Lazada

Showing posts with label Kudapan. Show all posts
Showing posts with label Kudapan. Show all posts

Thursday, October 23, 2014

Jeruk Pelam Asam Boi

Assalamualaikum wbt...

Dulu tak pernah suka makan jeruk pelam. Kalau yang orang buat pastu hulur kat kita, makanlah jugak nak ambik hati. Tapi kalau nak mencari sampai meleleh air liur tu, memang taklah...

Tapi, itulah penangan media sosial. Benda-benda yang kita tak minat pun, kalau dah setiap hari keluar kat skrin telefon dengan komputer, terpengaruh jugak akhirnya nak mencuba.

Lebih-lebih lagi bila jenguk blog favourite, Ana Suzana, pon ada share jugak cara-cara buat jeruk pelam ni.. Lagilah semangat berkobar-kobar nak buat.

Bahan-bahan dia memang simple sangat. Kebetulan buah mangga muda yang saya guna ni jenis yang lemak-lemak, tak berapa masamlah. Jadi saya tak rendam dalam air garam dulu. Terus je gaul sekali semua bahan-bahannya sekali harung.

Ada yang nak buat tak?? Senang sangat tau...

Bahan-bahan:
Buah mangga muda/mempelam dikupas kulit, dihiris kecil
Sedikit garam
Gula secukup rasa (nak bagi hilang rasa masam mangga)
Cili padi-dipotong (ikut suka nak banyak mana)
Asam boi kalau suka

 
 


Ok, mula-mula mangga ni dikupas kulit





Kemudian, dihiris nipis-nipis. Campurkan semua bahan, garam, gula, cili padi potong dan asam boi.












Hasilnya, dapat sebalang je.. Cukuplah sekadar nak merasa. Jangan lupa cuba tau...

Monday, June 23, 2014

Popia Nestum



Assalamualaikum wbt.... 

Buat popia nestum ni masa wedding adik bulan lepas. Untuk diisi dalam goodies bag... Senang giler wooo... Resepi dapat dari blog Kak Ina KL disini.

Izinkan saya menyalinnya semula di sini ye.. Tuan punya resepi..


Bahan-bahan


1 pack besar popia
1/2 cawan horlicks -kalau tak ada boleh guna susu tepung
1/2 cawan gula halus - kisar
1 cawan nestum - kisar halus 

1 sudu makan susu tepung nespray (optional)
Lidi satay utk menggulung -akak guna chopstick
Minyak utk menggoreng
Telur sebagai bahan pelekat-akak guna tepung gandum yang dicampur dgn sedikit air.
 


Cara membuatnya


 
Sediakan kulit popia. 


1. Gulung popia gunakan chopstick



2. Gulung hingga habis, tinggalkan dlm 1-2cm untuk gamkan campuran tepung.

3. Buat hingga habis satu peket popia. 

4. Sementara itu tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab supaya tidak kering jika tidak susah nak gunting. 
  


5. Kemudian potong serong jarak 1-2cm.  


 
Gula dan nestum diblend sehingga halus. Campurkan dengan horlicks.

 
Saya gaulkan dalam bekas ni je.. Senang.. Tutup penutup. 
Goncangkan.. Dah siap.

 
6. Goreng dengan api perlahan/kecil.  

 7. Angkat dan toskan minyak.



 

  8. Sira/tabur dgn horlicks, gula, susu tepung & nestum kisar.
  
9. Gaul hingga rata.


 
Tips
1. Untuk menyalut popia dengan Horlicks, selepas digoreng, sejat minyak pada popia terlebih dahulu dengan menggunakan kitchen towel. Apabila agak-agak dah sejat, letakkan dalam bekas besar dan masukkan gula dgn horlicks ke dalam bekas tersebut. Kemudian gaul rata campuran tersebut dengan popia tadi.

2. Biarkan ia sejuk dahulu sebelum mencampurkan dengan bahan-bahan campuran. Jika tidak campuran akan cair dan berlengas.

3. Supaya kuih ini boleh bertahan lama, simpan ia di dalam bekas kedap udara


Senang kan?? Selamat mencuba...

 

Thursday, April 18, 2013

Murtabak Megi

Assalamualaikum wbt....

