Lazada

Monday, June 1, 2015

Cuti panjang bermula

Assalamualaikum...
Yeayy akhirnya cuti panjangku dah bermula... Termasuklah cuti memasak... Lambat lagilah nak post resepi-resepi kat sini nampaknya...

Due date bersalin pada 6.6.15 tapi aku amik cuti awal dua minggu. Sebab contraction dah start rasa dari minggu ke 36 lgi.. Takut jugak terbersalin tgh2 perjalanan ke ofis karang..
Jadinya start minggu ke 38, Isnin, 25hb 5 tu aku dah start cuti.  Pagi tu dah start sakit tapi aku masih boleh lagi pergi amik dan hantar aisyah gi sekolah.. Petang rabu 27hb aku rasa sakit sangat jadi aku suh cik abg hantarkan ke hospital. Kain baju aku tak bawak sebab rasa macam tak kena warded. Tanda-tanda lain takde kecuali sakit perut yang teramat sangat.. Sampai je htaa, dah siap register, check tekanan darah semua.. Datang sorang doktor lelaki (aku tak sure doktor pelatih kot) datang amik buku aku sambil tanya-tanya history dalam buku tu. Aku ni dahla tengah sakit perut, lagi nak kena soal siasat macam tu, rasa nak lempang orang je.. Tapi yela.. Doktor tu cuma wat keje dia..


Tak lama lepas tu, dia panggil untuk check jalan.. Ah sudah, dengan dia ke? Cuak sebab aku dahlah tak pernah check2 jalan ni.. Masa Aisyah dulu  xdan nak rasa sakit apa-apa, baru nak masuk 37w terus je masuk ot takde cakap banyak.. Nasib baik ada sorang lagi doktor pempuan muda masa check tu. Yang tak bestnya, kena 2 kali. Dah 2 doktor kan. Kalo ada 10 doktor masa tu agaknya 10 kali lah aku kena check jalan. Nasiblah bersalin kat GH ni.. Macam bahan eksperimen pulak jadinya..


Bila doktor2 tu check, katanya bukaan dah 2cm, aku dalam percaya tak percaya je.. Yeke ni dah bukak 2cm? Pas wat ctg..Scan semua.. Datang sorang lagi doktor cina. Yang ni senior sket. Tak taulah doktor pakar ke apa.. Pas bagi penjelasa  sket-sket dia bagitau aku boleh balik dulu sebab tanda-tanda yang lain masih belum ada lagi. Aku pun suka senornya dapat balik. Malas nak dok hospital lama-lama... Aku pun baliklah umah semula... Tapi malam tu sakit perut toksah cakaplah.. Macam kena perah-perah.. Tak boleh nak tido.. Pagi esoknya 28hb 5, check in la semula aku kat hospital. Kali ni doktor tak bagi balik dah sebab dah 2 kali datang. Aku pon takmo balik sebab risau terbersalin kat umah.. Petang tu mak dengan adik aku datang anto makanan. Mak siap bawak ikan panggang sebab dia ingat aku dah bersalin.. T____*.. Hehe comel je.. Masa mak sampai tu contraction memang kuat.. Setiap 5 minit sekali rasa sakit macam senggugut tu.. Tapi 20 kali lagi sakitnya.. Baru aku nak suap nasi, datang sakit... Stop sekejap. Bila dah kurang sakit, cepat-cepat makan...  Bolehla mak tolong urut-urut belakang badan.. Rasa kurang skit tu.. Malam tu bila mak, adik dengan suami dah balik, haaa menangislah aku sorang-sorang.. Dalam bilik air pon nangis... Sakitnya contraction tu Allah je yang tau.. Dalam kul 12.00 malam tu aku tak tahan, dengan berjalan terbongkok-bongkok aku gi kaunter nurse mintak pain killer. Dorang macam keberatan tapi aku berkeras jugak nak.. Last dorang check bukaan aku 1cm masa kul 12mlm tu. Jadinya aku pikir, 1cm nak ke 10 cm tu lama lagi. Rasa sakit separuh nyawa dah ni.. Konpem tak boleh tido.. Jeles betul tengok orang lain boleh tido lena. Yang depan katil aku siap bukak youtube nyanyi lagu kpop lagi!


Last-last datang jgk nurse cucuk painkiller tu. Lega rasanya... Barulah boleh tido.. Contraction tu masih rasa tapi kuranglah sikit sakit tu.. Sedar-sedar orang dah azan Subuh... Masa tu dah rasa sakit semula.. Aku nak gi mandi tapi sakit, aku duduk je kat kerusi..nak berjalan pon tak larat... Duduklah meratapi nasib kat situ.. Sambil baca zikir nabi Yunus dan nabi Adam.. Rasa lega sikit. Tak berapa lama, dah capai towel dengan mandian, datang 2-3 orang nurse.. Nak wat ctg dengan amik bp.. Ok..  Dorang dok tanya aku sakit sangat ke..? Adoiii... Kalo tak sakit taklah aku ada kat sini.. Pas dorang gi tu, datang pulak doktor muda melayu wat round.. Aku kenal doktor ni sebab dulu mak dia duduk dekat umah mak aku. Tapi dalam keadaan sakit tu, takde maknanya aku nak berkenalan bagai.. Aku boleh bagitau dia, "doktor, tolonglah, saya nak czer... Sakit sangat ni..." "sabar puan, sakit nak bersalin memang macam ni... Sopan je dia jwp.. Tapi bukan tu jawapan yang aku nak dengar masa tu, haha.. Pastu dia blah.. Malas kot nak layan patient tengah sakit mengarut... Pastu datang sorang nurse, dengan nurse ni pon aku cakap benda yang sama. Masih lagi jawapan yang aku takmo dengar.. "Yang ni kena tanya doktor dulu puan, saya tak boleh buat keputusan... Adoiii... Rasa bersalin czer senang. Takyah sakit-sakit... Bius je.. Pastu belah... Pastu dapat baby.. Cuma time pantang yang tak besh...


