Lazada

Wednesday, August 26, 2015

Review Breast Pump Lacte Solo

Assalamualaikum wbt...

Hai, bersua kita dalam segmen baru di blog ini, iaitu slot, 'Bertabahlah mama'.. Slot ini akan  memaparkan ketabahan hati seorang ibu dalam membesarkan anak-anak (chewaaah, tabah sangat la).. 

Untuk Hannah, aku berazam nak exclusive bf jugak macam si kakak.. Aisyah bf sampai umur berapaaaa??? Sampai 4 tahun ko... Nak bangga ke malu ni??Adoiii.... Hannah ni at least, koman-koman sampai 6 bulan la harap-harapnya aku dapat bf dia, tanpa campur susu formula, InsyaAllah... Doakanlah ye..

Pencarian pam susu ni bermula selepas bersalin, sebab sebelum bersalin aku tak rasa  macam satu keperluan pun.. Tapi ditakdirkan Hannah ni bukan macam si kakak, yang kerjanya menyusu ajer.. Cik b rasa bengkak bila dia asik tido je.. Puas kejutkan tapi lena sangat.. Dari satu segi memanglah best.. Sebab boleh relax.. Tapi bila dah sakit barulah kelam kabut aku mencari pam. Suruh hubby beli pam manual kat tunas manja.. Pam pureen... Dalam rm50+ gitu harga dia.. Tapi bila pakai sakit.. Last-last perah guna tangan je...

Aku lemah betul bila part nak membeli pam ni.. Sebleum ni dah 2 kali dah aku beli. 1st masa Aisyah dulu, beli pam snowbear elektrik. Dalam rm200 harganya..  Suction dia sakit sampai melecet.. Gila ah serik aku nak guna sudahnya... Yang tahun 2010 punya snowbear bukan yang sekarang. Sekarang dia dah kuar model baru, aku tengok ramai yang pakai n ramai yang bagi feedback ok.. Pastu terjebak lak ngan member pejabat masa tu yang ajak beli pam medela manual.. yg ni tak igt dah harga berapa, dekat rm160+ - rm200 dah lupa.. Beli online.. Suction memang best, tapi masa tu Aisyah pon dah dekat 2 tahun, direct bf je.. So aku simpanlah untuk adiknya.. Simpan punya simpan dalam setor, sampailah jadi tukun. Bila masa aku nak guna, tukun ni dah berhabuk, plus ada telur lipas.. Ewww.. gelilah.. Hubby aku memang tak bagi lah guna kalo dah sampai gitu.. 

Puas aku survey, google punya google.. Pam macam medela ngan spectra tu memang sedia maklum dah kewujudannya.. Tapi sebab harga dia tu mahal macam bedil, aku hold dulu.. Nasib baik terjumpa kat page fb pumpontgego.. Banyak gila brand breastpump yang aku tak pernah dengar. Almaklum anak yang sulung dah 5 tahun.. Brand macam malish, autumz, lacte harga berpatutan dan feedback dia pn bagus.. Kebetulan aku jumpa fb page kedai kat Kuantan,  Mothers First Choice yang jual macam-macam jenis pam susu dan barang-barang baby. Kedai dia dekat Inderasempurna.. Apa lagi, ajak le cik abang pergi. Dalam pantang tu gigih aku buat lawatan ke situ.. Walaupun tokwan hadiahkan sekarung bebelan.. Demi anak, kutabahkan telinga ki3...

Sampai-sampai kat kedai, jadi mamun kejap.. Apa taknya, banyak gila brand bp yang ada.. Yang double, single.. Botol susu pon macam-macam jenis.. Pastu harga dia lagi murah dari Manjaku... fikir punya fikir, last-last aku amik Lacte Solo je.. Sebab itu yang paling murah.. RM230 plus gift macam cooler bag, storage bag.. Takut jugak amik yang mahal-mahal memandangkan ada peel hangat-hangat tahi ayam. Nauzubillahiminzalik.. Kuatkanlah semangatku ya Allah...





