Lazada

Saturday, May 16, 2015

Pau Ayam Gebu

Assalamualaikum...

Pagi tadi terjaga kul 4.00.. Masa aku bangun, Aisyah pun dah terjaga jugak.. Terus dia minta susu.. Bila dah bangun tu, nak tido balik memang susah.. Pusing kiri, tak kena, pusing kanan tak lena.. Last-last aku ajak dia tengok tv kat luar.. Pastu aku ke dapur.. Mikir nak masak apa... Tengok dalam peti ais banyak lagi stok ayam tak berabis.. Tinggg!! Idea datang suh wat pau...

Google punya google resepi, aku tertarik dengan pau kat blog www.sumarz.com ni.. Sebab sukatan dia sikit je.. Pastu dia guna sukatan cawan dan dalam gram.. Senang la kan kalo xde kitchen scale boleh guna sukatan cawan/sudu..
Cari bahan-bahan nasib baik semua ada... Untuk inti dia aku wat 2 jenis. Satu kari ayam kentang. Satu lagi inti kaya untuk Aisyah.. Aku guna kaya yang high 5 tu je senang kije... So aku copy balik resepi ni...

Pau Lembut
Resepi : Kak Ton@myResepi.com
Sumber : Tun - Life is a constant battle
Sumber : mas

Bahan-bahan :
250g @ 2 1/2 cawan tepung pau - diayak ( pakai tepung gandum pun boleh )- aku guna tepung hong kong balance wat kek lapis aritu
3g @ 3/4 sudu teh - yis kering
2g @ 1/2 sudu teh - baking powder
50g @ 4 sudu makan - gula castor
 20g @ 1 sudu makan - lemak sayuran ( shortening )
2g @ 1 sudu teh - bread softener - tak letak
1/2 cawan air suam

Cara :
Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat @ licin

Jika menggunakan Bread Maker :
Masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.

Nota :
Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam.

Bahagikan doh kepada 10 bahagian.Masukkan inti dan tutup kemas.Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.Untuk inti :
bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.

Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.Untuk mengukus :
Didihkan air didalam periuk pengukus. 
Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. 
Kukus pau selama 10 minit.

Tips :
Air perlu lah betul2 panas @ mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.Bagi megelakkan pau anda mengerutu dan kemek..mengukus pau cuma 5 - 6 minit sahaja dan apabila masak, angkat bahagian kukusan yang ada pau dengan penutupnya sekali kebawah, barulah buka penutupnya. Apabila penutupnya di buka semasa pau masih di kukusan, wap akan masuk maka pau anda yang sedang mengembang, terkejut, lalu kemek dan mengerutu..

Inti ayam:

3-4 ketul dada ayam, dipotong dadu halus
3 biji kentang dipotong dadu
1/2 biji bawang besar, didadu
1cm halia ditumbuk halus
2 biji bawang putih diketuk
1/2 paket serbuk kari daging
2 sb sos tiram
Garam gula secukup rasa

Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia.sampai naik bau. Masukkan rempah kari. Biar garing sikit.

2. Masukkan ayam dan kentang. Masukkan air sikit. Biar sampai ayam dan kentang empuk dan air kering. Masukkan perasa.

3. Biarkan sejuk sebelum dibuat inti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...