Lazada

Showing posts with label Apam. Show all posts
Showing posts with label Apam. Show all posts

Wednesday, December 21, 2016

Apam Polkadot

Assalamualaikum wbt...

Aktiviti bersama anak-anak.. Musim cuti sekolah ni, Aisyah bosan dok rumah, jadi dia pon ajak mama membaking... 




Comel tak apam yang kami buat????? 






Resepi aku amik kat facebook. Tq tuan punya resepi ni...





Adik nak buat jugak... Sabo jela... T______T









Putar lagi kakak..








Pipingkan comel-comel ye kakak..





Yeayy!! dah siap... Puas hati sangat tu tengok hasil kerja dia...  Mektok ni dia suka buat kuih je.. Makannya idokk.. maknyalah tukang perabih..


Monday, July 30, 2012

Apam Belang

Sumber: Kak Ita


APAM BELANG
by: Shamama
sumber : Ucu Faridah

4 biji telur 
2 sudu teh ovellet 
1 sudu teh esen vanila 
300 gm tepung gandum 
220 gm gula halus 
250 ml santan kara (shamam guna 200ml santan kotak + lagi 50ml air) 
1 sudu teh baking powder 
pewarna

Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.
Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak. (Scoop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis)


Gambar dari blog Kak Azlita


Monday, December 5, 2011

..Apam Polkadot..

Masih lagi kisah berkenaan raya Aidiladha baru-baru ni... Banyak sangat entry tertunggak... Arini kena buat full settlement...Hehehe....
Resepi ni dapat dari SINI. Tengok ramai yang try, jadi saya tidak mahu ketinggalan ler...





Dengan rajinnya saya copy paste semula resepi ni. Thanks to penyumbang resepi, Sheely di myresepi.


Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
  • pewarna

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan kecuali filling ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
  3. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
  4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja.
  5. Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan.
  6. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. Last sekali dot-dotkan dengan warna pilihan, kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...