Hidangan ni disajikan buat my ex-housemate yg datang beraya petang tadi.. Memandangkan nila desert emergency yang sempat dibuat... Bancuh2 tinggal je dalam kukusan.. Huhuhu...
4 biji telur
1/2 tin susu pekat manis
1 tin susu cair/sejat
sedikit esen vanila
3 sudu besar air dibancuh dengan 1 sudu besar tepung kastad
sedikit garam
Cara-caranya:-
1. Isikan 4-5 sudu besar gula pasir ke dalam loyang. Cairkan atas api perlahan sampai menjadi gula hangus.
Angkat dan ketepikan.
2. Campur semua bahan-bahan di atas, susu pekat, susu cair, telur, air+tepung kastard, esen vanila dan garam.. Tapis. Tuangkan kedalam loyang berisi gula hangus tadi.
3. Kukus selama 1/2 jam. Tutup permukaan loyang dengan foil semasa mengukus untuk elakkan wap air masuk kedlam adunan.
4. Ankat. Sejukkan. Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment