Lazada

Showing posts with label Western. Show all posts
Showing posts with label Western. Show all posts

Friday, October 16, 2015

Roti John

Assalamualaikum…

Ni nak habiskan stok daging korban. Dah hampir nak habis dah pun 2kg daging yang kitaorang dapat.. 1st time selama 6 tahun kawin ni berjaya habiskan.. Kalau tak, sampai tahun depan pon tak abis…

Cara yang suami aku buat ni rasa macam praktikal sangat. Memang boleh save duit belanja dapur.. Di samping try macam-macam resepi baru… Mr husband potong siap-siap daging ni, pastu packkan dalam plastic kecik, anggaran sekali masak. Pastu simpan dalam freezer. Setiap malam, 1 bungkus dia angkat letak siap-siap kat chiller supaya balik kerja tu bila nak masak daging tu dah lembut.. So, menyenangkan kerja aku jugaklah kan… Sebab part siang daging ni aku failed.. Kematu jadinya daging tu aku potong ikut suka melintang menegak membujur lalu melintang patah gigi..

Jadi, part daging dah siap.. Part bahan-bahan seterusnya. Kalau tak nak guna daging segar pon boleh, guna daging kisar atau daging burger pon sedap jugak..


Bahan-bahan
200gm daging segar, dicincang
½ labu bawang  Holland, dicincang halus
2 biji bawang putih dicincang halu
2cm halia, ditumbuk (kalau masak ayam/daging memang kena isi halia untuk hilangkan bau hamis dia)
1 bungkus serbuk kari (aku guna kari daging Baba’s)
1 kiub ayam
2 biji telur
Mayonis
Sos cili
Salad/tomato/timun
Roti sosej secukupnya

Cara-caranya:-
1. Dalam kuali, panaskan minyak. Tumis bawang Holland, halia dan bawang putih sehingga wangi dan garing.
2. Masukkan serbuk kari. Tumis sampai rempah masak.
3. Masukkan daging. Masak sampai daging empuk. Perasakan dengan garam dan kiub ayam. Sejukkan inti dahulu.
3. Dalam mangkuk lain, pecahkan telur.  Masukkan 1 sudu besar inti dalam telur tadi. Kacau rata. Tuang dalam kuali. Tekapkan roti. Bila telur dah masak. Angkat
4. Hiaskan dengan sayur salad, tomato dan timun.
5. Picitkan sos cili dan tomato. Kalau suka boleh taburkan serbuk lada hitam.. Pastu boleh ngappp..








Spagetti Lasagna


Assalamualaikum…

Request dari cik abang yang nak makan western..  Korek-korek dalam peti ais, terserempak dengan saudara mara cheese kat dalam tu.. Dorang wat reunion ke hape ntah… Ada cream cheese, cheddar dengan mozzarella. ‘Ok, bolehla ni, pas ni kalo nak wat lasagna…’ Getus hati kecilku (haha)

Pastu aku pun kuarkan daging cincang, sos prego dengan lada capsicum untuk wat inti dia… Dah siap masak semua, gali pulak dalam cabinet, nak amik kulit lasagna.. Tak jumpa!! Macaroni pon yelekkk..! Yang ada hanya spaghetti.. ‘Cane ni? Inti dah siap seme.. Takkan nak masak nasi pulak kot? Malas betul la.. nasi kena wat lauk pulak (tengok, isteri mithali punya perhitungan) ‘Aah, hentam jela guna spaghetti ni. Masuk perut pon hancur lumat jugak’.. 

Last-last, jadilah spageti lasagna ni.. Padan muka aku. Amalkanlah selalu wat keje macam pak pandir ni ye.. Nasib baik ada spaghetti.. kalo tak, memang malam tu berjemaah la kami laki bini makan maggi..

Aku macam segan je nak bagi resepi kat orang sebab kejadian di sebalik lasagna ni dah bocor.. (-___-) 










Friday, February 7, 2014

Simple chicken salad

Assalamualaikum..

Wohhh lama giless aku mengabaikan blog ni... Rasanya belum terlambat kott (??) nak ucapkan selamat tahun baru buat semua yang sudi singgah blog ni... Semenjak pindah ofis baru ni tak sempat nak update lagi....

Hari ni DDM nak share satu resepi yang simple je.. Asalnya ni resepi campak-campak dari suami... Ada suatu hari tu, pada waktu malam... Bila si isterinya sibuk sangat menjahit baju... Si suami rasa lapar dan dia masuk ke dapur, masak sendiri... Malas gamaknya nak bising-bising...Sedar-sedar je bila dah masak & siap... Bila dah masak barulah si isteri sedar dia pon lapar jugak pastu dengan muka tak malu tumpang sekaki...






OK ni resepinya... 

1/2 biji cili benggala- dipotong saiz senang dimakan, saya guna warna merah dan kuning
1 biji tomato - dipotong kecil
2 keping daging burger ayam extra crispy - digoreng dan dipotong kecil
1 keping roti putih - dipotong kiub dan digoreng sehingga garing
2-3 helai daun salad- dibersihkan dan dipotong saiz kecil
3-4 sudu besar mayonis
1-2 sudu besar sos cili -
serbuk lada sulah - secukup rasa

Cara:-
1. Dalam mangkuk, masukkan roti dan daging ayam yang telah dipotong, cili benggala, tomato dan daun salad.
2. Tambahkan mayonis, sos cili dan lada sulah. Gaul sebati.
3. Siap untuk dimakan. Yummmy...





