Cairkan atas api perlahan sampai menjadi gula hangus.
Angkat dan ketepikan.
2. Campur semua bahan-bahan di atas, susu pekat, susu cair, telur, air+tepung kastard, esen vanila dan garam.. Tapis. Tuangkan kedalam loyang berisi gula hangus tadi.
3. Kukus selama 1/2 jam. Tutup permukaan loyang dengan foil semasa mengukus untuk elakkan wap air masuk kedlam adunan.
4. Ankat. Sejukkan. Sedia untuk dihidangkan.
.jpg)

.jpg)



