Lazada

Showing posts with label Makan2. Show all posts
Showing posts with label Makan2. Show all posts

Sunday, April 26, 2015

Makan2 lagi.. @ Birthday Mastura & Arasy

Assalamualaikum...

Hari ni ada wat makan-makan lagi.. Asik makan je keje aku. Biasalah adik beradik ramai.. Pendek kata setiap bulan ada je birthday celebration. Tiap bulan ada makan-makan.. Kali ni bulan April giliran birthday adik aku, Mastura dengan anak buah aku, Arasy.. Planning awal kak teh, akak ipar aku, nak wat makan-makan sambil picnic tepi pantai. Tapi mak aku risaukan cucu yang kecik sorang lagi tu kot-kot tersampuk ke hape kat pantai tu kan.. Last-last tukar wat kat umah mak je...

Macam biasa aku bawak dessert aje.. Sebab itu je yang senang. Satu kelemahan aku bila ada event makan-makan family @ kawan2.. Aku tak reti buat sejenis dua je kuih. Mesti ada perasaan takut @ risau kuih tak cukup sampai nak kena buat berjenis-jenis.. Last-last akhirnya banyak sangat, terpaksa tapau je kasi licin dan senang nak clear meja. Dessert kali ni aku buat 5 jenis.. Ada puding laici, puding roti, lapis cheezy, blueberry cheesetart dengan kek lapis..

Mula-mula siapkan 3 jenis kuih ni dulu. Step by step.. badan tak berapa gagah sekarang ni.. Setelkan puding laici, kek batik dengan lapis cheezy dulu.. Benda-benda yang tak melibatkan oven sebab oven kecik tersayang aku tu dah simpan dalam setor. Nak keluarkan, alahai malasnya rasa...


Blueberry cheesetart.. Saja wat pattern lain sikit.. Comot gile tart aku ni. Kes wat malam-malam.. Sampai tersenguk-senguk tepi oven.. lama betul tak tertido sebelah oven hihi.. Rindu kenangan dulu2..



Anak dara ni pantang tengok aku kat dapur buat kuih.. Satu lagi pantang dengar bunyi mixer. Bingkas je gi dapur nak tolong sama. Berdebar je rasa kalo dia offer nak tolong tu. Mana taknya, makin lambat le keje jadinya. Tak bagi kang, kesian pulak. 

Resepi nanti aku isi kemudian.. Kali ni update pakai phone je dulu.. 








Monday, April 13, 2015

Makan-makan sempena birthday + open house

Assalamualaikum.....

Jemput jamu mata... makanannya dah lama abis... Ni cerita masa raya tahun  hihik... Jumpa lepas korek-korek nak delete gambar dalam phone... Adik aku punya open house, pastu aku tumpang celebrate birthday hubby sekali..



Ada nasi dagang, nasi himpit, mee dan mee hun sup untuk menu utama.




Penuh rumah dengan umat manusia





Dessert semua ditaja oleh aku... Semangat nak buat macam-macam.. Ni marble cheese brownies.. Cantik tak.. Huahua.. SEdapppppppppppp...





Ni apple pie.. Filling apple pon wat sendirik.. G-pang tekpon...





Pastu wat blueberry cheesetart





Pastu wat black forest cake untuk cik abg...





Pastu agar-agar santan pandan... Sebab orang suka jadi sokmo kena buat ni...





Nasi dagang order dengan Kak Ani dekat rumah... SEdap... Nasi dagang teganu yang original.. Memang kickkk!! Buah tembikai dengan pisang sket...




Bebudak ni tengah berebut pelita masa ni..



Sampai terkangkang anak dara ai makan...




Ni  birthday abah tapi orang lain yang over...




Thursday, February 12, 2015

Nafsu perempuan

Assalamualaikum...

Amboi tajuk tak boley belah betui arini.. Tapi betul la kan.. Orang pempuan ni ada 1 akal, sembilan nafsu.. Macam-macam keinginan dia.. Dah dapat yang itu, tak puas hati, nak yang lain pulak.... 

Ni bukan nak tuju kat orang lainlah, memang khas untuk diri sendiri... Cadangnya, hujung bulan ni, nak buat makan-makan sikit kat opis en hubby. Aku punya senarai cadangan menu bukan main banyak lagi kononnya nak buat sendiri semua... Memang angan-angan mat jenin ni... Tapi takpe... Cuba buat setakat mana yang terdaya.. Insha Allah niat nak sedekah makan kat orang, akan Allah permudahkan nanti....


A. Menu On the day, 27.02.2015 (Friday)
1 Red velvet cake
2 Bluberry cheesecake
3 Cheesecake leleh
4 Biskut coklat chip
5 Biskut Cornflakes cranberry
6 Puding sumi
7 Agar-agar santan
8 Talam berlauk
9 Congo bars
10 Trifle
11 sandwich
12 jeruk mangga asam boi


B. Menu Yg Nak DiTempah
1 Nasi dagang
2 Laksa putih / pahang
3 Meehun goreng
4 Laksa penang

Air- 2 jenis


 
Congo bars ni macam sedap je.. Gambar dari blog selera sakura







Agar-agar santan ni boleh buat sebab simple je.. Gambar dari blog sendiri







Gambar dari blog sendiri jugak. Blueberry cheesecake..





Chocolate chips cookies ala famous amos... Gambar dari blog sendiri jugak. Ingatkan nak buat sebagai gift. Ni kalo banyak masa boleh buat banyak..Kalau tak... Skip jela.. 




Royal fruit flan cake - Gambar dari blog green apple... Teringin nak buat sebab nampak cantik.. 






Cheesecake leleh - Gambo dari blog sendiri.. Taknak buat dalam bekas kecik-kecik camni.. Ingat nak buat seketul tu, pandai-pandaila dorang potong nanti... Senang kije... 






Puding tapai berkuah- Tapainya dah beli semalam... Nak makan macam cuak pulak... Tapi bila tengok gambar ni teringin nak makan.... Gambar dari belog jagatsahaya





Gambo dari blog buku resepi.









Yang ni terasa nak buat sebab tengok semua kuih jenis manis-manis.. Biasa orang lelaki tak suka sangat kuih manis ni.. So tambahlah satu menu savouri.. Talam roti berlauk ni... Gambar dari blog mat gebu...



p/s: Tiba-tiba rasa macam, entah apa-apa je entry kali ni..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...