Salad ni sesuai jugak untuk yang nak diet. Cuma tukar sikit beberapa bahannya. 
1. Roti yang digoreng tu tak payah isi.
2. Daging burger goreng boleh ditukar ke dada ayam yang dipangggang atau direbus.
3. Mayonis boleh digantikan dengan isi putih telur rebus yang dilecek + minyak zaitun.

Thursday, November 29, 2012

Fish N Chips

Bila malas masak nasi.. Beli fillet ikan frozen, beli kentang fozen...Tambah nuget ayam.... Goreng...

Isi sos cili dengan mayonis sikit.. Potong lemon sebiji....  Dah pun siap.. Jemput makan semua...



Saturday, November 24, 2012

Lamb Chop

Kadang-kadang asik makan benda yang sama pon jemu juga. Dapat idea lepas tengok ANA SUZANA yang suka masak macam-macam despite life dia yang hectic tu..

Bakar dalam loyang cover dgn aluminium foil



Jemput makan..
Bahan-bahan untuk perap:-
Kepingan kambing bahagian bahu-beli kat giant/yg sewaktu dengannya

1 labu bawang holland-ditumbuk halus
2 ulas bawang putih-ditumbuk halus
2-3 sudu sos blackpepper Life
2-3 sudu sos BBQ Life
2-3 sudu kicap manis-nak bagi hitam sket
minyak zaitun
mixed herbs/oregano/basil-1 sudu kecil
**Kesemua bahan diatas diperap selama 1-2 jam. Kalo lagi lama perap lagi sedap. Bakar dalam ketuhar suhu 180 darjah celcius sehingga masak. Perlu sentiasa balik-balikkan daging untukpastikan dia masak. Kalo nak masak dalam pan pon boleh. Guna non stick pan.



Bahan-bahan untuk sos:
1 labu bawang holland-didadu kecil
2 ulas bawang putih-dicincang halu
2-3 sudu sos blackpepper Life
2-3 sudu sos BBQ Life
2-3 sudu kicap manis-nak bagi hitam sket
minyak zaitun untuk tumis

Cara-caranya:-
1. Tumiskan bawang holland & bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan sos BBQ, sos blacpepper dan kicap.
3. Masak sehingga agak pekat. Rasakan jika perlu tambah garam


Roasted potato & babycarrot
3 biji ubi kentang-dibuang kulit dan dibersihkan. Potong baji 6 setiap biji
1/2 peket baby carrot
minyak zaitun
garam dan lada hitam secukup rasa
mixed herbs

Cara:-
1. Gaul semua bahan di atas. Bakar di dalam ketuhar bersama daging.

Untuk coleslaw:-
Salad-saya campur ungu+hijau
2-3 besar mayonis/coleslow dressing
garam+blackpepper secukup rasa
1 sudu olive oil
jus dari sebiji lemon

Cara:-
1. Gaulkan mayonis+minyak zaitun+olive oil sehingga sebati.
2. Perasakan dengan garam dan lada hitam
3. Gaulkan sebati dengan salad
4 Hidangkan dengan daging dan salad kentang.

Monday, December 5, 2011

Spagetti With Homemade Meatball

Ni sepatutnya cerita  raya haji lepas.. Tapi selepas di kiv beberapa kali, dah masuk Muharram 1434H barulah teringat nak masukkan.  Sebab masa tu kan ari-ari makan lauk berunsurkan daging.. Supaya rasa tak boring sangat, nak try feeling2 omputih la sket kununnyer...  Saya ni sebenarnya jenis tak suka makan masakan sendiri.. Masak suka, tapi lepas tu paksa-paksa orang makan.. Selalunya suami  le jadi mangsa.. Kalo masak banyak sangat, akan kurier pulak ke rumah mak atau bawak ke ofis.... Tapi, meatball ni rasa sedap pulakkkk... Tak sempat nak hantar ke rumah mak/ atau bawak ke ofis.. Hihihihi.... Sendiri masak sendiri puji yew... Maafla, saya tak bermaksud untuk boasting kat sini... Jom, kita tengok resepi...


Bahan-bahan:-
1 paket spagetti-masak ikut arahan pada pembungkusannya (Saya masak 1/2 paket sahaja)
300-400gm daging - ditumbuk/dicincang/mesin halus
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 biji kuning telur
1 sudu serbuk roti (kalo takde pon takpe)
1/2 sudu besar lada hitam
1 tangkai daun sup
1 sudu besar bawang goreng
garam secukup rasa

Untuk kuah spagetti
1 tin tomato puree- 
sedikit serbuk oregano dan thyme


1.  Rebus spagetti ikut arahan pada pembungkusannya.


2. Gaulkan semua bahan-bahan di atas kecuali telur


3. Gaulkan dengan kuning telur.


4. Bulat-bulatkan bentuk bebola.


5. Salutkan dalam bread crumbs. Goreng atas api sehingga masak.

Untuk kuah spagetti, tumiskan 1 biji bawang holland bersama 2 ulas bawang putih. Masukkan tomato puree. Tambahkan serbuk oregano dan thyme. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam. Kalau mahu senang, gunakan sos spagetti ready made. Masukkan bebola daging yang digoreng tadi.

Dah siap.!!! Jemput makan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...