Ini menu dinner kami semalam.. Suami balik dari kerja sebelum sampai umah, pergi singgah makan roti canai dulu kat warung area umah kami tu..... Jadinya tak berapa lapar sangat malam tu.... Mama pon malas nak masak berat-berat sebab dah makan nasi kat umah mak odw amik Aisyah.... Buntu tak tau nak masak apa, last-last, suggest kat dia, 'kita makan murtabak megi nak?' .. Suami on je cepat-cepat gi dapur.... Resepi ni saya amik kat blog Ana Suzana.. Boleh tengok sini kalau nak tengok versi yang lebih senonoh.. hihi...

Saya copy n paste semula resepi dia kat sini ye Kak Ana..


Bahan2 yg di perlukan (utk 4 org mkn) :

~ 2 bungkus megi kari @ apa2 je kesukaan korang - saya guna 1 paket je
~ 3 bijik telor ( nak lebihkan sebijik pun boleh sbb lg best ) - saya guna 2 biji
~ bawang besar yg di hiris nipis ( kalau tak suka takyah taruk ) - guna 1/2 biji bawang holland
~ daun bawang dan apa2 daun le yg korang rasa nak taruk - ni terlupa nak isi
~ cili api di hiris2 kalo nak pedas.. kalau taknak takyah taruk.. - tak isi takut pedas sangat

Cara-caranya pulak :

~ korang celur megi tu sampai kembang.. pastu toskan.. ketepikan sebentar..
~ dlm mangkuk besar, sila masukkan telor, perencah megi kari (saya guna 3/4 je paket perencah tu), hirisan bwg, hirisan daun bwg, cili api dan apa2 jelah yg korang nak taruk.. kacau2 bg sebati..
~ pastu baru masukkan megi yg di toskan td ke dalam mangkuk berisi telor tu.. gaul rata..
~ masak atas frying pan dgn minyak yg sedikit je.. aku guna satu sudu besar butter je..
 Dah siap bolehla diangkat. Dan dimakan.. Nyum nyum...


Tadaaa..
.
.
.


Dah siap murtabak sempoi saya.. Jemput makan..
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Saturday, December 8, 2012

Cucur Udang Nani Rostam

Assalamualaikum...

Sarapan apa anda hari ni..? Pagi ni saya masak cucur/ jemput-jemput je.. Plan nak kuar beli barang-barang umah tapi perut dah mencerik-cerik minta diisi.. Terpaksala alas perut dulu.. Goreng cekodok resepi dari blog nanirostam. Tapi saya ada ejas sikit..








Resepi Cucur Udang Nanirostam......

200 gram tepung gandum- saya guna 1 1/2 cawan tepung gandum
320ml air -saya guna 3/4 cwn air
5 ekor udang besar (buang kulit dan potong kecil-kecil)
1 biji bawang merah besar
1 biji cili merah/hijau
1 biji cili padi
sedikit daun sup
garam dan serbuk perasa secukup rasa
secubit (sangat sedikit) soda bikarbonat/kalau tak mahu pun ok.- saya guna 1/8 sudu teh soda bicarbonat
1 biji telur

Cara-cara:-

1. Tuang air kedalam tepung sedikit demi sedikit agar bancuhan tidak berketul.Masukkkan telur. Masukkan bawang, cili merah/padi, daun sup dan udang yang telah di hiris. Masukkan soda, garam dan serbuk perasa. Gaul rata.

2. Panaskan minyak agak banyak, masukkan bancuhan tadi dengan menggunakan sudu makan.Goreng hingga masak kekuningan

3. Tadaaaa.....boleh di hias, hidang dan makannn....

Selamat mencuba, dan selamat berhujung minggu semua..





Pie Tee

Assalamualaikum...

Buat pie tee ni konon-konon nak bawak ke ofis, sebab semalam(jumaat) ada potluck. Plan nak buat pie tee dengan tepung pelita. Dah siap tebang daun pisang kat dapur dan layurkan. Tapi malang, saya budak baru belajar, time nak melipat tu, daun asyik pecah je padahal dah layur atas api. Sebab dah lewat malam, terus malas nak buat kuih tu.. Haha dasar..

