Lazada

Showing posts with label Pau. Show all posts
Showing posts with label Pau. Show all posts

Saturday, May 16, 2015

Pau Ayam Gebu

Assalamualaikum...

Pagi tadi terjaga kul 4.00.. Masa aku bangun, Aisyah pun dah terjaga jugak.. Terus dia minta susu.. Bila dah bangun tu, nak tido balik memang susah.. Pusing kiri, tak kena, pusing kanan tak lena.. Last-last aku ajak dia tengok tv kat luar.. Pastu aku ke dapur.. Mikir nak masak apa... Tengok dalam peti ais banyak lagi stok ayam tak berabis.. Tinggg!! Idea datang suh wat pau...

Google punya google resepi, aku tertarik dengan pau kat blog www.sumarz.com ni.. Sebab sukatan dia sikit je.. Pastu dia guna sukatan cawan dan dalam gram.. Senang la kan kalo xde kitchen scale boleh guna sukatan cawan/sudu..
Cari bahan-bahan nasib baik semua ada... Untuk inti dia aku wat 2 jenis. Satu kari ayam kentang. Satu lagi inti kaya untuk Aisyah.. Aku guna kaya yang high 5 tu je senang kije... So aku copy balik resepi ni...

Pau Lembut
Resepi : Kak Ton@myResepi.com
Sumber : Tun - Life is a constant battle
Sumber : mas

Bahan-bahan :
250g @ 2 1/2 cawan tepung pau - diayak ( pakai tepung gandum pun boleh )- aku guna tepung hong kong balance wat kek lapis aritu
3g @ 3/4 sudu teh - yis kering
2g @ 1/2 sudu teh - baking powder
50g @ 4 sudu makan - gula castor
 20g @ 1 sudu makan - lemak sayuran ( shortening )
2g @ 1 sudu teh - bread softener - tak letak
1/2 cawan air suam

Cara :
Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat @ licin

Jika menggunakan Bread Maker :
Masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.

Nota :
Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam.

Bahagikan doh kepada 10 bahagian.Masukkan inti dan tutup kemas.Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.Untuk inti :
bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.

Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.Untuk mengukus :
Didihkan air didalam periuk pengukus. 
Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. 
Kukus pau selama 10 minit.

Tips :
Air perlu lah betul2 panas @ mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.Bagi megelakkan pau anda mengerutu dan kemek..mengukus pau cuma 5 - 6 minit sahaja dan apabila masak, angkat bahagian kukusan yang ada pau dengan penutupnya sekali kebawah, barulah buka penutupnya. Apabila penutupnya di buka semasa pau masih di kukusan, wap akan masuk maka pau anda yang sedang mengembang, terkejut, lalu kemek dan mengerutu..

Inti ayam:

3-4 ketul dada ayam, dipotong dadu halus
3 biji kentang dipotong dadu
1/2 biji bawang besar, didadu
1cm halia ditumbuk halus
2 biji bawang putih diketuk
1/2 paket serbuk kari daging
2 sb sos tiram
Garam gula secukup rasa

Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia.sampai naik bau. Masukkan rempah kari. Biar garing sikit.

2. Masukkan ayam dan kentang. Masukkan air sikit. Biar sampai ayam dan kentang empuk dan air kering. Masukkan perasa.

3. Biarkan sejuk sebelum dibuat inti.

Sunday, November 25, 2012

Pau Ayam

Assalamualaikum wbt..

Masa zaman saya kecik-kecik dulu, ada penjual pau naik motor jual pau di kawasan kampung kami... Setiap petang dia akan datang pusing-pusing di sekitar rumah kami membunyikan hon motornya... Berlari-lari kami mengejar takut terlepas... Padahal memang dia akan berhenti punya....  Paunya sangat lembut dan sedap... Kegemaran saya pau daging yang berisi telur rebus... Kakak saya pula lebih suka pau kacang... Makan panas-panas memang sedap... Sambil-sambil main kejar-kejar/rounders/batu seremban/police sentre...  Ahh memori lalu yang menggamit kenangan.. Tapi lepas tu dapat tau pau tu orang cina  yang buat.. Cuma tukang jualnya melayu.. Sejauh mana kebenarannya wallahua'alam... 

Sekarang ni kalau nak makan pau yang lembut, sedap dan konfiden sikit nak makan sebab orang melayu yang buat dah tak susah.. Kat pasar malam pon dah ada ramai yang menjual.. Cuma harga tak dapatla macam dulu-dulu ye tak.. Kalau nak murah-murah silala buat sendiri... 

Nak cuba buat?? Ok, kali ni nak kongsi resepi pau ayam yang saya dah cuba buat, resepinya dari blog otai masak-masak, en mat gebu. Untuk lihat versi beliau, boleh klik di sini.






BAHAN-BAHAN INTI :-)
2 biji kentang saiz sederhana, kupas dan dadu kecil, rebus hingga empuk dan toskan
1 cawan isi ayam yang dipotong kecil
1 camca besar penuh rempah kari daging
1/2 camca besar rempah kurma
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk lumat)
Garam dan gula secukup rasa
1 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

BAHAN DOH PAU :-)
500 gram tepung pau (boleh beli dipasaraya dan kedai2 runcit)
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan air
6 gram instant yeast

CARA MEMBUATNYA :-)


  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, daun kari, kayu manis, bungalawang, bawang putih + halia hingga harum. Masukkan rempah kari + rempah kurma, kacau dan tuang air. Masukkan ayam dan kacau. Tambah kentang, gaul rata. Biar mendidih dengan api kecil.Bila inti pekat, tambah gara, secukup rasa dan secubit gula. Kacau hingga rata dan kering, masukkan hirisan daun bawang, gaul rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan.
  2. UNTUK DOH :- Satukan gula dengan air, kacau hingga gula larut. Masukkan yeast dalam tepung, gaul rata. Tuang minyak dan gaul hingga sebati. Tuang bancuhan air + gula tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga mendapat doh yang tidak melekat dimangkuk. Keluarkan doh, tabur sedikit tepung dan uli 10 - 15 minit hingga mendapat doh yang kenyal. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan ON. Selepas 30 minit, boleh keluarkan doh dari breadmaker.
  3. UNTUK PAU GEBU MONTOK TEMBAM :- Keluarkan doh, bagi doh pada beberapa bahagian yang setiap satu beratnya kurang lebih 65 gram, bulat2kan. Ambil ia bahagian, leperkan dan isi dengan 1 camca besar inti, tutup kemas dan bulat2kan. Letak atas kertas pau atau paper cup saiz besar. Buat kaedah sama pada baki adunan. Biar naik selama 30 - 40 minit. Kukus selama 10 - 15 minit dengan api besar. Sejukkan sebentar sebelum dihidangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...