Review?  Aku suka pam ni.. Sampai rasa menyesal gilerrrrrrrrs sebab tak amik yang double terus, Lacte duet.. Kenapa??? Sebab aku pernah pakai medela harmony. Suction dia tak sakit.. Suction Lacte ni sama macam medela jugak.. Tak sakit... Dia ada 4 button. 1 untuk on dan off. Pastu 1 button untuk pause. Kalo kita tengah pam, nak betulkan kedudukannya, boleh pause, takyah on off dulu.. Pastu button + dan - untuk tambah atau kurangkan tahap sedutan. Ada 5 tahap,   Biasa aku on sampai level 5 tu terus. Panjang sket suction dia...




Aku pam 3 kali sehari, pagi kul 10, pastu 12.30 tengahari dan petang kul 4... Satu sesi dalam 30 minit... Kalu beli pam double satu hari kat ofis dah dapat 6 botol, rugi beli yang single kalo working mom.. Pas abis pam, labelkan tarikh pam dan nama supaya tak bertukar kat rumah pengasuh..





Guna power bank senang sikit bila nak pam kat mana-mana.. Pam ni boleh guna bateri, elektrik dan powerbank. Tiga-tiga cara aku dah try... Pakai bateri memang paling mudah sebab dah tak payah bawak powerbank atau plug. Tapi bila bateri tu dah slow, kuasa suction dia pon slow.. Jadi kena tukar bateri lain pulak.. Kalo guna elektrik memang power suction dia sekata.. Boleh relax je sambil berfesbuk... Tapi kalau kat umah je aku guna plug. Kat ofis aku prefer guna powerbank. Sebab takut kena karen kat opis, hihi.... Nauzubillahiminzalik..

So,  setiap hari, inilah beg yang dipikul ke opis.. Dah macam bawak tong coleman je huhu... Ni kaler Aisyah la yang pilih. Puas bertekak, si mak nak pink. Dia nak biru.. Frozen katanya. Hek elehhh, lebih-lebih pulak.. Macamkan dia yang nak pumping.. Last-last amiklah jugak yang ni... Compartment atas aku isi power bank dengan pam.






Compartment bawah isi storage bottles, ice pack dengan corong dia.. Zipkan kemas-kemas.. Dalam kete, aircond memang pasang yang paling tinggi... Balik kerja, hati senang, sebab dah pam kat opis.. Stok arini biasanya aku bawak ke umah pengasuh keesokkannya.. Kat pejabat ada peti sejuk tapi bau macam-macam dah so better aku simpan dalam cooler bag je. Letak dalam aircond inshaAllah sampai umah masih ok.. Sampai rumah je terus simpan dalam chiller. Satu botol aku letak dalam freezer.. Bila kat rumah, biasanya Hannah bagi df je.. Sian dia sebab dah seharian ngan botol..

 Semoga dimurahkan rezeki anakku.. Bukan mudah tau nk bf ni.. Memang kena fully support dari family, bos, kawan-kawan, dan pengasuh jugak.. Semoga aku terus istiqomah dalam memberi yang terbaik untuk anakku cayang..

4 comments:

  1. Salam Miza...saya pun baru menggunakan lacte solo ni. sebelum ni saya guna medela freestyle cuma lately ni medela tu cam slow jer scution dia. Just nak tanya ada tak Miza berpengalaman puting sakit bila mula2 pakai lacte...since saya start pakai lacte solo, bila dia start suction, puting terasa sakit perit tapi susu mmg keluar meriah.

    So saya tak sure kenapa puting sakit..sama ada disebabkan tarikan suction lacte solo ke atau pun silicon dia ke.

    Help help.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam wbt. Hi marianne.. sepanjang saya guna lacte solo ni xde melecet, alhamdulillah.. mmg dia tertarik sikit pada corong tu tapi xsakit.. dan xmelecet. Macam suction baby je.

    ReplyDelete
  3. sis boleh bagi tips meriahkan susu ibu? seronok tgk hasil sis pump kt opis tu.. skrg tgh gigih sediakan stok utk anak. next week da start kerja da

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah sis, sori baru buka blog.. Anak sis pon mesti dah besar kan.. Maaf angat2.. Takde makan pil atau vitamin khusus pon.. Just makan macam biasa n minum air masak je banyak..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...