Pastu taknak buang masa, terus godeh adunan nak buat pie tee. Tapi masa buat ni pun tersekat-sekat. Aisyah demam, jadinya dia asyik merengek jela... (hurm padahal kalo tak demam pon gitu jugak peelnya, nak menangis aje manjang)... Goreng 2 - 3 ketul, menangis.. Masuk bilik jap tidurkan dia... Anak dah tidur, pegi dapur... Goreng lagi, menangis lagi.. 2-3 kali berulang dapur-bilik-dapur, last-last, mama yang nangesss.. T___T
Bila dah diuji banyak kali cenggitu, malas dah la nak teruskan.. Haha see, malas lagi.. Simpan balance adunan dalam peti ais, tutup lampu kipas semua, masuk tido. Esok paginya saya masuk pejabat bawak badan je hehe, takpela kot, skip sekali.

Balik keje petang tu baru dapat habiskan adunan. Memang puas hati makan. Suka dengan kulit dia. Sangat rangup. Suami pon cakap yang ni jauh lebih sedap dari yang dekat the chicken rice shop tu.. Buat sendiri memang puas hati makan. Ok kawan-kawan, jom kita masak pie tee hari ni.. :-)

 




 



 

 Resepi dapat dari sini
Resepi:Waterlily@waterlily in da kitchen
Sumber:KakNor@secubitgaramnor67.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan - Bahan :
7 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam
200ml air.
sedikit pewarna kuning-jika suka
(saya tak isi pon)

Cara membuat Kulit Pai Tee:
1. Campurkan kesemua tepung dan telur - gaul rata2.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga habis sambil di kacau sebati.
3. Masukkan garam secukup rasa.


 

  
4. Panaskan minyak - cukup untuk deep fry. Panaskan sekali acuan pai tee di dalam minyak tadi.

5. Setelah minyak panas, keluarkan acuan tadi (make sure tak ada lebihan minyak di acuan tadi) dan masukkan sebentar kedalam adunan tepung (sampai tahap 3/4 acuan pai tee).
6. Angkat acuan pai tee yang bersalut adunan tepung dan masukkan ke dalam minyak panas tadi. The trick is - apabila menggoreng, jangan rendam keseluruhan acuan tetapi hendaklah minyak di tahap lebih RENDAH dari salutan tepung tadi. This way, the batter akan dengan sendirinya terbentuk seperti kelopak bunga dan akan tanggal dari acuan.

 


7. Goreng pai tee sehingga kekuningan atau keperangan - angkat dan toskan.

Untuk inti saya guna resepi mat gebu:
BAHAN-BAHAN INTI :-)
1 cawan parutan sengkuang
1 cawan parutan lobak merah
3/4 cawan isi udang, dicincang halus
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang halus
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN LAIN :-)
Sos cili untuk dimakan bersama
Hirisan daun sup untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

Cara Membuat Inti:
UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang besar hingga harum, masukkan isi udang cincang tadi, kacau rata. Tambah sengkuang dan lobak merah. Kacau hingga rata. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga layu dan sedikit kering. Angkat dan sejukkan.

UNTUK PIE TEE :- Ambil satu mangkuk pie tee tadi, sudukan inti hingga penuh. Letak sedikit hirisan daun sup dan bawang goreng. Tuang sedikit sos cili dan sedia untuk dimakan. Hidangkan segera

Selamat mencuba!!!

TIPS PENTING:

1. Minyak hendaklah dipanaskan di atas api yang sederhana.
2. Adunan hendaklah selalu dikacau bagi mengelakkan 'mendapan' tepung.
3. Acuan yang dikeluarkan dari minyak panas hendaklah di letakkan di atas tissue sebentar untuk memastikan bahagian bawah acuan tidak berminyak.
4. Jangan putus asa kalau kulit pai tee tidak menjadi untuk beberapa gorengan pertama, lebih lebih lagi kepada sesiapa yang baru mencuba, kerana ia biasa berlaku apabila menggunakan acuan baru.

NOTA TAMBAHAN:
Pastikan gunakan minyak yang banyak,cukup untuk deep fry. Kalau taknak guna minyak yang banyak,sila laa guna kuali bersaiz kecil ye.
Sila tukar bekas yang lebih kecil apabila adunan sudah semakin sedikit untuk memastikan kulit pai tee masih boleh dibentuk menggunakan acuan.

Jadi buat penggemar pai tee nih,boleh laa buat sendiri lepas ni yer..boleh makan puas2 dan bila2 masa.. kulitnya tu boleh dibuat lebih awal dan simpan dalam bekas kedap udara..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...