Lazada

Showing posts with label Pastri. Show all posts
Showing posts with label Pastri. Show all posts

Monday, December 12, 2011

Popia Sardin

Memandangkan sekarang ni musim hujan, perut pon sentiasa je rasa lapar dan minta diisi...  Otak pon ligat asik fikir nak makan ajer...  Ni adalah hidangan minum petang semalam... Kebetulan masa kemas-kemas pantry, jumpa 1 tin sardin yang belum dibuka... Tengok tarikh expired lambat lagi, tapi kat umah ni nak tunggu masak untuk makan dengan nasi, entah bila baru buta.. 


Bahan-bahannya:-
10 keping kulit popia yang besar, dipotong 2 (kalo guna kulit popia yang kecik, gunakan 20 atau bergantung kepada banyaknya inti yang digunakan)
1 tin sardin
4 ulas bawang merah-dihiris
2 ulas bawang putih-dihiris
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa




Cara-caranya:-
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan sardin. Hancur-hancurkan. Jika suka, masukkan sos sardin sekali. Tambahkan asam jawa.
3. Masak sehingga agak kering. Angkat dan sejukkan.




1. Potong kulit popia kepada 2 bahagian. Pastikan sediakan tuala lembap untuk pastikan kulit popia tidak kering.
2. Isikan inti sardin.


3. Lipat 2 sehingga membentuk seperti di atas.

4. Gamkan dengan banchan tepung dan air.

5. Versi gulung.

6. Siap digoreng.

Monday, December 5, 2011

Pizza

Resepi ni dapat kat blog kak Eynda... Selepas ditapis-tapis, nila yang paling senang dibuat mama Aisyah nak compare beratus-ratus resepi kat internet ni...  Considering my daughter ni akan melalak tanpa diduga... Jadi toksah le cuba-cube cari pasal tunjuk terror nak godeh resepi yang pelik-pelik...


Saya copy and paste aje resepinya...






Untuk doh pizza:-


Bahan:
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar butter
1 sudu besar gula
1 peket Mau-ripan (instant yeast)
1 cawan air suam

Untuk topping:-
1 botol sos Preego
1 biji capsicum
1 biji bawang holland-dipotong kecil
3 biji sosej
keju untuk ditabur-mozarella atau cheddar

Cara:
1) Masukkan 3 cawan tepung, 2 sudu besar butter di dlm bekas uli.
2) Masukkan sepeket Mau-ripan, satu sudu besar gula di dlm secawan air suam, kacau sebati.
3) Masukkan air yg dikacau tadi ke dlm adunan tepung, gaul/uli hingga menjadi doh.
4) Biarkan lebih kurang 15 minit utk doh tu mengembang.
5) Bila doh sudah mengembang, bahagikan kepada beberapa doh kecil (kalau nak nipis bahagi 3. Kalau nak tebal skit bahagi 2) ~ Ukuran size regular pizza.
6) Ratakan doh di dlm pizza pan...(sapu pan dgn sedikit butter) letak bahan2 topping di atas doh...ikut citarasa masing2.
7) Bakar hingga masak guna guna api atas bawah 190c selama 20 minit).
8) Siap laaa...boleh makan... :-)

Thursday, November 10, 2011

Cream Puff

Resepi ni dikutip di blog mat gebu....  Macam bese mana-mana masakan dia yang nampak bes, kena try kalo tak rasa macam loser.... Mana boley pempuan yang dah kawen kalah memasak dengan orang bujang...Huhuhu..... Saya copy n paste semula resepinya... Untuk resepi asal, buleh rujuk di SINI.


BAHAN CREAM PUFF :-)
50 gram mentega
125 ml air
1/3 camca teh garam
75 gram tepung gandum, diayak
1 biji telur + 1 kuning telur, dikacau sebati
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN CUSTARD CREAM :-)
1 kuning telur
150 ml whipping cream
1 1/4 camca besar tepung custard
25 gram gula halus
1 camca besar parutan keju cheddar
1/2 camca teh esen vanilla



CARA MEMBUATNYA :-)







Sediakan krim kastard dulu. Wrap dengan plastic wrap supaya dia tak berkepala.





  1. UNTUK KRIM KASTARD :- Satukan semua bahan2 untuk custard cream, kecuali keju, kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga panas. Masukkan keju dan terus mengacau hingga bancuhan menjadi pekat. Bila whisk diangkat, adunan jatuh bertali. Alih custard dalam bekas dan tutup dengan plastik cling, tujuan untuk mengelakkan custard tadi ber"kepala" (atau permukaannya menjadi keras). Ketepikan.




  1. UNTUK CREAM PUFF :- Satukan air dan mentega, jerang hingga mentega cair. 



  1. Masukkan garam dan juga tepung tadi, kacau dengan senduk kayu sehingga adunan menjadi bancuhan kental yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan. 

  1. Matikan api, alih adunan ke dalam mangkuk pemutar. Bila adunan suam, putar pada kelajuan sederhana, masukkan telur + kuning telur dan esen vanilla. Putar hingga sebati. 



  1. Alih kan bancuhan ke dalam beg piping yang dipasang muncung bintang. Paipkan bentuk rosset berdiameter 2 inci atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega Buat hingga siap.






  1. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selamat 25 minit, bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan, kemudian belah, isi ruang dalam cream puff dengan custard cream tadi, ayak sedikit gula aising sebagai penyeri...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...