Pas nurse tu pergi, tetibe aku rasa macam ada lendir je kat bawah.. Ah sudah nak beranak dah ke aku ni? Terus aku jerit panggil nurse.. Nak capai button merah tak sampai pulak tangan. Orang sebelah pon tolong jeritkan sekali hihi kelakor bila diingat balik..


Datang sorang doktor pempuan muda india.. Bila dia check katanya tu tanda nak bersalin dan dia nak check jalan. Baru je dia nak check jalan, tiba-tiba... Dushhh.. Rasa macam air pecah... Aku panik dah masa ni... ''Apa tu doktor"? Doktor kata, takpe... puan relax ye... Takpe basah nanti salin kain lain. Dia pon seluk bukaan.. "Ooh puan, dah 10cm ni.."


Bukan akulah kalo tak panik. Aku pun watlah kalut aku masa tu. "Haaa? 10cm dah doktor? Macam mana ni??? "Relax puan, puan jangan panik. Kita akan sediakan labour room utk puan bersalin."


Dalam kepala aku masa tu, dahlah aku tak mandi lagi.. Suami tak sampai lagi.. Tak makan minum lagi.. Guane nak beranak ni?? Ada tenaga tak nak meneran nanti...?? Nasib baik ada standby kurma dengan air masak kat sebelah.. Cepat-cepat aku capai.. Danlah makan 2 biji kurma dengan beberapa teguk air masak.. Pastu sempat telefon suami je bgtau dah bukak 10cm.. Takdan nak call mak sebab dorang dah ready nak bawak ke labour room. Cepat sangat.. Telefon pon aku tawakal je tinggal atas kabinet tu..

Sekejap je, dalam kul 8pg tu disorong ke labour room.. Sambil disorong tu, aku terdengar jugak ada nurse cakap, "eh, bukan dia baru bukak 1cm ke malam tadi?" Kelakar tak masa siang doktor check bukaan aku 2cm, bila malamnya bukaan jadi 1cm?? Aku tak belajar medik, jadi tak taulah..

Sampai dalam labour room, disuruh pindah katil.. Pulokk.. Pastu salin kain... Ok lagi.. Pastu suruh aku salin baju. Masa ni aku tak dengar dah.. Dah sakit sangat dah... Baju aku tak salin pon.. Ada jugak sorang lelaki dalam tu. Doktor kot.. Dalam hati, alahai ada jugak ke lelaki.. Kan best kalo boleh request nk pempuan semua.. Nak wat camne.. Bila dah sakit tu, redha jela.. Yang lelaki tu cucuk untuk masuk drip. Nurse lak dah bagi warning jangan teran lagi.. Bila nurse cakap cam tu, terus je aku teran.. Haha.. Psikologi manusia... Makin ditegah, yang tulah dibuantnya.. 2-3 kali jugaklah aku try push.. Baru baby kuar... 

Alhamdulillah lega akhirnya dapat juga merasa nikmat bersalin normal. Bila baby dah kuar tu rasa hilang sakit.. Actually, masa teran tu aku tak rasa sakit pon, sebab sakit contraction mengatasi sakit beranak.. Pukul 8.16pg Jumaat 29hb 5, lahirlah puteri kami yg ke-2, dengan berat 3.025kg.. Ingatkan dah lega, rupanya kena jahit pulak... Adoiii... Aku tak tahu jahit berapa jahitan.. Sebab nurse tu kabo dia jahit sikit je belah dalam. Belah luar tak jahit.. Syukur jugak sebab aku takde kena gunting bagai... Bila dah setel semua, kami pon disorong ke wad luar.. Petang tu jugak boleh discaj. Syukur Alhamdulillah semua dipermudahkan.. Bila diingatkan semula, nasib baiklah doktor dengan nurse tu tak layan permintaan aku untuk czer.. Kalo tak, tak merasa kesakitan bersalin biasa. Paling penting, berpantang untuk orang czer tak sama macam bersalin normal. Tak boleh nak berurut, bertungku, berbengkung bagai... Tak best..


Saja snap gambo katil ni.. Teringat kesakitan masa tu..






Terima kasih mak, yang sentiasa ada di sisi di waktu anakmu susah dan senang.. Tak berbalas semua jasa-jasa mak dari dulu sampai bila-bila.. Ok, dah gerimis nampaknya... 





Fresh from the womb



Air liur tu...Sian dia...






Tokwan dengan cucu ke - 12





Aisyah dah dapat adik.. You are now officially a kakak!  Yeay!!






1 comment:

  1. akakakkkk tahniahhhhhhh! alaaaa baby mesti tomeyy,,selamat berpantangyer..kelako dgr citer akak..inshaallah ada masa saya g melawat eh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...